Tuesday 22 December 2015

AKU STUDENT : MACAM MANA NAK BERNIAGA?


Bismillahirrahmanirrahim.

“Aku nak buat bisnes, tapi aku tak tau nak buat bisnes ape”, “ aku student, macam mane aku nak buat bisnes?”, “kalau aku buat bisnes boleh untung ke?”, “bisnes apa ea yang sesuai?”, “student??? Boleh ke kalau nak buat bisnes?”, “macam-macam bisnes dah nak try buat, tapi bile nak buat banyak pulak halangan”, “aku takde modal, macam mana aku nak mulakan bisnes aku ni?”, “bisnes kalo nak mula kena ada banyak duit dulu, jadikan modal”, “nanti dululah, aku student lagi”, “aku banyak masa lebih, tapi aku tak banyak duit lebih”, “dah hujung sem ni, kenapa duit macam tak cukup je ae?”.

 


Pernah tak korang terfikir dialog yang macam aku tulis kat atas tu. Mesti ada kalau kau seorang student yang ada salah satu dari ciri-ciri kat bawah ni:

  • ·         Student
  • ·         Baru jadi student
  • ·         Dan masih lagi student
  • ·         Dan still akan jadi student 2 atau 3 tahun lagi
  • ·         Dah nak abis jadi student
  • ·         Tak de bisnes lagi
  • ·         Minat nak berniaga


Haha, konklusinya, kalau korang minat berniaga tapi tak dak bisnes lagi, mesti korang akan terfikir macam tu. Tapi bagus lah, kurang-kurang korang dah ada niat yang baik untuk buat bisnes. Lebih-lebih lagi di waktu sekarang, harga minyak dunia jatuh tapi kos sara hidup sebagai seorang student semakin meningkat. Nak buat macam manakan, tu lah pilihan abang, kakak, mak, ayah, datuk, nenek kita selama ni. (tak faham ape yang aku cuba sampaikan takpe, maybe nanti korang mula faham).


Selalunya, orang yang minat berniaga ni, dia ada pengalaman berniaga dia yang tersendiri. Jual ayam jantan ke, jual pemadam time darjah 2 ke, tangkap biawak lepas tu jual kat india ke, cabut uban pakcik lepas tu minta upah, 1 uban singgit. Tu semua pengalaman tu.

 


Aku pun ade pengalaman aku berniaga jugak. Kecik-kecik lagi aku dah mula belajar berniaga. Maybe aku otak duit kot dulu. Tapi apabila kita dah di doktrin, kat sekolah, dengan cikgu, dengan family, semua bakat tu terpendam dan memendamkan dirinya sahaja.. haha. Ye la kita di suruh belajar pandai-pandai then cari kerja, bekerja dengan orang.


Bukan nak menyalahkan mereka, sekadar menjelaskan situasi masyarakat kita pada hari ini. Mereka juga dididik seperti itu suatu masa dahulu. Jadi itu semua adalah lumrah kehidupan. Genetic keturunan tidak sesekali boleh diubah.

 


Aku tak berminat nak ceritakan pengalaman aku berniaga time kecik-kecik dulu kat entry ni. Mungkin pada entry-entry yang akan menyusul kemudian nanti. Apa yang aku nak tulis pada kali ni adalah berkaitan cara nak memulakan perniagaan dalam masa yang sama kita adalah seorang student.


1. INTENTION

Pertama sekali kalau nak mulakan bisnes, korang kene ada intention atau niat yang betul-betul kuat dalam diri korang. Mesti ada yang tanya, macam mana pulak aku nak ada niat yang betul-betul kuat?


Okiy, aku nak tanya, kenapa korang belajar dan jadi student? Sedangkan aku tau ada dalam kalangan korang yang tak minat pun sangat nak sambungkan pelajaran. Betul tak? Adakah ini sebab korang?;

Aku kena belajar sebab aku nak grad. Aku kena grad sebab aku nak kerja. Aku kena kerja sebab aku nak dapat duit. Aku nak dapat duit sebab aku nak bayar hutang ptptn/pinjaman.


Kalau korang punya sebab macam ni, aku boleh cakap korang orang yang takde matlamat pun. Tu bukan niat dan sebab sebenar korang belajar.


