Thursday, 30 May 2013

ALAHAI FACEBOOK


Facebook oh facebook. Manfaat atau mudarat.? Kebaikan atau keburukan.? Memudahkan atau menyukarkan.? Pembaikan atau kerosakan.? Menjimatkan atau membazirkan.? Merapatkan atau menjarakkan.? Mendekatkan atau menjauhkan.? Memberi ketenangan atau memberi tekanan.?

Semua persoalan tersebut akan terjawab dengan sendiri berdasarkan cara kita mengendalikan laman sesawang ini. Andai betul cara kita mengendalikannya, maka banyaklah kebaikan yang akan kita perolehi . Andai tersalah cara kita, pasti, yakin dan percayalah bahawa lebih banyak kemudaratan yang akan kita perolehi.



Seminggu yang amat menarik aku tempuhi dalam kehidupan ini. Seminggu yang amat memberi manfaat kepada diriku. Seminggu penuh dengan pengisian lahiriah dan ruhiyah buatku. Seminggu yang ku rasa sangat memberi kesan positif dalam hidup ini. Seminggu yang dimaksudkan adalah seminggu yang baru sahaja berlalu, yang dilalui tanpa ada masa untuk membuka dan menyemak akaun facebook. Bukan sahaja facebook bahkan segala isi kandungan internet tidak dilihat dan dibaca.


Indah hidup ini. Hahaha. Baru tersedar bahawa banyak lagi benda yang boleh dilakukan selain daripada menyemak akaun facebook. Sekiranya kita dapat menjimatkan masa penggunaannya, maka beruntunglah orang tersebut. Lebih sikit penggunaannya, lebih baik untuk jasad dan roh kita. Masa tersebut boleh kita laburkan untuk membuat pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah serta bermanfaat.


Alahai facebook. Jangan kau lalaikan aku dengan dirimu, jangan kau lekakan aku dengan tarikan pada dirimu, jangan kau lupakan aku pada tanggungjawab diriku, jangan kau bazirkan masa hidupku yang begitu berharga ini. Nyah kau dari sisiku,nyah kau dari diriku. Semoga engkau tidak lagi menagih simpati untuk dirimu.

Ya Allah,Kau kurangkanlah masa ku bersama facebook ini ya Allah......:-) 


29 Mei 2013
Rabu
8.30 malam

Sunday, 19 May 2013

TERIMA KASIH SAHABAT!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Bersyukur kepada Allah kerana masih menghidupkan aku pada hari ini. Buka sahaja facebook pagi ini page UiTM Sentiasa Dihatiku telah memaklumkan bahawa ibu kepada seorang graduan yang baru grad semalam telah kembali ke Rahmatullah. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Sesungguhnya hidup dan mati kita di tangan Allah. Jika Allah nak mematikan kita, nescaya kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Andai Allah masih memberi kita peluang untuk hidup, amat-amatlah beruntung diri kita.

Semalam aku ada post status di facebook yang aku rasa tak tergamak langsung untuk aku post benda tu. Maaf sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan andai terasa hati. Tak pernah terfikir bagi diri aku untuk bangkit memperjuangkan bangsa semata. Memang aku sayang bangsa aku, tak dinafikan. Semua orang menyayangi bangsa mereka. Tapi ingatlah hati, ayat Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Andai aku atau kita memperjuangkan bangsa semata, tidak tentu lagi Islam akan selamat. Namun, andai kita perjuangkan Islam nescaya semua bangsa akan selamat di bawah naungan Islam. Allah tak pernah berjanji bangsa ini akan masuk ke syurga, bangsa itu akan masuk neraka. TIDAK. Tak pernah. Dalam ayat di atas, Allah beritahu bahawa “sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya”. Tak kira apa bangsa, andai dia beriman dan bertakwa, nescaya dia adalah orang yang mulia disisi Allah.

