Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, baru balik dari camping
Kembara. Macam-macam perasaan bercampur-baur. Best, penat, seronok, rindu, letih,
mengantuk, suka, sedih, gembira, sayang, bengang, terkilan, dan macam-macam
lagi. Memang macam tu lah perasaannya. Seronok apabila terkenang benda-benda
seronok dan tak seronok bila terkenang benda-benda tak seronok. Belit-belit
aku tulis. Tapi semua tu sudah menjadi sejarah dan kenangan kita. Kita tak mampu
nak ubah lagi. Apa yang kita mampu ubah adalah masa depan kita. Kita yang
mencorak kehidupan kita di hari mendatang. Samada mahu sekadar seronok di dunia
sahaja atau pun mahu seronok di dunia dan juga seronok di akhirat. Dan yang
paling penting kita perlu mengambil pengajaran serta teladan daripada setiap
apa yang kita lalui.
Setiap apa yang kita hadapi dan lalui di
dunia ini ada hikmahnya. Teringat kisah yang diceritakan oleh syeikh Nuruddin
Al-Banjari Al-Makki minggu lepas di surau seksyen 7. Kisah seorang penasihat Sultan yang selalu berkata
“ada hikmahnya tuan” apabila menasihati rajanya. Insya-Allah jika ada
kesempatan akan dinukilkan dalam blog ini untuk kita bersama mengambil iktibar
daripada apa yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya.
Begitu juga perkemahan ni. Banyak yang
dapat aku pelajari. Dimulakan dengan rakan-rakan kumpulan yang menyeronokkan
Sam, Nurul Ain, Amirah Sabrina, Farhah, Ayusha, Hafiz, Syamira, Zulaikha, Gie, dan
2 lagi sahabat wanita yang aku kurang mengingati namanya. 12 orang semuanya. Dengan
nama kumpulan Varnish, pink menjadi pilihan kesatuan kami. Pengenalan dengan mereka
semua amat menyeronokkan bagi seorang budak lelaki yang kurang berkomunikasi terutama
dengan wanita seperti aku. Serius, aku memang tak pandai berhubung dengan
wanita. Mungkin apa yang aku dapat disini, ialah perbaiki hubungan kita sesama
manusia. Tidak kira lelaki atau wanita, hubungan sesama saudara Muslim itu
perlu ada dalam diri.
Survival mode kat camping ni paling memberi
makna sekali. Memang dah biasa pergi kem, tapi ni first time alami pengalaman
macam ni. Camp site di tengah-tengah Tasik Biru Kundang. Pulau. Jalan nak pergi
hanya menaiki bot, kayak, atau berenang. Memang best giler. Next, tandas kat
sini adalah tandas terbaik yang aku pernah jumpa. Boleh kasi 5++ bintanglah. Hahaha.
Tandas buatan sendiri. Design yang sangat menarik. Tanah digali dalam 1
setengah kaki, atasnya ada batang kayu yang disusun untuk di jadikan tempat
memijak, 4 kayu dipancang di 4 penjuru, dan akhir sekali ditutup dengan kain
disekeliling dan atas nya. Hari pertama ok lagi, hari kedua masuk, kepala boleh
pening kalau duduk lama-lama dalam tandas tu.
Aktiviti utama kayaking. Memang tu lah
objektif kami pergi kem ni. Nak belajar berkayak. Nampak simple, kayuh je lah. Tapi
bila dah mengayuh, penat dan lenguh tangan. Kalau gunakan cara dan penggunaan
pedal yang betul, tenaga yang keluar boleh dijimatkan. Ye lah. Kata survival
mode. Tenaga pun kena jimat. Seharian belajar, Alhamdulillah test hari ahad dapat
dijalankan dengan jayanya. Betul tak betul tu belakang cerita. Asalkan dapat
buat.
Last but not list, air “adik-beradik”. Adik-beradik
lah sangat. Sekali rasa memang nak lagi. Tak kan dapat dilupakan. Satu platun
dapat segelas cawan. Kena pastikan semua rasa dan habiskan. Kebaikan air ni dapat melawaskan sistem
pencernaan dan memudahkan pembuangan sisa dari badan.Balik bilik, tandas
menjadi destinasi utama. Nikmat. Tu sahaja yang dapat digambarkan.
Banyak ibrah dan iktibar yang dapat dicungkil:
1. bekerja dalam kumpulan
2. banyakkan bersabar
3. hargai makanan yang kita ada,jangan
membazir
4. hargai rakan
5. setiap benda ada adatnya. Hormati adat
mereka selagi mana tidak bertentangan syarak
6. ilmu memerlukan praktikal
7. hargai masa
8. jaga solat tak kira dimana kita berada
9. jaga hubungan dengan manusia
10. hargai nikmat yang Allah beri,sekejap
sahaja Allah boleh tarik
Banyak lagi. Kalau kita positif tentu kita
dapat memikirkan sendiri. Tapi kalau kita merasa negatif, kita takkan nampak kesan
dan pengajarannya. kita hanya nampak keburukan dan penyiksaan yang dihadapi(macam teruk je). Seperti kata Tuan Ibrahim Tuan Man
“ingatlah bintang tidak dapat bersinar tanpa kegelapan. Begitu juga sinaran
bulan mengambang tidak dapat dihayati di waktu siang. Pengajaran Allah ada
dimana-mana.”
“sekali kembara,selamanya kembara”
Isnin,
13 Mei 2013
10.24 pm
No comments:
Post a Comment