Meh aku tolong korang cari korang punye sebab. Then apabila korang dah ada sebab yang betul-betul kuat, baru korang akan ada niat yang jelas.

 

Kenapa kau sambung belajar? Sebab mak aku suruh aku belajar.
Kenapa kau sambung belajar? Sebab aku nak grad, aku nak mak aku bangga ada anak macam aku.
Kenapa kau sambung belajar? Sebab mak aku boleh banggakan aku dengan orang kampung.
Kenapa kau sambung belajar? Sebab aku nak kerja, nak dapat duit, then aku boleh gembirakan mak aku.
Kenapa kau sambung belajar? Sebab mak aku gembira tengok aku belajar.


Nampak tak apa yang aku cuba  sampaikan? Korang kena cari BIG WHY korang. Sebab yang jelas kenapa kau buat sesuatu benda tu. Then bile ada sebab yang jelas, kau akan jumpa niat yang sepatutnya kau pasakkan dalam diri korang. BIG WHY ni akan kekal dan tak mungkin berubah, itu ciri-cirinya. Apabila BIG WHY tidak berubah, niat kau pun sukar untuk berubah.


So, first thing first, cari BIG WHY korang untuk jelaskan INTENTION dalam hati korang. Bila dah ada benda ni, senang untuk korang memulakan bisnes korang.



2. CONNECT WITH ALLAH

Kena ada hubungan dengan Tuhan sebabnya, apa yang kita nak kat dunia ni semua adalah milik DIA. Usaha macam mana kita buat sekalipun, kalau Dia tak nak beri, kita takkan dapat pun. Sama macam kita belajar jugak. Make connection then what ever we mintak, insya-Allah dia akan beri.


Aku nak share cerita seorang kakak ni. Dia dulu mula-mula bisnes, dia bukak kedai nasi arab kat Meru. Before that, dia dah pergi kelas marketing yang ajar dia macam-macam kaedah bisnes marketing. Kalau diamalkan dengan betul, memang boleh pergi beratur ribu jualan dia. Dia cakap, balik je kelas tu, dia buat betul-betul teknik yang diajarkan. Serata Meru dia gantung banner dan dia tunggu di kedai Nasi arabnya mengharapkan orang datang.


Tapi tak dak sorang pun yang datang kat kedai dia. Berhari-hari dia menunggu macam tu jugak keadaannya. Sampaikan dia give up dan tutup kedai dia. Dan bila dia fikir-fikirkan balik, dia sedar semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Kalau Allah nak tutup mata orang ramai dari lihat iklan dan banner dia tu, Allah boleh buat, kita tak mampu nak buat pape.


Then bila dia perbaiki hubungan dengan Pencipta, dia cakap bisnes seterusnya lebih mudah bagi dia. Dan dia sekarang adalah salah seorang rakyat Malaysia yang ada pendapatan beratus ribu sebulan. See, all of thing that occur in our life adalah kehendak Allah. Bila kita buat baik dengan Allah, kita mintak benda baik dengan Dia, insya-Allah dipermudahkan.



3. CARI BISNES DAN START BISNES

Korang kena cari bisnes yang korang rasa sesuai dengan korang. Tak ganggu masa study korang, tak membebankan korang, tak curi masa korang, tak ganggu korang untuk bersosial dengan masyarakat, yang korang rasa selesa.


Ada orang cakap dengan aku, dia buat bisnes sebab dia nak kebebasan masa. Yup, bisnes boleh buat kita bebas masa, tapi kalau tak tau manage bisnes, kita yang akan tunduk dengan bisnes tu. So, buatlah pilihan yang tepat untuk bisnes yang korang cuba ceburi.


Satu nasihat aku, kalau korang masih boleh survive sampai hujung sem dengan duit yang korang ada dan kau rasa tak mampu nak handle bisnes sambil belajar, better korang hold dulu niat korang untuk bisnes. Dah mula cuti sem, boleh try-try buat bisnes online atau bisnes kecil-kecilan. Bukan nak halang korang, tapi buat lah pertimbangan yang baik untuk hidup korang. Study untuk dapatkan BIG WHY, bisnes pun nak dapatkan BIG WHY. Jadi pertimbangkanlah.