Selepas sahaja aku post status tu semalam, banyak respon dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat. Bertanya mengapa aku post status macam tu. Seperti tidak percaya. Hahaha. Thanks kawan-kawan kerana bertanya dahulu sebab aku post benda tu. Thanks juga sebab masih mempercayai diri yang lemah dan hina ini. Teringat kisah sebab turun ayat surah Al-Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Dalam ayat ini Allah menyebut, andai ada seseorang membawa berita, post status, share maklumat dimana-mana, di facebook, surat khabar, internet, twitter, whatsapp, viber, twitter, line, wechat, dan sebagainya, maklumat itu perlulah diselidiki, perlu dikaji, perlu ditanya kepada orang yang terlibat dengan maklumat yang didapati. Andai kita mendengar dari si A yang mengatakan si B ni pencuri, kita perlu juga mendengar penjelasan daripada si B. bukan terus menghukum tanpa ada usul periksa. Bukan terus membuat andaian yang semberono. Andaikata berita dan maklumat itu diperolehi dari orang yang paling kita sayang, yang paling dekat dengan kita sekalipun kita perlu selidikinya. Inikan pula berita dari sahabat yang jauh dari kita.

Mungkin ada sebab mengapa mereka melakukan perkara tersebut yang kita sendiri tidak tahu apa sebabnya. Mungkin  tahap kesabarannya sudah tidak dapat dibendung. Mungkin sekadar bergurau dengan rakan-rakan. Mungkin keadaan budaya kita tidak sama. Mungkin situasi kita berbeza. Mungkin waqi' kita berlainan. Mungkin itu memang perancangannya untuk mendidik dan membuka minda manusia, mungkin perkara tersebut dilakukan sebagai ‘reverse psychology’. Mungkin kata-katanya untuk menyedarkan seseorang, mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. Kita tak tahu sebabnya. Jadi bertanyalah jika tidak tahu.

Sekali lagi aku nak minta beribu kemaafan kepada mereka yang terasa dengan apa yang dipostkan semalam. Mungkin aku terlupa sebentar adap memberi peringatan. MAAF, MAAF, MAAF. Terima kasih buat rakan-rakan yang bertanya dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang memberikan nasihat dan peringatan. Sesungguhnya, anda adalah sahabat yang terbaik.

TERIMA KASIH SAHABAT!!!!


8.06 am
Isnin
20 Mei 2013




Friday, 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU

bismillahirrahmanirrahim....
16 MEI-hari yang cukup istimewa buat seorang guru. Hari di mana seorang guru diraikan setelah setahun menghadapi cabaran dan dugaan bagi mendidik anak bangsa tercinta agar menjadi orang yang berguna.

setiap tahun, pada tarikh ini, saya akan pergi ke sekolah kesayanganku SMKA SULTAN MUHAMMAD, bersama-sama meraikan susah payah,jerit perih guru-guru. Tapi tahun ini,tak berkesempatan nak meluangkan masa pergi ke sana. Maaf cikgu. Namun begitu dari jauh daku titipkan salam rindu buat semua guruku. Akanku kenang jasamu guru. :-) 

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat semua guru yang telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini terutama buat cikgu dan pensyarah:
prasekolah di SK Durian Tunggal-1999
darjah 1-6 di SK Durian Tunggal-2000-2005
darjah 3-6 di SRA Jaim Durian Tunggal-2003-2005
tingkatan 1-5 di SMKA Sultan Muhammad-2006-2010
matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka-2011-2012
Universiti Teknologi Mara-2012-sekarang







tidak lupa buat keluargaku yang kebanyakkannya adalah guru..mak uda,mak teh, pak teh,pak dek,
cik lah...selamat hari guru semua!!!!!!!!


TERIMA KASIH CIKGU


#maaf atas kelewatan mengirimkan ucapan..semoga hidupmu guru dirahmati Tuhan..

