Facebook oh facebook. Manfaat atau
mudarat.? Kebaikan atau keburukan.? Memudahkan atau menyukarkan.? Pembaikan
atau kerosakan.? Menjimatkan atau membazirkan.? Merapatkan atau menjarakkan.?
Mendekatkan atau menjauhkan.? Memberi ketenangan atau memberi tekanan.?
Semua persoalan tersebut akan terjawab
dengan sendiri berdasarkan cara kita mengendalikan laman sesawang ini. Andai
betul cara kita mengendalikannya, maka banyaklah kebaikan yang akan kita
perolehi . Andai tersalah cara kita, pasti, yakin dan percayalah bahawa lebih
banyak kemudaratan yang akan kita perolehi.
Seminggu yang amat menarik aku tempuhi
dalam kehidupan ini. Seminggu yang amat memberi manfaat kepada diriku. Seminggu
penuh dengan pengisian lahiriah dan ruhiyah buatku. Seminggu yang ku rasa sangat
memberi kesan positif dalam hidup ini. Seminggu yang dimaksudkan adalah
seminggu yang baru sahaja berlalu, yang dilalui tanpa ada masa untuk membuka
dan menyemak akaun facebook. Bukan sahaja facebook bahkan segala isi kandungan
internet tidak dilihat dan dibaca.

Alahai facebook. Jangan kau lalaikan aku
dengan dirimu, jangan kau lekakan aku dengan tarikan pada dirimu, jangan kau
lupakan aku pada tanggungjawab diriku, jangan kau bazirkan masa hidupku yang
begitu berharga ini. Nyah kau dari sisiku,nyah kau dari diriku. Semoga engkau
tidak lagi menagih simpati untuk dirimu.
Ya Allah,Kau kurangkanlah masa ku bersama facebook ini ya Allah......:-)
29 Mei
2013
Rabu
8.30
malam
No comments:
Post a Comment