Banyak kali aku suruh pertimbangkan kan. Sebab aku tak nak korang salah buat pertimbangan. Jangan takut nak mula berbisnes time tengah study, but tengok diri kita dulu. mampu atau mampu. Aku tak suruh, aku tak tegah. Kau lebih kenal diri kau.



4. SPEND TIME AND MONEY FOR STUDY

Nak mula bisnes kena ada ilmu. Tapi kenapa aku suruh cari bisnes dulu then baru cari ilmu? Sebab manusia kena ada semangat nak buat sesuatu dulu baru dia ada semangat nak belajar tentang benda tu. Macam kita nak main COC atau game-game online yang lain. Kita download dulu, mula main dulu, then baru tengok youtube, belajar strategi-strategi dia kan.


Macam tu jugak dengan bisnes. Kena ada pengalaman sikit dulu baru kita ada perasaan nak improve apa yang kita buat. Banyak je jutawan yang masih lagi belajar walaupun mereka dah kaya, sebabnya diorang nak improve pendapatan diorang dari ribu kepada juta, daripada juta kepada billion.


Bagi korang yang baru nak mula bisnes, aku cadangkan korang pergi seminar-seminar perniagaan yang free dulu. kalau ada promosi seminar yang murah-murah dan korang mampu nak pergi join la. Tambah sikit our knowledge dan bukak minda kita pada sesuatu yang kita tidak pernah nampak.

#######################

Okiylah ni sahaja perkongsian aku untuk korang, student yang baru nak start buat bisnes. Jadi kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah komen kat bawah ni. Untuk maklumat korang, aku pun buat bisnes gak. Baru lagi. Masih kecil-kecilan. Aku share ni sebab aku nak korang pun mulakan bisnes korang. Buat kecik-kecik pun tak pe. Amik pengalaman dulu. Nanti dah besar, kita raikan bersama. Selamat maju jaya.




10.00am
23/12/2015
Rabu

Monday 14 December 2015

IMKK DISEMBER 2015 - BLOW MY MIND

Alhamdulillah, aku baru sahaja tamat menghadiri  satu seminar yang menghimpunkan 6000 orang bakal jutawan serta mereka yang telah berjaya menjadi jutawan seluruh Malaysia. Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan atau nama ringkasnya IMKK. #IMKKDISEMBER2015.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji aku panjatkan pada Allah Taala kerana membuka hati aku serta memberi peluang pada aku untuk menghadiri program ini.

Mungkin ada antara masyarakat luar yang mempersoalkan program seperti ini. Ada yang mengatakan bahawa program ini sekadar program yang menceritakan pengalaman peribadi seorang insan semata-mata. Mempersoalkan yuran yang dikenakan. Mempersoalkan pengisian yang dijalankankan sehinggakan ada yang melontarkan kata-kata negative(aku gunakan untuk perkataan yang tidak sedap didengar),mencarut dan berbagai-bagai lagi kalam yang dikeluarkan.

Apapun seseorang itu tidak akan memahami selagi mana dia tidak mengalami. Mengapa aku mengatakan sedemikian? Salah ke aku berkata seperti itu. Bagi aku tidak salah. Mari kita melihat contoh mudah agar kita mudah untuk memahami maksud ayat yang aku cuba sampaikan.

Bayangkan diri kita berada pada zaman kanak-kanak kita. Kita baru sahaja ingin menjejakkan kaki kita di sekolah. Ditemani ibu dan ayah, kita dipimpin masuk ke dalam kereta. Muka kita masih dalam keadaan monyok dan tidak bermaya. Masam mencuka mengharapkan kereta yang dipandu ayah rosak dan berhenti di sebelah taman permainan. Tapi semua itu tidak berlaku. Kereta ayah meluncur laju memasuki perkarangan sekolah.

Kita melihat ramai lagi kanak-kanak lain yang berpakaian seperti kita. Ada yang di pimpin, ada yang do dokong, ada yang menangis teresak-esak, ada yang menjerit tidak mahu ke sekolah. Dalam hati kita mula timbul perasaan tidak selesa. Kita rasa sekolah tak best, tak seronok, tak memberi manfaat kepada kita.