17mei2013
4.41pm

Monday, 13 May 2013

KEMBARA: TASIK BIRU KUNDANG


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, baru balik dari camping Kembara. Macam-macam perasaan bercampur-baur. Best, penat, seronok, rindu, letih, mengantuk, suka, sedih, gembira, sayang, bengang, terkilan, dan macam-macam lagi. Memang macam tu lah perasaannya. Seronok apabila terkenang benda-benda seronok dan tak seronok bila terkenang benda-benda tak seronok. Belit-belit aku tulis. Tapi semua tu sudah menjadi sejarah dan kenangan kita. Kita tak mampu nak ubah lagi. Apa yang kita mampu ubah adalah masa depan kita. Kita yang mencorak kehidupan kita di hari mendatang. Samada mahu sekadar seronok di dunia sahaja atau pun mahu seronok di dunia dan juga seronok di akhirat. Dan yang paling penting kita perlu mengambil pengajaran serta teladan daripada setiap apa yang kita lalui.

Setiap apa yang kita hadapi dan lalui di dunia ini ada hikmahnya. Teringat kisah yang diceritakan oleh syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki minggu lepas di surau seksyen 7.  Kisah seorang penasihat Sultan yang selalu berkata “ada hikmahnya tuan” apabila menasihati rajanya. Insya-Allah jika ada kesempatan akan dinukilkan dalam blog ini untuk kita bersama mengambil iktibar daripada apa yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya.

Begitu juga perkemahan ni. Banyak yang dapat aku pelajari. Dimulakan dengan rakan-rakan kumpulan yang menyeronokkan Sam, Nurul Ain, Amirah Sabrina, Farhah, Ayusha, Hafiz, Syamira, Zulaikha, Gie, dan 2 lagi sahabat wanita yang aku kurang mengingati namanya. 12 orang semuanya. Dengan nama kumpulan Varnish, pink menjadi pilihan kesatuan kami. Pengenalan dengan mereka semua amat menyeronokkan bagi seorang budak lelaki yang kurang berkomunikasi terutama dengan wanita seperti aku. Serius, aku memang tak pandai berhubung dengan wanita. Mungkin apa yang aku dapat disini, ialah perbaiki hubungan kita sesama manusia. Tidak kira lelaki atau wanita, hubungan sesama saudara Muslim itu perlu ada dalam diri.

Survival mode kat camping ni paling memberi makna sekali. Memang dah biasa pergi kem, tapi ni first time alami pengalaman macam ni. Camp site di tengah-tengah Tasik Biru Kundang. Pulau. Jalan nak pergi hanya menaiki bot, kayak, atau berenang. Memang best giler. Next, tandas kat sini adalah tandas terbaik yang aku pernah jumpa. Boleh kasi 5++ bintanglah. Hahaha. Tandas buatan sendiri. Design yang sangat menarik. Tanah digali dalam 1 setengah kaki, atasnya ada batang kayu yang disusun untuk di jadikan tempat memijak, 4 kayu dipancang di 4 penjuru, dan akhir sekali ditutup dengan kain disekeliling dan atas nya. Hari pertama ok lagi, hari kedua masuk, kepala boleh pening kalau duduk lama-lama dalam tandas tu.

Aktiviti utama kayaking. Memang tu lah objektif kami pergi kem ni. Nak belajar berkayak. Nampak simple, kayuh je lah. Tapi bila dah mengayuh, penat dan lenguh tangan. Kalau gunakan cara dan penggunaan pedal yang betul, tenaga yang keluar boleh dijimatkan. Ye lah. Kata survival mode. Tenaga pun kena jimat. Seharian belajar, Alhamdulillah test hari ahad dapat dijalankan dengan jayanya. Betul tak betul tu belakang cerita. Asalkan dapat buat.

Last but not list, air “adik-beradik”. Adik-beradik lah sangat. Sekali rasa memang nak lagi. Tak kan dapat dilupakan. Satu platun dapat segelas cawan. Kena pastikan semua rasa dan habiskan. Kebaikan air ni dapat melawaskan sistem pencernaan dan memudahkan pembuangan sisa dari badan.Balik bilik, tandas menjadi destinasi utama. Nikmat. Tu sahaja yang dapat digambarkan.

