Sunday, 8 September 2013

maafkan kami wahai non-muslim

Aritu mase pulang ke shah alam,berhenti jap kat rnr dengkil..coz hari nak ujan..mula igt nak berhenti kat usj,jamak kat situ, tpi hujan dah mula trun..basah gak lah sampai kat dengkil tu..
masuk kat surau, nampak sorang abang cine duk kat tiang kat dalam surau tu..tengah bace buku tulisan cine..cover dia ade gambar masjid..
Lepas solat tengok dia ade lagi..teragak-agak gak nak g kat dia..pikir,pikir,pikir, last2 pergi gak kat dia..
dia baru masuk islam 6 bulan..nak cari dana untuk sambung pelajaran dalam agama..
Satu bende je yang aku teruja nak tahu dari golongan mualaf..dan untuk kesekiankalinya dapat bertanye kat dia..
"Bang, kenapa abang berminat nak masuk Islam..?"
simple je dia jawab.."saya nampak Islam itu hebat"..
wowwwww..sentap lak rasenye..yup, Islam itu memang hebat..cuma umat islam hari ini tak sedar bende tu..kita tahu namun tak sedar..kita nampak dengan mata,tapi tidak dengan hati..kita sendiri tidak berbangga dengan Islam seterusnya tidak mengamalkannya..
Bersyukurlah abang tersebut kerana dia kenal Islam terlebih dahulu sebelum dia mengenali umat Islam..
sedikit perkongsian aku tuturkan buat abang tersebut, "bang teruskan istiqamah mendalami Islam..jangan melihat pada penganutnya, tapi lihat pada isi Islam itu sendiri..Islam itu INDAH,cuma kami umat Islam akhir zaman ini yang merosakkan Islam itu.."

-maafkan kami wahai golongan non-muslim kerana kamu mengenali kami(muslim) terlebih dahulu sebelum kamu mengenal Islam..

Monday, 1 July 2013

SEMOGA KITA BERTEMU KEMBALI

“Carilah sahabatyang dengan hanya melihatnya kita akan teringat kepada Allah.” 

Alhamdulillah dah sampai Shah Alam. 2 jam lebih perjalanan terasa begitu singkat. Perjalanan yang biasanya diharungi dengan lautan kebosanan bertukar menjadi satu perjalanan yang amat menarik dan menyeronokkan, seperti menyusuri sungai yang tenang airnya sambil menikmati keindahan alam di sekitarnya.

Takdir Allah menentukan pertemuan dua hati yang tiada langsung perkaitan melainkan Syahadah penyambung ukhwah. Berbeza Negara, berbeza keturunan, berbeza loghat perkataan, berbeza umur, berbeza status kehidupan [bila agaknya aku ingin bernikah,(^_^) ], berbeza perjalanan kehidupan tetapi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu, berbual, bersembang dan juga berkongs sedikit ilmu diantara kami.

Nama yang menarik, Abdul Muin, seorang ahli farmasi, dari kota Makasar (tempat yang aku kenali melalui pembacaan sebuah buku hebat ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Vjik’, karya tokoh hebat, Buya Hamka J ). Seorang yang cukup biasa. Cara bertuturnya biasa-biasa, berpakaiannya biasa-biasa, namun mempunyai ilmu yang amat baik.

Berbicara dengan beliau umpama berborak dengan rakan yang sudah bertahun dikenali. Tiada rasa janggal, tiada rasa jarak diantara kami. Lembut tuturnya, santun budinya, halus bahasanya, mekar ilmunya.
Mulanya perbualan kami hanya berkisar latar belakang dan tempat kelahirannya. Kemudian memasuki fasa yang lebih menarik, lontaran ilmu dan pengalamannya ketika bermusafir di bumi Allah. Menceritakan pengalaman dan ibrah menaiki kapal terbang. Mungkin ramai yang sudah berkali-kali menaiki ‘belon’( aku belum pernah menaiki kapal terbang) , namun tidak ramai yang dibukakan hati untuk menghayati perjalanan mereka, tidak ramai yang dibukakan hatinya untuk menghayati kebesaran Allah. Apabila kita berada di awan biru, manusia dilihat kecil. Mengaplikasi ilmu semesta yang kita sudah pelajari sejak dari sekolah rendah , beliau menggambarkan bahawa kita ini sangat kerdil disisi Tuhan.

Pengajaran yang didapati, pertamanya kita ini sangat kerdil disisi Allah, kedua jangan kita sombong dan merasa diri sangat besar( mampu melakukan apa sahaja tanpa izin Allah), ketiganya jangan mengagungkan manusia (cukuplah sekadar menghargainya kerana kita adalah sama) dan yang terakhir, jangan kita terlalu merasakan kita ini kecil sehingga merendahkan diri tanpa alas an yang kukuh dihati.

Diteruskan dengan method mencari ilmu di Makasar. Nampak menarik dan hati ini rasa tertarik ingin bertalaqi ilmu disana(insya-Allah). berdepan guru-guru hebat, mengupas kitab-kitab masyhur. Medan cerita dan perkongsian seterusnya beralih kepada Siapa saya,Tujuan saya, Pedoman saya, Contoh saya. Siapa saya mengupas bahawa kita adalah hamba Allah Yang Maha Esa. Tujuan hidup saya adalah untuk beribadat kepada Allah.