Kenapa kita berasa demikian? Sebabnya adalah kerana otak kita tidak pernah mengalami situasi itu, tidak pernah menghadapi saat tersebut sebelum ini,tidak mampu melihat kebaikan dicelah kepahitan. Namun, cuba lihat pada diri kita hari ini. Kita adalah seorang doctor, seorang engineer, seorang yang dalam proses menghabiskan pelajaran dalam pendidikan ijazah sarjana muda. Dan kadang-kadang, ada atau lebih tepat lagi, ramai yang ingin terus menyambungkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Mengapa berlaku perkara begini? Ini kerana kita telah melihat kebaikan menuntut ilmu, kemanisan menuntut ilmu dan kenikmatan menuntut ilmu. Betul kan?

Begitu juga dengan IMKK. Mulanya dilihat pahit kerana perlu mengeluarkan yuran untuk menyertai program ini walaupun sbenarnya wang tersebut adalah sekadar prasyarat menguji komitmen kita semata-mata. Jadi mari kita membuang segala negative thinking kita pada sesuatu yang kita tidak pasti lagi kebaikan atau keburukannya. Tapis dengan berhemah menggunakan akal dan disulamkan waspada.

Senyum sikit…….kan manis tu…..

Okiylah, sebenarnya aku nak share something dengan anda semua. Apa yang aku dapat dari IMKK ni. But I think this post was going too long and it is not practical if I share it here. Coz it will bercampur-campur dengan emosi dan perasaan aku kat atas tu. J Dan mungkin akan mengakibatkan anda berasa konpius pulak.hehehe.

Nanti aku akan share benda besar yang aku dapat dari IMKK ni selain dari mendekatkan diri aku pada Pencipta dan merapatkan hubungan aku dengan keluarga aku.

Jika ada pertanyaan, kekonpiusan samada nak pegi next IMKK, bley la PM tepi. Aku akan cuba memberikan jawapan yang terbaik buat yang bertanya coz ilmu itu bukan sekadar untuk disimpan. Tapi untuk di share dengan orang lain agar menjadi berkat dan berkembang.

share sikit momen2 yang dorg rakam kat sini..

#What u give, u get it more,,,,


“MEMPERBAHARUI KEYAKINAN, MEMAKNAKAN MODAL INSAN”















Sunday 11 October 2015

KISAH BUDAK INTERN 1.0


 Bismillahirrahmanirrahim.

Orang lain selalu update “hari ini hari first praktikal aku” ,sambil selfie berlatar belakangkan logo company tempat depa praktikal. Ada company Petronas, Shell, Petron, Exxon, THHE, MMHE, Sapura Kencana dan banyak lagi. Kebanyakkannya company besar-besar dan orang selalu dengar. Jarang ada orang selfie kalo duduk kat company yang tak popular dan bukan dalam list ‘target LI’ student university terutama budak degree. Maklumlah tak pakai baju kuning. Kalau dapat pakai baju kuning, belum masuk kerja dah selfie bagai. Kalau boleh tak nak bukak baju tu,,, seronok punya pasal. Hahaha.

Aku pulak dah dekat 2 bulan baru nak update kat mana aku praktikal. Mesti boleh jangkakan kat mana aku praktikal. Yup, aku tak praktikal kat company besar-besar yang aku sebutkan kat atas tu. Kalau aku cakap kat orang nama company aku, mesti diaorang tanya, “Company ape tu?”, “kat mana company tu?”, “company tu buat ape?”, “related ke apa yang kau belajar dengan apa yang kau dapat kat company tu?” dan bermacam-macam lagi soalan yang akan datang bertubi-tubi sampai kau rasa nak bagi penumbuk je sebagai ganti jawapan yang dipinta. Haha. Tapi semua soalan tu mengajar dan menjadikan kau seorang yang lebih penyabar dari hari ke hari. J

Setelah 6 semester aku duduk di kampus, mempelajari segala teori dan hukum ciptaan manusia (bajet study, haha), semester ketujuh ni adalah semester untuk aku mempraktikalkan segala yang aku telah belajar. Merealisasikan segala teori yang menghiasi buku-buku yang dibeli dan slide-slide yang diberi oleh lecturer…….. but,,,,, is this the right company? Itu soalan yang aku perlu tanya diri aku dalam memilih company.