Banyak ibrah dan iktibar yang dapat dicungkil:
1. bekerja dalam kumpulan
2. banyakkan bersabar
3. hargai makanan yang kita ada,jangan membazir
4. hargai rakan
5. setiap benda ada adatnya. Hormati adat mereka selagi mana tidak bertentangan syarak
6. ilmu memerlukan praktikal
7. hargai masa
8. jaga solat tak kira dimana kita berada
9. jaga hubungan dengan manusia
10. hargai nikmat yang Allah beri,sekejap sahaja Allah boleh tarik

Banyak lagi. Kalau kita positif tentu kita dapat memikirkan sendiri. Tapi kalau kita merasa negatif, kita takkan nampak kesan dan pengajarannya.  kita hanya nampak keburukan dan penyiksaan yang dihadapi(macam teruk je). Seperti kata Tuan Ibrahim Tuan Man “ingatlah bintang tidak dapat bersinar tanpa kegelapan. Begitu juga sinaran bulan mengambang tidak dapat dihayati di waktu siang. Pengajaran Allah ada dimana-mana.”


“sekali kembara,selamanya kembara”

Isnin,
13 Mei 2013
10.24 pm

HADIAH UNTUK AWAK

"Cantik baju awak malam ni..." 
"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."
"Awak, malam ni malam apa ye?"
"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"
"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."
"Oh, awak... saya nak cakap sesuatu la malam ni..."
"Apa dia? Cakap je la."
"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu?"
"Dah lapuk cerita tu... abaikan je la."
"Awak, kita orang Islam kan?"
"Yeah, for sure la..."
"Kita ni Islam atas nama je, kan?"
"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni...?"
"Saya takut la awak... malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. awak tak takut mati ke?"
"Isy... stop talking nonsense la."
"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"
"So?"
"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."
"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"
"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni..."
"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."
"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada hari spesifik. Awak, saya takut wak..."
"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."
"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."
"Awak ni dah mengarut ni..."
"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."
"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"
"Kita clash! Itu yang terbaik wak."
"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"
"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."
"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."
"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."
"Dah, jom balik."
"Takpela awak, saya balik sendiri."
"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."
Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.
.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."
"Awak..."
"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"
"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"
"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."
"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

 buat semua rakan-rakan yang dikasihi (^_^)
 copy from:  iluvislam

Thursday, 2 May 2013

APABILA ISLAM DITEGAKKAN..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

", pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku. Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train"Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr.Johar. " budak. Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum.

Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkaniman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... Maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, Kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah. Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." "Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?" Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas....Lega...Dahaga dan lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum.Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : ", kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka.

Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurutdadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?" "Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.

ye! Jijiknya. Ah. Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. "Anta tak cuba tampung dengan amal makruf yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya....Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan."Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya boleh dapatkan hiburan?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.Seramsejuk tubuhnya. "Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. "Apa nak jadi ni?Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu."Eh ...Ni suara orang mengaji." "Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema.... Cintaku berlabuh di persada rahmatMumendamba kasih yang tidak berhujungMengutip sayang di hamparan cinta suci Inilah getaran hatiku memburu cinta.......Stanza hati merindu Ilahi!Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini tidak boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah. Aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" kata pembantunya.Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah. Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar."Maaf Datuk. Begitulah keutusannya" jawab pembntu itu.Datuk Dr. Johar seakan tidak percaya. Digosok-gosok lagi matanya.


*kopi dan pasta..tapi link dia da tak ingatlah..rasa macam diambil dari iluvislam..
#jalan cerita yang sangat menarik..tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.cerita ini aku dah share kat facebook aku tahun lepas. saja nak share kat blog ni lak. harap ada pengajaran yang dapat kita ambil dan berhajatlah supaya Islam kembali tertegak di dunia ini..(^_^)