Friday 5 April 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN, PRU13 DAN MANDAT RAKYAT MALAYSIA


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu oleh  semua orang telah tiba. Hari yang telah dinanti-nanti telah sampai. Banyak tekaan yang tersasar jauh namun ada juga tekaan yang ‘head shot’,tepat betul-betul pada hari kejadian. Tarikh yang cukup bermakna. Hari yang cukup bersejarah. Setelah hampir 2 tahun spekulasi, telahan, tekaan, tilikan, dugaan, anggaran daripada rakyat Malaysia. Pada minggu ini, segalanya terjawab sudah. PARLIMEN MALAYSIA TELAH DIBUBARKAN. Hari RABU, tanggal 3 APRIL 2013,genap 4 tahun pemerintahan kabinet DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK. Tarikh yang cukup istimewa buat beliau untuk membubarkan parlimen. Dan tarikh yang cukup menarik bagi semua lapisan masyarakat.

Berakhir sahaja spekulasi tarikh pembubaran parlimen, timbul 1 lagi spekulasi baru. Sudah tentu tumpuan dan mata rakyat Malaysia akan  beralih ke arah SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) pula. Kini telahan baru timbul,tekaan baru menjelma,tilikan baru dibuat. Tajuk yang cukup hangat “BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA MALAYSIA KE 13.?”.  Masyarakat kebanyakan tertanya-tanya bilakah tarikh mereka boleh mengundi.? Bilakah mereka boleh memilih wakil rakyat mereka untuk membentuk kerajaan yang baru.? Sama ada KERAJAAN SEBELUM INI DIKEKALKAN atau KERAJAAN YANG BARU DIBERI PELUANG,itu semua terletak di tangan 13.3 juta rakyat Malaysia yang boleh dan layak mengundi bagi PRU ini. Jika dikekalkan yang lama, sudah tentu transformasi yang dicanangkan akan cuba dilaksanakan dengan sebaiknya. Jika diberi peluang yang baru, sudah pasti harapan perubahan yang diminta oleh rakyat akan ditunaikan.

Sekarang keputusan berada ditangan anda. Sebarang perubahan atau pengekalan akan memberikan impak yang sangat besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia sepanjang 5 tahun tempoh masa pemerintahan kabinet ke 13 kelak. Sudah tentu apa-apa pun yang berlaku, kerajaan yang diberi MANDAT  oleh rakyat WAJIB memberi kesejahteraan,menjaga kebajikan dan keharmonian serta memajukan negara yang ditadbir. Tidak kira siapa yang dipilih, YAKIN dan PERCAYALAH Malaysia akan terus bergerak maju kehadapan selaras dengan aspirasi rakyat. Kerana PASTI,PASTI DAN PASTI kita sebagai rakyat Malaysia akan bersama-sama menyokong kepimpinan akan datang. KAMI SAYANG MALAYSIA..

ANDALAH PENENTU SEGALANYA…….

Sabtu
6 April 2013
9:35  pagi

No comments:

Post a Comment