Memetik katanya “sesuatu yang digunakan bukan untuk tujuan yang diciptakan akan menimbulkan kerosakan. Fikiran mengiyakan. Mengambil contoh andai telefon bimbit dicipta untuk menghubungkan 2 insan (bersaudara bukan bercinta J )yang berada jauh, namun andainya ia digunakan untuk membaling anjing atau dibuat penyendal pintu nescaya rosak akhirnya. Begitu juga dengan manusia, andai tidak menepati tujuan diciptakan maka manusia itu akan rosak. Pedoman saya amat mudah. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana firman Allah dan sabda Rasulullah itu tiada tolak banding kehebatannya.


Contoh saya tidak lain tidak bukan hanyalah Nabi Muhammad S.A.W. seseorang yang memahami tujuan hidup hanyalah untuk Allah, maka segala perbuatannya hanya mengharapkan Allah bukan balasan di dunia yang fana.

Banyak lagi yang dikongsikan, tapi tidak dapat aku muatkan dalam coretan jalanan ini. Perkongsian yang cukup hebat, daripada seorang musafir yang bermusafir untuk bertemu teman-teman lamanya. Mengharap naungan Allah di Hari perhitungan dengan mengamal dan mengimplimentasikan ‘bertemu dan berpisah kerana Allah (semoga Aku digolongkan dalam golongan ini).

Mengikuti saranan Allah didalam Al-Quran, beliau melangkah menuju musafir. Benarlah kata pepatah “jauh perjalanan, luas permandangan, tambah pengetahuan”. Tidak rugi rasanya aku pulang ke Melaka minggu ini, tidak rugi juga wang yang diguna untuk membeli tiket andai dibandingkan dengan pengisian dan perkongsian sebegini.

Akhir kata-katanya menyentuh berkaitan 1. Berusaha. 2. Jangan merasa sedih. 3. Berdoa kepada Allah. 4. Bertawakal kepada Allah. 5. Jangan kata kalau begini, maka begini. 6. Menerima ketentuan Allah dan redha atasnya.

Syukran, terima kasih, nandre, sheseh, thank you, arigato gozaimas akhi. Akhir pertemuan kami, aku berdoa semoga Allah mempertemukan kami lagi, jika tidak di dunia, Insya-Allah di akhirat kelak. =>

17 Jan 2013

12.52 am

*terdetik untuk post benda ni bilamana aku merasakan kami adalah 1 agama yang bukan dipisahkan dengan bangsa atau warna kulit. 

Sunday, 9 June 2013

INGAT STUDY,JANGAN LUPA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah tak lame lagi dah nak exam. Tambah tolak tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. Walaupun dah dekat sangat tapi aku masih rasa macam jauh je lagi. Rasa macam lagi 3 bulan lagi. Masih tak dapat fokus betul-betul untuk belajar dan ulangkaji. Sibuk dengan scroll facebook lah, tengok movie lah, baca blog orang lah, jalan-jalan ngan membe lah. Macam-macam. Duk buang masa je. Tidur banyak, tapi belajar kurang. Masih kurang kesedaran dalam hati untuk belajar. Sering mencipta alasan untuk tidak belajar..Ishk3. Teruk gak ni.ni kena kahwin cepat ni.haha..:-)

Apa-apa pun aku memang dah lama dah buat jadual untuk study,cuma takde disiplin dan kurang kesungguhan dalam diri untuk mematuhi jadual yang aku dah buat. Buat masa sekarang, adalah dalam 2@3 ari je yang aku follow jadual ni. Belajar betul-betul. Yang lain banyak dihabiskan dihadapan laptop sahaja.


Jadi mulai hari ini aku kena tingkatkan kesedaran untuk menghadapi exam akhir bulan nanti. Kena jihad melawan nafsu. Tiada lagi menghadap laptop pagi petang siang malam. Aku dah tetapkan, kalau nak update facebook ada masa-masa yang tertentu sahaja. Isnin sampai Khamis--> diantara 6:30 hingga 8:15 pagi. Untuk Sabtu dan Ahad waktu bebas, tapi jangka waktu sama. Waktu lain laptop akanku simpan kecuali jika ada kerja-kerja tertentu sahaja. Lagipun assignment dah tak de lagi,so takde alasan untuk menghadap movie laptop lagi. Nampak macam yeye je. Tapi tak tau lah aku boleh laksanakan atau tidak. Doakan bersama,semoga dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Firman Allah dalam Al-Quran : Demi masa(1) sesungguhnya manusia dalam kerugian (2) kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3)


Satu masalah yang sering berlaku dekat-dekat nak exam ni ialah khusyuk belajar sampai lupa untuk mengerjakan ibadah. Mengingatkan diri yang sering lupa ini. Kita cari ilmu tapi kita lupa nak cari Pencipta dan Pemberi ilmu. Kita cari cahaya tapi kita lupa siapa yang memberi cahaya. Kita dah usaha tapi kita lupa untuk berdoa. Mungkin Allah memberi apa yang kita cari tapi dalam keadaan Allah murka. Mengambil kata-kata dari seorang ustaz "kalau kita dapat sesuatu dalam keadaan kita tinggalkan suruhan Allah,disitu ada unsur istidraj." Semoga dijauhkan Allah..:-) 

Satu artikel menarik berkaitan istidraj dari iluvislam.com .

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)  tranungkite.net , www.hmetro.com.my 


Oklah. Selamat menjalani hari-hari terakhir sebelum menghadapi peperiksaan akhir buat semua rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat sekalian. Salam Imtihan. Bitaufiq wannajah. Good Luck. Selamat Maju Jaya. 