Actually bukan ada pilihan pun dalam memilih company ni. Yup. Boleh kata tak ada pilihan pun. Aku rasa aku hantar resume kat hampir 100 company. Tapi yang reply email aku tak banyak. Adelah dalam 10 yang reply. Tu pun 7 reply untuk beritahu bahawa mereka tak amik budak intern. Ada yang reply cakap dah penuh. Dan aku terima segalanya dengan pasrah.

Seminggu before tarikh yang sepatutnya aku perlu masuk LI, aku masih tak dapat tempat lagi. Berposak-posaklah aku ketika tu nak cari tempat LI. Call sana, call sini, minta email dari member2, minta tolong dia orang kalo boleh slowtalk dengan company dia orang untuk ambil lagi sorang budak intern. Namun demikian, segalanya hanya menemui jalan buntu. Aku masih tiada tempat LI.

After 1 week that I should report to faculty about my intership placement, I still dok rumah, menikmati cuti-cuti Malaysia. Then, ada sorang member announce kat group Whatsapp kelas aku, katanya ada syarikat yang nak pakai budak intern. Then apa lagi, aku terus hantar resume kat email yang dia kasi. Tak dok tangguh-tangguh lagi. Dan petang tu dia call and suruh aku dating interview.

The next Thursday, aku pergi shah alam, balik rumah sewa. Pergi lah interview kat KL dan konklusinya, aku dapat tempat intern dalam masa sama ada terselit surat saman kat aku punya motor. Inilah kisah kehidupan budak intern. Tak bayar pun lagi.

Pendekkan cerita,,,aku pun kerja lah kat company ni. Syarikat Borcos Shipping Sdn Bhd. Company ni terletak kat tingkat sebelas (kalau tak silap aku) Menara Bank Pembangunan, Kuala Lumpur. Sebelah je dengan Kampung Baru. Untuk hari pertama kerja kat sini, aku dah dapat kumpul 2 notis saman, menjadikan keseluruhan saman terkumpul adalah 3 helai dengan nilai terkumpul sebanyak RM450. Sesuatu yang tak boleh diterima akal manusia biasa. Mula memang nak bayar, tapi baiklah ada sorang roommate ni cakap, kalau saman majlis tak bayar pun tak pe. So, aku dengan riak dan takburnya tak bayarlah. Hahahaha.

Lepas 3 hari duduk kat syarikat ni, aku rasa aku tak berapa sesuai untuk bersama dengan mereka atas beberapa factor yang tertentu. Faktor lain yang mempengaruhi keputusan aku adalah, ada satu lagi company yang menawarkan tempat praktikal kat aku. Dengan rasa bersalah aku meninggalkan syarikat pertaa ini dengan memberi cadangan nama budak classmate aku yang belum dapat lagi tempat praktikal.

Bermulalah pelayaran praktikal aku dengan menaiki kapal yang tidak ramai kenali secara langsung dalam usaha menimba pengalaman dan ilmu sabanyak mungkin bagi mencapai destinasi yang dituju,,,,perhhhh.. ayat klasik lah pulak.



Aku masuk company kedua, PFC Engineering Sdn Bhd. Sebuah company Oil and Gas yang terlibat secara langsung dalam Turnaround Project di Petronas Penapisan Melaka. Aku nak jelaskan yang aku bukan praktikal dengan Petronas Penapisan Melaka, tetapi aku praktikal dengan kontraktor yang dianugerahkan projek ketika Turnaraound pada tahun ini. Jangan salah anggap ya. Aku tak pakai baju kuning, tapi aku pakai baju hijau, coverall hijau gelap yang perlu dipakai semua pekerja yang ingin menjalankan kerja dalam kawasan Petronas Penapisan Melaka ini kecuali Staf Petronas. Meraka pakai coverall kuning.






Mesti tertanya-tanyakan, apa tu ‘turnaround’? apa pulak bezanya staf dengan kontraktor? Apa benda coverall ni.? Konpius kan? Ok,,,,,nanti ada masa aku terangkan term-term yang korang tak faham ni. Nanti juga aku akan ceritakan pengalaman kat company ni.

Dan sekarang, jam ini 12:53 pm, 12/10/2015, aku masuk berada bersama company ketiga. Hahaha.mesti tak percayakan. Yup, ini serius….tak bohong…tak tipu....

