Tuesday, 16 April 2013

POLITIK KAMPUS DAN ANDA

sesegar udara pagi,
seindah sinaran matahari,
secantik kembang kasturi,
senyaman suasana hari.

Pagi yang indah, sekali lagi Allah beri kita nikmat untuk menghayati keindahan alam ini. Bersyukurlah kerana masih hidup dalam keadaan sempurna. Dapat melihat, dapat mendengar, dapat merasai. Andai tak ada rasa kesyukuran dalam diri, bayangkanlah mereka yang telah kehilangan nikmat tersebut. Jom mengingatkan diri bahawa nikmat itu untuk dihargai agar nanti dirahmati diri. :-)

Bahang pilihanraya makin terasa. Aku yang tak boleh mengundi ni pun dapat rasa bahang nya. Bukan ingin menceritakan keadaan kempen dan perang bendera disekitar kawasan tempat aku belajar ni, tapi nak cerita kempen yang dilakukan dalam kampus dan kolej. Jentera-jentera parti telah mula bergerak menyusup masuk ke dalam institusi tempat aku belajar.

Semalam ketika sedang bergegas untuk bersolat Subuh, terleka seketika di hadapan pintu. Sehelai risalah,bersaiz A4 berwarna putih. Kertas fotostat. Modal yang rendah dan murah. Namun mungkin yang ingin disampaikan oleh pengedar risalah tersebut bukanlah jenis atau warna kertas tersebut. Maklumat yang tertera di atasnya yang lebih penting. Risalah tersebut menceritakan tentang isu semasa. Berkaitan "GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA". Katanya dipetik dari blog king of goblok (http://kingofgoblok.blogspot.com/). Tak tau la. Aku pun tak sempat lagi nak pastikan sama ada benar atau tidak. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, gereja tersebut terletak di Bukit Jalil.

Hari ini, sekali lagi, di hadapan pintu yang sama, pada waktu yang sama,cuma hari berbeza. Ada lagi risalah yang diedarkan. Kali ini bukan sehelai,tetapi 8 helai. Kesemuanya berwarna, dicetak atas kertas licin. Sudah tentu, modal dan kos mencetak tinggi. Dan risalah ini lebih menarik perhatian kerana cantik. Biasalah, adat manusia, selalu "judge a book by its cover". Di atasnya ada tercetak lambang KPT(kementerian pengajian tinggi). Artikel berkaitan kewajaran PTPTN dalam bentuk kartun. Aku tak tau sangat berkaitan PTPTN ni. Mungkin kalian lebih mengetahui. Sebab aku tak pinjam PTPTN. Jadi, buat korang yang pinjam benda ni, nilailah kesahihan maklumat tersebut. Pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat ketika mengundi 5 Mei nanti.

Keputusan di tangan anda. Yang penting kena balik mengundi bagi yang boleh mengundi. Ini adalah salah satu tanggungjawab anda kepada negara tercinta. :-)


artikel berkaitan PTPTN
(*maaf,artikel semalam tak dapat dijumpai.)

Selasa
16 April 2013
9.55 am

No comments:

Post a Comment