#ingat study,jangan lupa Allah. 
#cari ilmu jangan lupa Pemberi Ilmu. (^_^) 




8.01 pm
Ahad
9 Jun 2013

Thursday, 30 May 2013

ALAHAI FACEBOOK


Facebook oh facebook. Manfaat atau mudarat.? Kebaikan atau keburukan.? Memudahkan atau menyukarkan.? Pembaikan atau kerosakan.? Menjimatkan atau membazirkan.? Merapatkan atau menjarakkan.? Mendekatkan atau menjauhkan.? Memberi ketenangan atau memberi tekanan.?

Semua persoalan tersebut akan terjawab dengan sendiri berdasarkan cara kita mengendalikan laman sesawang ini. Andai betul cara kita mengendalikannya, maka banyaklah kebaikan yang akan kita perolehi . Andai tersalah cara kita, pasti, yakin dan percayalah bahawa lebih banyak kemudaratan yang akan kita perolehi.



Seminggu yang amat menarik aku tempuhi dalam kehidupan ini. Seminggu yang amat memberi manfaat kepada diriku. Seminggu penuh dengan pengisian lahiriah dan ruhiyah buatku. Seminggu yang ku rasa sangat memberi kesan positif dalam hidup ini. Seminggu yang dimaksudkan adalah seminggu yang baru sahaja berlalu, yang dilalui tanpa ada masa untuk membuka dan menyemak akaun facebook. Bukan sahaja facebook bahkan segala isi kandungan internet tidak dilihat dan dibaca.


Indah hidup ini. Hahaha. Baru tersedar bahawa banyak lagi benda yang boleh dilakukan selain daripada menyemak akaun facebook. Sekiranya kita dapat menjimatkan masa penggunaannya, maka beruntunglah orang tersebut. Lebih sikit penggunaannya, lebih baik untuk jasad dan roh kita. Masa tersebut boleh kita laburkan untuk membuat pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah serta bermanfaat.


Alahai facebook. Jangan kau lalaikan aku dengan dirimu, jangan kau lekakan aku dengan tarikan pada dirimu, jangan kau lupakan aku pada tanggungjawab diriku, jangan kau bazirkan masa hidupku yang begitu berharga ini. Nyah kau dari sisiku,nyah kau dari diriku. Semoga engkau tidak lagi menagih simpati untuk dirimu.

Ya Allah,Kau kurangkanlah masa ku bersama facebook ini ya Allah......:-) 


29 Mei 2013
Rabu
8.30 malam

Sunday, 19 May 2013

TERIMA KASIH SAHABAT!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kepada Allah kerana masih menghidupkan aku pada hari ini. Buka sahaja facebook pagi ini page UiTM Sentiasa Dihatiku telah memaklumkan bahawa ibu kepada seorang graduan yang baru grad semalam telah kembali ke Rahmatullah. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Sesungguhnya hidup dan mati kita di tangan Allah. Jika Allah nak mematikan kita, nescaya kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Andai Allah masih memberi kita peluang untuk hidup, amat-amatlah beruntung diri kita.

Semalam aku ada post status di facebook yang aku rasa tak tergamak langsung untuk aku post benda tu. Maaf sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan andai terasa hati. Tak pernah terfikir bagi diri aku untuk bangkit memperjuangkan bangsa semata. Memang aku sayang bangsa aku, tak dinafikan. Semua orang menyayangi bangsa mereka. Tapi ingatlah hati, ayat Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Andai aku atau kita memperjuangkan bangsa semata, tidak tentu lagi Islam akan selamat. Namun, andai kita perjuangkan Islam nescaya semua bangsa akan selamat di bawah naungan Islam. Allah tak pernah berjanji bangsa ini akan masuk ke syurga, bangsa itu akan masuk neraka. TIDAK. Tak pernah. Dalam ayat di atas, Allah beritahu bahawa “sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya”. Tak kira apa bangsa, andai dia beriman dan bertakwa, nescaya dia adalah orang yang mulia disisi Allah.

Selepas sahaja aku post status tu semalam, banyak respon dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat. Bertanya mengapa aku post status macam tu. Seperti tidak percaya. Hahaha. Thanks kawan-kawan kerana bertanya dahulu sebab aku post benda tu. Thanks juga sebab masih mempercayai diri yang lemah dan hina ini. Teringat kisah sebab turun ayat surah Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Dalam ayat ini Allah menyebut, andai ada seseorang membawa berita, post status, share maklumat dimana-mana, di facebook, surat khabar, internet, twitter, whatsapp, viber, twitter, line, wechat, dan sebagainya, maklumat itu perlulah diselidiki, perlu dikaji, perlu ditanya kepada orang yang terlibat dengan maklumat yang didapati. Andai kita mendengar dari si A yang mengatakan si B ni pencuri, kita perlu juga mendengar penjelasan daripada si B. bukan terus menghukum tanpa ada usul periksa. Bukan terus membuat andaian yang semberono. Andaikata berita dan maklumat itu diperolehi dari orang yang paling kita sayang, yang paling dekat dengan kita sekalipun kita perlu selidikinya. Inikan pula berita dari sahabat yang jauh dari kita.

Mungkin ada sebab mengapa mereka melakukan perkara tersebut yang kita sendiri tidak tahu apa sebabnya. Mungkin  tahap kesabarannya sudah tidak dapat dibendung. Mungkin sekadar bergurau dengan rakan-rakan. Mungkin keadaan budaya kita tidak sama. Mungkin situasi kita berbeza. Mungkin waqi' kita berlainan. Mungkin itu memang perancangannya untuk mendidik dan membuka minda manusia, mungkin perkara tersebut dilakukan sebagai ‘reverse psychology’. Mungkin kata-katanya untuk menyedarkan seseorang, mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. Kita tak tahu sebabnya. Jadi bertanyalah jika tidak tahu.

