"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak
hadiahkan minggu lepas."
"Awak, malam ni malam apa ye?"
"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam
ni...?"
"Awak, malam ni malam Valentine
Day la..."
"Oh, awak... saya nak cakap sesuatu la
malam ni..."
"Apa dia? Cakap je la."
"Awak, saya terbaca kat satu artikel
ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal
tu?"
"Dah lapuk cerita tu... abaikan je
la."
"Awak, kita orang Islam kan?"
"Yeah, for sure la..."
"Kita ni Islam atas nama je,
kan?"
"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya
pulak ni...?"
"Saya takut la awak... malam semalam,
saya mimpi, saya mati. Mati wak.. awak tak takut mati ke?"
"Isy... stop talking nonsense la."
"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya
cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan
jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"
"So?"
"Kalau saya nak minta kita kahwin
sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi
wak..."
"Awak jangan nak merepek ye. Jangan
kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni
kan?"
"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi
ni..."
"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari
kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."
"Saya tak perlukan surprise tu.
Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa.
Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan,
berkasih bukan ada hari spesifik. Awak, saya takut wak..."
"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya
kan ada."
"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya
tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena
seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau
awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."
"Awak ni dah mengarut ni..."
"Awak, kita bukan tak tahu semua ni.
Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama
waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal
ni."
"Ok, ok. It's enough. So, apa
yang awak nak sangat sekarang ni?"
"Kita clash! Itu yang
terbaik wak."
"What??? Awak kena sampuk apa
malam ni?"
"Biarlah awak nak kata saya kena
sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."
"Gila apa awak ni. Saya nak balik la
macam ni."
"Awak, ingat kata-kata terakhir saya
ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke
arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."
"Dah, jom balik."
"Takpela awak, saya balik
sendiri."
"Whatever. Pelik la awak malam
ni. Ok, see you tomorrow."
Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan
teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor
dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan
dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa,
hingga ke sana.
.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita
tak sambut Maulidur Rasul lagi."
"Awak..."
"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"
"Macam mana awak ada kat sini? Bukan
ke awak yang kena langgar kat depan tu?"
"Tu la... saya pun ingat saya yang
kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah,
nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi,
sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab
sedarkan saya tadi."
"Saya balik dulu.
Assalamu'alaikum."
buat semua rakan-rakan yang dikasihi
(^_^)
copy from: iluvislam
^_^
ReplyDelete