Mesti pelikkan??? Actually aku dipinjamkan untuk bekerja ke Company ketiga ini oleh company tempat aku praktikal. Apa nama company ni??? Mungkin bukan masa yang sesuai untuk aku bagi tahu nama company ni. Insya-Allah dalam entry-entry akan datang, aku akan beritahu.

Menjawab soalan yang aku lontarkan kat atas tadi, ,,,,, is this the right company? Sekarang aku boleh jawab dengan yakin YA YA YA. Bagi aku ini company yang terbaik bagi aku. Peace …

Selama seminggu dah aku stay dengan company ketiga ni, ok lah. Not bad. Mula memang rasa macam  tak best je. Tapi, situasi ini mengingatkan aku dengan ayat Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Konklusinya, manusia tidak tahu apa yang akan berlaku pada dirinya hatta keadaan kita dalam masa 5 minit dari sekarang pun walaupun kita mempunyai teknologi yang canggih pada hari ini. Apa yang kita mampu adalah membuat agakkan dan andaian, namun andai Allah tidak mengizinkan sesuatu perkara itu daripada berlaku, nescaya apa yang kita fikirkan itu hanya kan tinggal sebagai kenangan di fikiran kita semata-mata.

Dan situasi yang aku alami pada hari ini mengajar dan mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan seorang manusia yang bergantung sepenuhnya pada Allah. Bukan pada diri kita semata-mata. Kita tiada kuasa melainkan dengan kehendak dan kekuasaan Allah juga.

Panjang dah entry ni. Lama dah tak menulis. Kemahiran menulis pun dan kurang. Bercampur-aduk bahasa yang aku gunakan. Sebenarnya, memang tulisan kali ini aku cuba menulis secara santai, cara orang Melaka menulis. Supaya anda semua lebih mudah untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan dan menepati kefahaman yang sepatutnya anda semua faham.

Tak faham memang satu masalah, tetapi masalah yang lebih besar adalah SALAH FAHAM. Jadi aku mohon korang tak salah faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ini. Jika ada petanyaan, boleh direct komen kat bawah ni. Andai aku buka blog ni, insya-Allah aku akan jawab. Kalau ada pertanyaan tentang pemilihan tempat praktikal boleh juga anjurkan soalan tu. Lebih-lebih lagi khusus untuk budak-budak junior Oil and Gas Engineering University Teknologi MARA. Aku tak lokek, apa yang aku tahu aku akan cuba sampaikan. K… babai..



1:14 pm
12/1/2014
PP(M)SB


Wednesday 3 June 2015

KEPUTUSAN DPPM : MAHASISWA PEMERHATI

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Takbir bergema menghangatkan suasana dewan muktamar. Meraikan kepimpinan yang baru dilantik. Sesiapa sahaja yang dilantik pasti laungan takbir yang kekal menjadi laungan. Andai slogan ini bertukar, tiada kepastian lagi dasar yang akan dibawa bersamaan dengan kepimpinan sebelumnya.

Hari ini menyaksikan barisan pemuda yang baru telah menggantikan kepimpinan yang sedia ada. Dipilih dengan nada majoriti sepertimana pemilihan-pemilihan yang lalu.

Kita melihat kepimpinan yang lama telah membawa Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM)  ke satu daerah baru dalam lipatan sejarah politik negara. Mencorak dewan yang dipenuhi oleh golongan berdarah panas bukan mudah, namun saudara Suhaizan mampu meneruskan kepimpinannya dengan baik sepanjang tempoh 2 tahun beliau memegang jawatan tersebut. Legasi yang ditinggalkan tidak mungkin dapat dilupakan apatah lagi untuk dikesampingkan dalam mencorak DPPM di hari muka. Pembawakan dan kritis pemikiran beliau akan terus menjadi alunan suara anak muda yang menghargai perjuangan rakyat marhaen ini.

Kepimpinan baru melihatkan muka-muka yang agak berlainan berbanding kepimpinan sebelumnya. DPPM pada kali ini akan diterajui oleh YB Nik Abduh ,seorang ahli parlimen dan juga anak bekas Mursyidul Am. Pembawakan dan pemikiran beliau mungkin akan berbeza dari saudara Suhaizan, namun penerusan pemuda sebagai wadah mendekati rakyat bagi menyebarkan Islam pasti tidak akan diubah.