Sekali lagi aku nak minta beribu kemaafan kepada mereka yang terasa dengan apa yang dipostkan semalam. Mungkin aku terlupa sebentar adap memberi peringatan. MAAF, MAAF, MAAF. Terima kasih buat rakan-rakan yang bertanya dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang memberikan nasihat dan peringatan. Sesungguhnya, anda adalah sahabat yang terbaik.

TERIMA KASIH SAHABAT!!!!


8.06 am
Isnin
20 Mei 2013




Friday, 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU

bismillahirrahmanirrahim....
16 MEI-hari yang cukup istimewa buat seorang guru. Hari di mana seorang guru diraikan setelah setahun menghadapi cabaran dan dugaan bagi mendidik anak bangsa tercinta agar menjadi orang yang berguna.

setiap tahun, pada tarikh ini, saya akan pergi ke sekolah kesayanganku SMKA SULTAN MUHAMMAD, bersama-sama meraikan susah payah,jerit perih guru-guru. Tapi tahun ini,tak berkesempatan nak meluangkan masa pergi ke sana. Maaf cikgu. Namun begitu dari jauh daku titipkan salam rindu buat semua guruku. Akanku kenang jasamu guru. :-) 

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat semua guru yang telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini terutama buat cikgu dan pensyarah:
prasekolah di SK Durian Tunggal-1999
darjah 1-6 di SK Durian Tunggal-2000-2005
darjah 3-6 di SRA Jaim Durian Tunggal-2003-2005
tingkatan 1-5 di SMKA Sultan Muhammad-2006-2010
matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka-2011-2012
Universiti Teknologi Mara-2012-sekarang







tidak lupa buat keluargaku yang kebanyakkannya adalah guru..mak uda,mak teh, pak teh,pak dek,
cik lah...selamat hari guru semua!!!!!!!!


TERIMA KASIH CIKGU


#maaf atas kelewatan mengirimkan ucapan..semoga hidupmu guru dirahmati Tuhan..

17mei2013
4.41pm

Monday, 13 May 2013

KEMBARA: TASIK BIRU KUNDANG


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, baru balik dari camping Kembara. Macam-macam perasaan bercampur-baur. Best, penat, seronok, rindu, letih, mengantuk, suka, sedih, gembira, sayang, bengang, terkilan, dan macam-macam lagi. Memang macam tu lah perasaannya. Seronok apabila terkenang benda-benda seronok dan tak seronok bila terkenang benda-benda tak seronok. Belit-belit aku tulis. Tapi semua tu sudah menjadi sejarah dan kenangan kita. Kita tak mampu nak ubah lagi. Apa yang kita mampu ubah adalah masa depan kita. Kita yang mencorak kehidupan kita di hari mendatang. Samada mahu sekadar seronok di dunia sahaja atau pun mahu seronok di dunia dan juga seronok di akhirat. Dan yang paling penting kita perlu mengambil pengajaran serta teladan daripada setiap apa yang kita lalui.

Setiap apa yang kita hadapi dan lalui di dunia ini ada hikmahnya. Teringat kisah yang diceritakan oleh syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki minggu lepas di surau seksyen 7.  Kisah seorang penasihat Sultan yang selalu berkata “ada hikmahnya tuan” apabila menasihati rajanya. Insya-Allah jika ada kesempatan akan dinukilkan dalam blog ini untuk kita bersama mengambil iktibar daripada apa yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya.

Begitu juga perkemahan ni. Banyak yang dapat aku pelajari. Dimulakan dengan rakan-rakan kumpulan yang menyeronokkan Sam, Nurul Ain, Amirah Sabrina, Farhah, Ayusha, Hafiz, Syamira, Zulaikha, Gie, dan 2 lagi sahabat wanita yang aku kurang mengingati namanya. 12 orang semuanya. Dengan nama kumpulan Varnish, pink menjadi pilihan kesatuan kami. Pengenalan dengan mereka semua amat menyeronokkan bagi seorang budak lelaki yang kurang berkomunikasi terutama dengan wanita seperti aku. Serius, aku memang tak pandai berhubung dengan wanita. Mungkin apa yang aku dapat disini, ialah perbaiki hubungan kita sesama manusia. Tidak kira lelaki atau wanita, hubungan sesama saudara Muslim itu perlu ada dalam diri.

Survival mode kat camping ni paling memberi makna sekali. Memang dah biasa pergi kem, tapi ni first time alami pengalaman macam ni. Camp site di tengah-tengah Tasik Biru Kundang. Pulau. Jalan nak pergi hanya menaiki bot, kayak, atau berenang. Memang best giler. Next, tandas kat sini adalah tandas terbaik yang aku pernah jumpa. Boleh kasi 5++ bintanglah. Hahaha. Tandas buatan sendiri. Design yang sangat menarik. Tanah digali dalam 1 setengah kaki, atasnya ada batang kayu yang disusun untuk di jadikan tempat memijak, 4 kayu dipancang di 4 penjuru, dan akhir sekali ditutup dengan kain disekeliling dan atas nya. Hari pertama ok lagi, hari kedua masuk, kepala boleh pening kalau duduk lama-lama dalam tandas tu.

