Tuesday 12 March 2013

SEDIKIT TAPI ADA,BANYAK TAPI TIADA


Manusia selalu merasakan diri dia lebih baik dari orang lain. Kita rasa kita lagi hebat dari orang lain. Lagi kacak, lagi bijaksana, lagi cepat, lagi tepati masa,lagi mengamalkan cara hidup yang lebih baik, lagi comel, lagi cantik, lagi menarik, lagi tinggi, lagi kurus, lagi kuat, lagi berjiwa rakyat, lagi pandai mengurus, lagi layak memimpin, lagi cekap, lagi cergas, lagi pantas, lagi bersih, lagi suka mengemas, lagi tabah, lagi penyabar, lagi smart, dan macam-macam lagi. Sama gak dengan aku. Aku selalu rasa yang aku ni lebih baik dari kawan-kawan lain,dari orang lain. Padahal tak da apa pun kelebihan aku. Sama je dengan orang lain. Cuma nafsu yang nak membanggakan diri sendiri.

Aku sering kali tak menzahirkan kebanggaan aku tu, hanya fikiran dalam minda dan perasaan dalam hati je. Tetapi tu yang lebih menakutkan sebab kalau aku zahirkan, akan ada orang yang memberi teguran. Ni kalau simpan dalam hati, akan jadi barah dalam diri aku je lah.

Jadi terpaksalah aku berusaha sendiri untuk melenyapkan perasaan dan fikiran sebegitu. Memang susah sebab apa syaitan sentiasa menghasut dan meniupkan keghairahan untuk membangga diri. Dah lupa, tak lama lepas tu datang balik. Semua ni sebab apa,sebab kita kurang keikhlasan dalam hidup. Kita bukan nak cari keredhaan Allah, tapi nak cari keredhaan manusia yang sementara. Tak da makna lah apa yang kita buat. Hebat mana pun perkara kita lakukan, tapi tak dipandang Allah. Yang kita dapat hanya penat samata. Maka beruntunglah orang yang ikhlas walau kerja yang dia buat sedikit.

Imam Hassan Al-Banna pernah suatu ketika berada dalam sebuah majlis. Beliau menjadi penceramah waktu itu. Selesai majlis beliau turut bersama dengan para petugas mengemas dan membersihkan kawasan tersebut. Apabila ditanya mengapa beliau melakukan kerja tersebut, sedangkan dia seorang penceramah yang hebat dan ramai lagi yang boleh mengemas kawasan tersebut. Maka beliau berkata “aku tidak tahu mana satu amalan aku yang diterima oleh Allah”. Beliau berfikir sekiranya kita melakukan tugas yang kecil,namun jika kita ikhlas, itu lebih baik dari kita melakukan perkara yang besar tetapi di akhirat nanti tiada apa yang kita boleh tunjukkan dihadapan Allah. Begitulah orang yang hebat. Beliau tidak merasa bangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Bahkan begitu merendah diri.

Konklusinya, kita perlu berusaha untuk mengikhlaskan diri kita. Sentiasa merendah diri dan tidak memandang rendah orang lain walaupun kecil sumbangannya kepada masyarakat. Artikel ni adalah pesanan buat diriku ini. Dan andai ada nampak ketidakikhlasan yang aku lakukan,aku pohon tuhan memberi petunjuk kepada diriku ini, dan aku pohon teguran dari penduduk di bumi ini.:-)


 7 mac 2013
8.35 am

No comments:

Post a Comment