Cara dan strategi mungkin akan kelihatan berbeza. Ini sudah pasti kerana setiap pemimpin mempunyai kapasiti akal yang berbeza-beza antara satu sama lain. Justeru perbezaan itu tidak dapat tidak pasti akan kelihatan.

Bergerak terus kehadapan adalah harapan anak muda kepada DPPM. Pantang bagi anak muda untuk berundur semula ke belakang setelah DPPM dilihat berjaya melangkah jauh mendepani masyarakat, menjuarai pelbagai isu dan menunjukkan kewibawaan pada pihak musuh sert rakan sepakatan.

Menyentuh skrip drama 2 tahun sekali yang sengaja dimainkan , pertembungan professional dan pro ulama diputar kembali pada pemilihan pada kali ini. Mereka dilagakan antara satu sama lain. Sehingga terkadang menghina, menjatuh serta membunuh karekter sahabat seperjuangan mereka. Media memastikan permainan ini terus hangat dengan mengemukakan laporan dan berita yang tidak masuk akal dan berbeza dengan keadaan sebenar. Kenyataan-kenyataan pimpinan pemuda diputarbelitkan dan mengelirukan masyarakat yang membacanya.

Namun ramai yang tidak sedar kehadiran pengaruh kehancuran ini. Mereka lebih berminat mengikuti perkembangan semasa melalui orang tengah berbanding meneliti dengan sendiri apa yang sedang berlaku. Tidak mahu mendengar secara keseluruhan tapi mengambil rumusan dari pihak yang tidak tahu asal-usulnya. Tentu sahaja mereka mempunyai agenda tersendiri, mempunyai kepentingan peribadi, tapi kita tetap malas mengkaji dan akhirnya terperangkap dengan pemikiran kita sendiri seterusnya merosak dan memecah-belahkan parti.

Isu professional turut mengisi benak anak muda yang memerhati. Timbul desas-desus sana sini mengatakan pemuda telah mati. Memainkan sikap mahasiswa yang meneliti, aku mempunyai pandangan peribadi. Isu ini timbul apabila kita mempunyai kemampuan yang berbeza dari sudut mendefinisi perkataan itu sendiri.

Ramai orang melihat golongan professional adalah mereka yang memjawat jawatan dalam kerjaya yang berkredibiliti seperti doktor, peguam dan jurutera. Betul. Mereka memang profesional dalam bidang mereka. Tetapi bagi mengurus sebuah parti, definisi profesional ini tidak boleh diterima pakai dalam menilai kepimpinannya. Professional perlu didefinisikan dengan nafas baru agar lebih bertepatan dengan kondisi.

Professional bagi sesebuah kepimpinan parti adalah dengan meletakkan dasarnya di tempat yang tertinggi bukan berbangga mempertahankan strategi yang ditukar seringkali. Strategi boleh bertukar namun dasar tidak boleh diketepikan. Andai dasarnya sudah berubah, tiadalah lagi makna strategi yang menjadi tuhan bagi sesetengah manusia. Kata pepatah melayu, “Menang sorak, kampung tergadai”. Jika ini terjadi, hilanglah sudah makna gerakan itu sendiri.

Andai DPPM mahu dilihat gah seperti sejarah suatu masa dahulu, eloklah kiranya DPPM kembali memegang dengan erat dasar yang diperjuangkan. Menunaikan janji meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Sudah pasti akhirnya nanti, kesejahteraan yang diidamkan akan lebih dinikmati oleh setiap penyokong dan pemerhati parti ini.

Aku seorang mahasiswa, namun hati ini seperti ada  dengan DPPM. Harapan melangit diletakkan atas bahu kepimpinan baru ini. Semoga DPPM akan terus kekal relevan untuk pemuda terutama mahasiswa-mahasiswi. Terus melangkah, jangan terfikir untuk menyerah. Perjuangan ini masih jauh, moga iman kekal utuh. Dasar perlu diperkukuh agar keyakinan masyarakat tidak lagi runtuh.


TERUS MELANGKAH, JANGAN PERNAH LELAH