Aktiviti utama kayaking. Memang tu lah objektif kami pergi kem ni. Nak belajar berkayak. Nampak simple, kayuh je lah. Tapi bila dah mengayuh, penat dan lenguh tangan. Kalau gunakan cara dan penggunaan pedal yang betul, tenaga yang keluar boleh dijimatkan. Ye lah. Kata survival mode. Tenaga pun kena jimat. Seharian belajar, Alhamdulillah test hari ahad dapat dijalankan dengan jayanya. Betul tak betul tu belakang cerita. Asalkan dapat buat.

Last but not list, air “adik-beradik”. Adik-beradik lah sangat. Sekali rasa memang nak lagi. Tak kan dapat dilupakan. Satu platun dapat segelas cawan. Kena pastikan semua rasa dan habiskan. Kebaikan air ni dapat melawaskan sistem pencernaan dan memudahkan pembuangan sisa dari badan.Balik bilik, tandas menjadi destinasi utama. Nikmat. Tu sahaja yang dapat digambarkan.

Banyak ibrah dan iktibar yang dapat dicungkil:
1. bekerja dalam kumpulan
2. banyakkan bersabar
3. hargai makanan yang kita ada,jangan membazir
4. hargai rakan
5. setiap benda ada adatnya. Hormati adat mereka selagi mana tidak bertentangan syarak
6. ilmu memerlukan praktikal
7. hargai masa
8. jaga solat tak kira dimana kita berada
9. jaga hubungan dengan manusia
10. hargai nikmat yang Allah beri,sekejap sahaja Allah boleh tarik

Banyak lagi. Kalau kita positif tentu kita dapat memikirkan sendiri. Tapi kalau kita merasa negatif, kita takkan nampak kesan dan pengajarannya.  kita hanya nampak keburukan dan penyiksaan yang dihadapi(macam teruk je). Seperti kata Tuan Ibrahim Tuan Man “ingatlah bintang tidak dapat bersinar tanpa kegelapan. Begitu juga sinaran bulan mengambang tidak dapat dihayati di waktu siang. Pengajaran Allah ada dimana-mana.”


“sekali kembara,selamanya kembara”

Isnin,
13 Mei 2013
10.24 pm

HADIAH UNTUK AWAK

"Cantik baju awak malam ni..." 
"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."
"Awak, malam ni malam apa ye?"
"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"
"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."
"Oh, awak... saya nak cakap sesuatu la malam ni..."
"Apa dia? Cakap je la."
"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu?"
"Dah lapuk cerita tu... abaikan je la."
"Awak, kita orang Islam kan?"
"Yeah, for sure la..."
"Kita ni Islam atas nama je, kan?"
"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni...?"
"Saya takut la awak... malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. awak tak takut mati ke?"
"Isy... stop talking nonsense la."
"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"
"So?"
"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."
"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"
"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni..."
"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."
"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada hari spesifik. Awak, saya takut wak..."
"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."
"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."
"Awak ni dah mengarut ni..."
"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."
"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"
"Kita clash! Itu yang terbaik wak."
"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"
"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."
"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."
"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."
"Dah, jom balik."
"Takpela awak, saya balik sendiri."
"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."
Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.
.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."
"Awak..."
"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"
"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"
"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."
"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

 buat semua rakan-rakan yang dikasihi (^_^)
 copy from:  iluvislam

Thursday, 2 May 2013

APABILA ISLAM DITEGAKKAN..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

", pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku. Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train"Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr.Johar. " budak. Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum.

Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkaniman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... Maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, Kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah. Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." "Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?" Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas....Lega...Dahaga dan lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum.Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : ", kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka.

Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurutdadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?" "Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.

ye! Jijiknya. Ah. Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. "Anta tak cuba tampung dengan amal makruf yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya....Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan."Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya boleh dapatkan hiburan?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.Seramsejuk tubuhnya. "Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. "Apa nak jadi ni?Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu."Eh ...Ni suara orang mengaji." "Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema.... Cintaku berlabuh di persada rahmatMumendamba kasih yang tidak berhujungMengutip sayang di hamparan cinta suci Inilah getaran hatiku memburu cinta.......Stanza hati merindu Ilahi!Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini tidak boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah. Aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" kata pembantunya.Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah. Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar."Maaf Datuk. Begitulah keutusannya" jawab pembntu itu.Datuk Dr. Johar seakan tidak percaya. Digosok-gosok lagi matanya.


*kopi dan pasta..tapi link dia da tak ingatlah..rasa macam diambil dari iluvislam..
#jalan cerita yang sangat menarik..tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.cerita ini aku dah share kat facebook aku tahun lepas. saja nak share kat blog ni lak. harap ada pengajaran yang dapat kita ambil dan berhajatlah supaya Islam kembali tertegak di dunia ini..(^_^)

Tuesday, 16 April 2013

POLITIK KAMPUS DAN ANDA

sesegar udara pagi,
seindah sinaran matahari,
secantik kembang kasturi,
senyaman suasana hari.

Pagi yang indah, sekali lagi Allah beri kita nikmat untuk menghayati keindahan alam ini. Bersyukurlah kerana masih hidup dalam keadaan sempurna. Dapat melihat, dapat mendengar, dapat merasai. Andai tak ada rasa kesyukuran dalam diri, bayangkanlah mereka yang telah kehilangan nikmat tersebut. Jom mengingatkan diri bahawa nikmat itu untuk dihargai agar nanti dirahmati diri. :-)

Bahang pilihanraya makin terasa. Aku yang tak boleh mengundi ni pun dapat rasa bahang nya. Bukan ingin menceritakan keadaan kempen dan perang bendera disekitar kawasan tempat aku belajar ni, tapi nak cerita kempen yang dilakukan dalam kampus dan kolej. Jentera-jentera parti telah mula bergerak menyusup masuk ke dalam institusi tempat aku belajar.

