Sunday 11 October 2015

KISAH BUDAK INTERN 1.0


 Bismillahirrahmanirrahim.

Orang lain selalu update “hari ini hari first praktikal aku” ,sambil selfie berlatar belakangkan logo company tempat depa praktikal. Ada company Petronas, Shell, Petron, Exxon, THHE, MMHE, Sapura Kencana dan banyak lagi. Kebanyakkannya company besar-besar dan orang selalu dengar. Jarang ada orang selfie kalo duduk kat company yang tak popular dan bukan dalam list ‘target LI’ student university terutama budak degree. Maklumlah tak pakai baju kuning. Kalau dapat pakai baju kuning, belum masuk kerja dah selfie bagai. Kalau boleh tak nak bukak baju tu,,, seronok punya pasal. Hahaha.

Aku pulak dah dekat 2 bulan baru nak update kat mana aku praktikal. Mesti boleh jangkakan kat mana aku praktikal. Yup, aku tak praktikal kat company besar-besar yang aku sebutkan kat atas tu. Kalau aku cakap kat orang nama company aku, mesti diaorang tanya, “Company ape tu?”, “kat mana company tu?”, “company tu buat ape?”, “related ke apa yang kau belajar dengan apa yang kau dapat kat company tu?” dan bermacam-macam lagi soalan yang akan datang bertubi-tubi sampai kau rasa nak bagi penumbuk je sebagai ganti jawapan yang dipinta. Haha. Tapi semua soalan tu mengajar dan menjadikan kau seorang yang lebih penyabar dari hari ke hari. J

Setelah 6 semester aku duduk di kampus, mempelajari segala teori dan hukum ciptaan manusia (bajet study, haha), semester ketujuh ni adalah semester untuk aku mempraktikalkan segala yang aku telah belajar. Merealisasikan segala teori yang menghiasi buku-buku yang dibeli dan slide-slide yang diberi oleh lecturer…….. but,,,,, is this the right company? Itu soalan yang aku perlu tanya diri aku dalam memilih company.

Actually bukan ada pilihan pun dalam memilih company ni. Yup. Boleh kata tak ada pilihan pun. Aku rasa aku hantar resume kat hampir 100 company. Tapi yang reply email aku tak banyak. Adelah dalam 10 yang reply. Tu pun 7 reply untuk beritahu bahawa mereka tak amik budak intern. Ada yang reply cakap dah penuh. Dan aku terima segalanya dengan pasrah.

Seminggu before tarikh yang sepatutnya aku perlu masuk LI, aku masih tak dapat tempat lagi. Berposak-posaklah aku ketika tu nak cari tempat LI. Call sana, call sini, minta email dari member2, minta tolong dia orang kalo boleh slowtalk dengan company dia orang untuk ambil lagi sorang budak intern. Namun demikian, segalanya hanya menemui jalan buntu. Aku masih tiada tempat LI.

After 1 week that I should report to faculty about my intership placement, I still dok rumah, menikmati cuti-cuti Malaysia. Then, ada sorang member announce kat group Whatsapp kelas aku, katanya ada syarikat yang nak pakai budak intern. Then apa lagi, aku terus hantar resume kat email yang dia kasi. Tak dok tangguh-tangguh lagi. Dan petang tu dia call and suruh aku dating interview.

The next Thursday, aku pergi shah alam, balik rumah sewa. Pergi lah interview kat KL dan konklusinya, aku dapat tempat intern dalam masa sama ada terselit surat saman kat aku punya motor. Inilah kisah kehidupan budak intern. Tak bayar pun lagi.

Pendekkan cerita,,,aku pun kerja lah kat company ni. Syarikat Borcos Shipping Sdn Bhd. Company ni terletak kat tingkat sebelas (kalau tak silap aku) Menara Bank Pembangunan, Kuala Lumpur. Sebelah je dengan Kampung Baru. Untuk hari pertama kerja kat sini, aku dah dapat kumpul 2 notis saman, menjadikan keseluruhan saman terkumpul adalah 3 helai dengan nilai terkumpul sebanyak RM450. Sesuatu yang tak boleh diterima akal manusia biasa. Mula memang nak bayar, tapi baiklah ada sorang roommate ni cakap, kalau saman majlis tak bayar pun tak pe. So, aku dengan riak dan takburnya tak bayarlah. Hahahaha.

