Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur kepada Allah kerana masih
menghidupkan aku pada hari ini. Buka sahaja facebook pagi ini page UiTM Sentiasa Dihatiku telah memaklumkan bahawa ibu kepada seorang graduan yang baru
grad semalam telah kembali ke Rahmatullah. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Sesungguhnya
hidup dan mati kita di tangan Allah. Jika Allah nak mematikan kita, nescaya
kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Andai Allah masih memberi kita peluang
untuk hidup, amat-amatlah beruntung diri kita.
Semalam aku ada post status di facebook yang
aku rasa tak tergamak langsung untuk aku post benda tu. Maaf sahabat,
rakan-rakan, kawan-kawan andai terasa hati. Tak pernah terfikir bagi diri aku
untuk bangkit memperjuangkan bangsa semata. Memang aku sayang bangsa aku, tak
dinafikan. Semua orang menyayangi bangsa mereka. Tapi ingatlah hati, ayat Allah
dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya
di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu).”
Andai aku atau kita memperjuangkan bangsa
semata, tidak tentu lagi Islam akan selamat. Namun, andai kita perjuangkan
Islam nescaya semua bangsa akan selamat di bawah naungan Islam. Allah tak
pernah berjanji bangsa ini akan masuk ke syurga, bangsa itu akan masuk neraka.
TIDAK. Tak pernah. Dalam ayat di atas, Allah beritahu bahawa “sesungguhnya
semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya”. Tak kira apa
bangsa, andai dia beriman dan bertakwa, nescaya dia adalah orang yang mulia
disisi Allah.
Selepas sahaja aku post status tu semalam,
banyak respon dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat. Bertanya mengapa aku post
status macam tu. Seperti tidak percaya. Hahaha. Thanks kawan-kawan kerana
bertanya dahulu sebab aku post benda tu. Thanks juga sebab masih mempercayai diri
yang lemah dan hina ini. Teringat kisah sebab turun ayat surah Al-Hujurat ayat
6:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan”
Dalam ayat ini Allah menyebut, andai ada
seseorang membawa berita, post status, share maklumat dimana-mana, di facebook,
surat khabar, internet, twitter, whatsapp, viber, twitter, line, wechat, dan
sebagainya, maklumat itu perlulah diselidiki, perlu dikaji, perlu ditanya
kepada orang yang terlibat dengan maklumat yang didapati. Andai kita mendengar
dari si A yang mengatakan si B ni pencuri, kita perlu juga mendengar penjelasan
daripada si B. bukan terus menghukum tanpa ada usul periksa. Bukan terus
membuat andaian yang semberono. Andaikata berita dan maklumat itu diperolehi
dari orang yang paling kita sayang, yang paling dekat dengan kita sekalipun
kita perlu selidikinya. Inikan pula berita dari sahabat yang jauh dari kita.
Mungkin ada sebab mengapa mereka melakukan
perkara tersebut yang kita sendiri tidak tahu apa sebabnya. Mungkin tahap kesabarannya sudah tidak dapat dibendung.
Mungkin sekadar bergurau dengan rakan-rakan. Mungkin keadaan budaya kita tidak
sama. Mungkin situasi kita berbeza. Mungkin waqi' kita berlainan. Mungkin itu memang perancangannya untuk
mendidik dan membuka minda manusia, mungkin perkara tersebut dilakukan sebagai ‘reverse
psychology’. Mungkin kata-katanya untuk menyedarkan seseorang, mungkin apa yang
dilakukan adalah untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. Kita tak tahu
sebabnya. Jadi bertanyalah jika tidak tahu.
Sekali lagi aku nak minta beribu kemaafan
kepada mereka yang terasa dengan apa yang dipostkan semalam. Mungkin aku
terlupa sebentar adap memberi peringatan. MAAF, MAAF, MAAF. Terima kasih buat
rakan-rakan yang bertanya dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang
memberikan nasihat dan peringatan. Sesungguhnya, anda adalah sahabat yang terbaik.
TERIMA
KASIH SAHABAT!!!!
8.06
am
Isnin
20
Mei 2013
No comments:
Post a Comment