Semalam ketika sedang bergegas untuk bersolat Subuh, terleka seketika di hadapan pintu. Sehelai risalah,bersaiz A4 berwarna putih. Kertas fotostat. Modal yang rendah dan murah. Namun mungkin yang ingin disampaikan oleh pengedar risalah tersebut bukanlah jenis atau warna kertas tersebut. Maklumat yang tertera di atasnya yang lebih penting. Risalah tersebut menceritakan tentang isu semasa. Berkaitan "GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA". Katanya dipetik dari blog king of goblok (http://kingofgoblok.blogspot.com/). Tak tau la. Aku pun tak sempat lagi nak pastikan sama ada benar atau tidak. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, gereja tersebut terletak di Bukit Jalil.

Hari ini, sekali lagi, di hadapan pintu yang sama, pada waktu yang sama,cuma hari berbeza. Ada lagi risalah yang diedarkan. Kali ini bukan sehelai,tetapi 8 helai. Kesemuanya berwarna, dicetak atas kertas licin. Sudah tentu, modal dan kos mencetak tinggi. Dan risalah ini lebih menarik perhatian kerana cantik. Biasalah, adat manusia, selalu "judge a book by its cover". Di atasnya ada tercetak lambang KPT(kementerian pengajian tinggi). Artikel berkaitan kewajaran PTPTN dalam bentuk kartun. Aku tak tau sangat berkaitan PTPTN ni. Mungkin kalian lebih mengetahui. Sebab aku tak pinjam PTPTN. Jadi, buat korang yang pinjam benda ni, nilailah kesahihan maklumat tersebut. Pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat ketika mengundi 5 Mei nanti.

Keputusan di tangan anda. Yang penting kena balik mengundi bagi yang boleh mengundi. Ini adalah salah satu tanggungjawab anda kepada negara tercinta. :-)


artikel berkaitan PTPTN
(*maaf,artikel semalam tak dapat dijumpai.)

Selasa
16 April 2013
9.55 am

Monday, 8 April 2013

Kisah penjual roti


Tekunnya si penjual roti, bangun pagi2 mencari rezki yang halal, ramai pelanggan syukur, sikit pelanggan sabar, mohon hari-hari yang datang ada rezki lebih untuk cover sewa, anak,isteri & ayah ibu tak dilupakan.

"Susah abang nak bercuti, ayang kena faham, rezki kita pada lelehan peluh & keringat bukan macam depa, based on commission, close deal di hotel-hotel, bil pun ditanggung beres, tahu dah credit dlm akaun, banyaknya sifar.."

Untuk menghargai nikmat, panggil imam baca tahlil, doa selamat minta rezki diberkat...

Sumbernya ??? Imam jangan tanya, nanti kena aniaya, tamat contract gitu saja...

Setiap program baju baru, tempah pada kroni...

Inilah pemimpin akhir zaman, wang rakyat jadi hal peribadi..
Apa nak jadi bangsaku? Dunia kau melarat akhirat tak tahu lagi tempat..

Mari kita ubah ara berfikir, macam umat yg maju, negara menghargai rakyat, jauhi pemimpin korup ..

Hidup macam ketam, jalan senget minta rakyat bersyukur, tapi dia pembazir, suruh orang jangan sebar fitnah, dia serang orang lain dgn semua media, tanpa ada rasa malu, suruh orang sokong melayu, tapi negeri ditadbir melayu dianiaya dinafikan, hak dirampas..

Nasihat saya pd semua manusia, masa utk merubah masa depan anda dari ditadbir oleh manusia berhati serigala, melihat orang lain macam haiwan yg tak dibenarkan berfikir atau mmberikan pandangan..

Agar penganiyaan tak lagi berterusan ..

Jika kepimpinan yg baru yg kalian pilih tak menepati janji..
5 tahun akan datang kita tukar pada yg lama..

Beri peluang , gunakan kuasa dalam keizinan demokrasi yg membenarkan .. Ayuhhhh!!!


dipetik dari 

Sunday, 7 April 2013

Alkisah posmen…



Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.

Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadhan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa.

Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadangkala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. 


rezeki,jodoh,ajal,maut ditangan Allah..bukan pada tangan manusia....^_^


dipetik dari:

Friday, 5 April 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN, PRU13 DAN MANDAT RAKYAT MALAYSIA


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu oleh  semua orang telah tiba. Hari yang telah dinanti-nanti telah sampai. Banyak tekaan yang tersasar jauh namun ada juga tekaan yang ‘head shot’,tepat betul-betul pada hari kejadian. Tarikh yang cukup bermakna. Hari yang cukup bersejarah. Setelah hampir 2 tahun spekulasi, telahan, tekaan, tilikan, dugaan, anggaran daripada rakyat Malaysia. Pada minggu ini, segalanya terjawab sudah. PARLIMEN MALAYSIA TELAH DIBUBARKAN. Hari RABU, tanggal 3 APRIL 2013,genap 4 tahun pemerintahan kabinet DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK. Tarikh yang cukup istimewa buat beliau untuk membubarkan parlimen. Dan tarikh yang cukup menarik bagi semua lapisan masyarakat.