Lepas 3 hari duduk kat syarikat ni, aku rasa aku tak berapa sesuai untuk bersama dengan mereka atas beberapa factor yang tertentu. Faktor lain yang mempengaruhi keputusan aku adalah, ada satu lagi company yang menawarkan tempat praktikal kat aku. Dengan rasa bersalah aku meninggalkan syarikat pertaa ini dengan memberi cadangan nama budak classmate aku yang belum dapat lagi tempat praktikal.

Bermulalah pelayaran praktikal aku dengan menaiki kapal yang tidak ramai kenali secara langsung dalam usaha menimba pengalaman dan ilmu sabanyak mungkin bagi mencapai destinasi yang dituju,,,,perhhhh.. ayat klasik lah pulak.



Aku masuk company kedua, PFC Engineering Sdn Bhd. Sebuah company Oil and Gas yang terlibat secara langsung dalam Turnaround Project di Petronas Penapisan Melaka. Aku nak jelaskan yang aku bukan praktikal dengan Petronas Penapisan Melaka, tetapi aku praktikal dengan kontraktor yang dianugerahkan projek ketika Turnaraound pada tahun ini. Jangan salah anggap ya. Aku tak pakai baju kuning, tapi aku pakai baju hijau, coverall hijau gelap yang perlu dipakai semua pekerja yang ingin menjalankan kerja dalam kawasan Petronas Penapisan Melaka ini kecuali Staf Petronas. Meraka pakai coverall kuning.






Mesti tertanya-tanyakan, apa tu ‘turnaround’? apa pulak bezanya staf dengan kontraktor? Apa benda coverall ni.? Konpius kan? Ok,,,,,nanti ada masa aku terangkan term-term yang korang tak faham ni. Nanti juga aku akan ceritakan pengalaman kat company ni.

Dan sekarang, jam ini 12:53 pm, 12/10/2015, aku masuk berada bersama company ketiga. Hahaha.mesti tak percayakan. Yup, ini serius….tak bohong…tak tipu....

Mesti pelikkan??? Actually aku dipinjamkan untuk bekerja ke Company ketiga ini oleh company tempat aku praktikal. Apa nama company ni??? Mungkin bukan masa yang sesuai untuk aku bagi tahu nama company ni. Insya-Allah dalam entry-entry akan datang, aku akan beritahu.

Menjawab soalan yang aku lontarkan kat atas tadi, ,,,,, is this the right company? Sekarang aku boleh jawab dengan yakin YA YA YA. Bagi aku ini company yang terbaik bagi aku. Peace …

Selama seminggu dah aku stay dengan company ketiga ni, ok lah. Not bad. Mula memang rasa macam  tak best je. Tapi, situasi ini mengingatkan aku dengan ayat Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Konklusinya, manusia tidak tahu apa yang akan berlaku pada dirinya hatta keadaan kita dalam masa 5 minit dari sekarang pun walaupun kita mempunyai teknologi yang canggih pada hari ini. Apa yang kita mampu adalah membuat agakkan dan andaian, namun andai Allah tidak mengizinkan sesuatu perkara itu daripada berlaku, nescaya apa yang kita fikirkan itu hanya kan tinggal sebagai kenangan di fikiran kita semata-mata.

Dan situasi yang aku alami pada hari ini mengajar dan mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan seorang manusia yang bergantung sepenuhnya pada Allah. Bukan pada diri kita semata-mata. Kita tiada kuasa melainkan dengan kehendak dan kekuasaan Allah juga.

Panjang dah entry ni. Lama dah tak menulis. Kemahiran menulis pun dan kurang. Bercampur-aduk bahasa yang aku gunakan. Sebenarnya, memang tulisan kali ini aku cuba menulis secara santai, cara orang Melaka menulis. Supaya anda semua lebih mudah untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan dan menepati kefahaman yang sepatutnya anda semua faham.

Tak faham memang satu masalah, tetapi masalah yang lebih besar adalah SALAH FAHAM. Jadi aku mohon korang tak salah faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ini. Jika ada petanyaan, boleh direct komen kat bawah ni. Andai aku buka blog ni, insya-Allah aku akan jawab. Kalau ada pertanyaan tentang pemilihan tempat praktikal boleh juga anjurkan soalan tu. Lebih-lebih lagi khusus untuk budak-budak junior Oil and Gas Engineering University Teknologi MARA. Aku tak lokek, apa yang aku tahu aku akan cuba sampaikan. K… babai..



1:14 pm
12/1/2014
PP(M)SB