Thursday 30 May 2013

ALAHAI FACEBOOK


Facebook oh facebook. Manfaat atau mudarat.? Kebaikan atau keburukan.? Memudahkan atau menyukarkan.? Pembaikan atau kerosakan.? Menjimatkan atau membazirkan.? Merapatkan atau menjarakkan.? Mendekatkan atau menjauhkan.? Memberi ketenangan atau memberi tekanan.?

Semua persoalan tersebut akan terjawab dengan sendiri berdasarkan cara kita mengendalikan laman sesawang ini. Andai betul cara kita mengendalikannya, maka banyaklah kebaikan yang akan kita perolehi . Andai tersalah cara kita, pasti, yakin dan percayalah bahawa lebih banyak kemudaratan yang akan kita perolehi.



Seminggu yang amat menarik aku tempuhi dalam kehidupan ini. Seminggu yang amat memberi manfaat kepada diriku. Seminggu penuh dengan pengisian lahiriah dan ruhiyah buatku. Seminggu yang ku rasa sangat memberi kesan positif dalam hidup ini. Seminggu yang dimaksudkan adalah seminggu yang baru sahaja berlalu, yang dilalui tanpa ada masa untuk membuka dan menyemak akaun facebook. Bukan sahaja facebook bahkan segala isi kandungan internet tidak dilihat dan dibaca.


Indah hidup ini. Hahaha. Baru tersedar bahawa banyak lagi benda yang boleh dilakukan selain daripada menyemak akaun facebook. Sekiranya kita dapat menjimatkan masa penggunaannya, maka beruntunglah orang tersebut. Lebih sikit penggunaannya, lebih baik untuk jasad dan roh kita. Masa tersebut boleh kita laburkan untuk membuat pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah serta bermanfaat.


Alahai facebook. Jangan kau lalaikan aku dengan dirimu, jangan kau lekakan aku dengan tarikan pada dirimu, jangan kau lupakan aku pada tanggungjawab diriku, jangan kau bazirkan masa hidupku yang begitu berharga ini. Nyah kau dari sisiku,nyah kau dari diriku. Semoga engkau tidak lagi menagih simpati untuk dirimu.

Ya Allah,Kau kurangkanlah masa ku bersama facebook ini ya Allah......:-) 


29 Mei 2013
Rabu
8.30 malam

No comments:

Post a Comment