Berakhir sahaja spekulasi tarikh pembubaran parlimen, timbul 1 lagi spekulasi baru. Sudah tentu tumpuan dan mata rakyat Malaysia akan  beralih ke arah SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) pula. Kini telahan baru timbul,tekaan baru menjelma,tilikan baru dibuat. Tajuk yang cukup hangat “BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA MALAYSIA KE 13.?”.  Masyarakat kebanyakan tertanya-tanya bilakah tarikh mereka boleh mengundi.? Bilakah mereka boleh memilih wakil rakyat mereka untuk membentuk kerajaan yang baru.? Sama ada KERAJAAN SEBELUM INI DIKEKALKAN atau KERAJAAN YANG BARU DIBERI PELUANG,itu semua terletak di tangan 13.3 juta rakyat Malaysia yang boleh dan layak mengundi bagi PRU ini. Jika dikekalkan yang lama, sudah tentu transformasi yang dicanangkan akan cuba dilaksanakan dengan sebaiknya. Jika diberi peluang yang baru, sudah pasti harapan perubahan yang diminta oleh rakyat akan ditunaikan.

Sekarang keputusan berada ditangan anda. Sebarang perubahan atau pengekalan akan memberikan impak yang sangat besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia sepanjang 5 tahun tempoh masa pemerintahan kabinet ke 13 kelak. Sudah tentu apa-apa pun yang berlaku, kerajaan yang diberi MANDAT  oleh rakyat WAJIB memberi kesejahteraan,menjaga kebajikan dan keharmonian serta memajukan negara yang ditadbir. Tidak kira siapa yang dipilih, YAKIN dan PERCAYALAH Malaysia akan terus bergerak maju kehadapan selaras dengan aspirasi rakyat. Kerana PASTI,PASTI DAN PASTI kita sebagai rakyat Malaysia akan bersama-sama menyokong kepimpinan akan datang. KAMI SAYANG MALAYSIA..

ANDALAH PENENTU SEGALANYA…….

Sabtu
6 April 2013
9:35  pagi

Wednesday, 20 March 2013

BINGKISAN HATI


Tuhanku,
Andai aku jatuh cinta,
Engkau labuhkanlah cintaku kepada mereka yang mencintaiMu,
Agar bertambah juga cintaku kepadaMu.

Tuhanku,
Andai aku berkasih sayang,
Engkau tautkanlah kasihku kepada mereka yang mengasihiMu,
Agar nanti bertambah kasihku kepadaMu.

Tuhanku,
Andainya aku merindu,
Engkau letakkanlah rinduku kepada orang merinduiMu,
Agar bertambah rinduku kepadaMu


26 april 2012

from my previous blog: 
http://aakifimanhasbullah.blogspot.com/

Sunday, 17 March 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Insya-Allah, hari ini keluar result untuk budak2 STPM.. Buat kengkawan aku yang amik STPM tahun lepas, aku doakan korang dapat keputusan yang terbaek.. Ingat lagi pesan Ustaz Razak mase aku form3.. Dia cakap keputusan yang kita dapat adalah hasil dari usaha kita. Lagi banyak usaha kita, lagi baik lah hasilnya..

Semalam ada kengkawan aku suruh aku doakan untuk dia orang.. Doakan agar mereka dapat keputusan yang terbaek.. Insya-Allah,korang akan dapat keputusan yang terbaek.. Lagi pun korang orang hebat.. Banyak bantu agama Allah.. Banyak program korang da buat untuk wujudkan Biah Solehah kat sekolah kiter.. Banyak bende korang da buat untuk jadikan sekolah kiter sebagai sekolah Kluster..hehe.. Semoga result STPM tahun ni adalah result paling gempak sekali dalam sejarah sekolah kiter..


Ingat pesan Allah dalam Al-Quran, "INTANSURULLAHAYANSURKUM".. Sesiapa yang bantu agama Allah, Allah akan bantu dia.. Percayalah sahabat,janji Allah itu pasti selagi mana apa yang kiter lakukan itu semata-mata untuk Allah.. Aku pasti,yakin dan percaya result hari ini adalah keputusan yang terbaek yang Allah beri untuk kalian.. Good Luck my friends.. Good Luck Sultan.. Chaiyok2.. Aja-aja fighting.. Semoga berjaya.. Bitaufiq wan najah..

SEBIRU HARI INI

Album: Muhasabah Cinta
Munsyid: Edcouctic
http://liriknasyid.com


Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hari kita
Bersama disini
Seindah hari ini
Indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita
Walau kita kan berpisah

reff:

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini.....



Wednesday, 13 March 2013

BERSYUKURLAH DIRI


JIKA KITA TAK MAMPU UNTUK BERSYUKUR DENGAN SESUATU YANG SEDIKIT, BAGAIMANA UNTUK KITA BERSYUKUR DENGAN SESUATU YANG BANYAK..

Ayat yang simple. Tapi memberi makna yang cukup besar dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba di bumi ini. Kita sering menginginkan sesuatu yang kita tiada dan sering tidak menghargai dengan apa yang ada pada kita sekarang. Sedangkan apa yang ada pada kita sekarang, itulah yang terbaik buat kita.
Tatkala melihat orang lain memiliki sesuatu yang baru, hati kecil selalu berbisik “alangkah baiknya kalau aku dapat benda ni. Mesti best.” Tak salah kita ada keinginan nak dapatkan sesuatu asalkan kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada kini. Mana mungkin kita dapat bersyukur dengan nikmat yang banyak jikalau nikmat sedikit pun tak dihargai. 

Jika benar-benar  faham ayat tersebut akan timbul sikap menghargai sesuatu nikmat yang diberikan kepada kita. Berusaha untuk bersyukur sekarang agar apabila lebih banyak nikmat yang diberi, kita masih mampu bersyukur.

Nikmat yang Allah beri amat besar dan luas ruang lingkupnya. Hidup kita ini dari celik mata di pagi hari sehingga lelapnya kita di malam hari dipenuhi dengan nikmat yang tak mampu kita hitung. nikmat melihat, mendengar, berkata-kata, berjalan dan semua yang fizikal kita lakukan. Begitu juga pangkat dan jawatan yang diterima. duit, telefon bimbit pintar, tablet dan motorsikal yang diguna. Hatta dapat beribat kepada Allah juga adalah nikmat. Semua ini perlu kita syukuri, dan andai kita bersyukur nescaya Allah akan menambahkan lagi pemberian-Nya.

Manusia memang tidak pernah puas. Sentiasa berkeinginan. Nak, nak, nak..macam-macam kita nak,tapi bila dapat, dinikmati sementara kemudian menginginkan benda yang baru lagi. Janganlah habis madu sepah dibuang.

Peringatan untuk diri supaya tidak jauh tersasar dengan keinginan nafsu. Nafsu ibarat kuda liar. Bukan untuk dibunuh tetapi untuk dijinakkan agar dapat digunakan ketika memerlukan.

14 mac 2013
2.07 am

Tuesday, 12 March 2013

SEDIKIT TAPI ADA,BANYAK TAPI TIADA


Manusia selalu merasakan diri dia lebih baik dari orang lain. Kita rasa kita lagi hebat dari orang lain. Lagi kacak, lagi bijaksana, lagi cepat, lagi tepati masa,lagi mengamalkan cara hidup yang lebih baik, lagi comel, lagi cantik, lagi menarik, lagi tinggi, lagi kurus, lagi kuat, lagi berjiwa rakyat, lagi pandai mengurus, lagi layak memimpin, lagi cekap, lagi cergas, lagi pantas, lagi bersih, lagi suka mengemas, lagi tabah, lagi penyabar, lagi smart, dan macam-macam lagi. Sama gak dengan aku. Aku selalu rasa yang aku ni lebih baik dari kawan-kawan lain,dari orang lain. Padahal tak da apa pun kelebihan aku. Sama je dengan orang lain. Cuma nafsu yang nak membanggakan diri sendiri.

Aku sering kali tak menzahirkan kebanggaan aku tu, hanya fikiran dalam minda dan perasaan dalam hati je. Tetapi tu yang lebih menakutkan sebab kalau aku zahirkan, akan ada orang yang memberi teguran. Ni kalau simpan dalam hati, akan jadi barah dalam diri aku je lah.

Jadi terpaksalah aku berusaha sendiri untuk melenyapkan perasaan dan fikiran sebegitu. Memang susah sebab apa syaitan sentiasa menghasut dan meniupkan keghairahan untuk membangga diri. Dah lupa, tak lama lepas tu datang balik. Semua ni sebab apa,sebab kita kurang keikhlasan dalam hidup. Kita bukan nak cari keredhaan Allah, tapi nak cari keredhaan manusia yang sementara. Tak da makna lah apa yang kita buat. Hebat mana pun perkara kita lakukan, tapi tak dipandang Allah. Yang kita dapat hanya penat samata. Maka beruntunglah orang yang ikhlas walau kerja yang dia buat sedikit.

Imam Hassan Al-Banna pernah suatu ketika berada dalam sebuah majlis. Beliau menjadi penceramah waktu itu. Selesai majlis beliau turut bersama dengan para petugas mengemas dan membersihkan kawasan tersebut. Apabila ditanya mengapa beliau melakukan kerja tersebut, sedangkan dia seorang penceramah yang hebat dan ramai lagi yang boleh mengemas kawasan tersebut. Maka beliau berkata “aku tidak tahu mana satu amalan aku yang diterima oleh Allah”. Beliau berfikir sekiranya kita melakukan tugas yang kecil,namun jika kita ikhlas, itu lebih baik dari kita melakukan perkara yang besar tetapi di akhirat nanti tiada apa yang kita boleh tunjukkan dihadapan Allah. Begitulah orang yang hebat. Beliau tidak merasa bangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Bahkan begitu merendah diri.

Konklusinya, kita perlu berusaha untuk mengikhlaskan diri kita. Sentiasa merendah diri dan tidak memandang rendah orang lain walaupun kecil sumbangannya kepada masyarakat. Artikel ni adalah pesanan buat diriku ini. Dan andai ada nampak ketidakikhlasan yang aku lakukan,aku pohon tuhan memberi petunjuk kepada diriku ini, dan aku pohon teguran dari penduduk di bumi ini.:-)


 7 mac 2013
8.35 am

Tuesday, 26 February 2013

AKU DAN AKU

umur aku 20 tahun..tahun lepas 19 dan insya-Allah kalau panjang umur, tahun depan umur aku 21..aku suka makan..tak de feveret..sume aku makan..tapi yang pelik-pelik aku tak makan..makanan manis paling aku tak suka..kalau mak masak aku makan gak..aku orang Melaka..cencalok didahulukan, asam pedas diutamakan..aku tinggal kat durian tunggal..dari tol ayer keroh dalam 5 minit je perjalanan nak sampai rumah aku..aku budak kampung je..kalau budak kampung mesti ade name kampungkan..dia orang panggil aku IKAP..nama ni memang budak U aku  tak tahu..budak sekolah pon tak tau gak..nama betul aku unik..ramai orang tak boleh sebut..ada sorang nenek kat kampung aku tu dari aku kecil sampai sekarang panggil aku tingkap..tak pe la nek..tingkap pun tingkap la..asalkan ada bunyi boleh la..:-)