27 NOVEMBER
2014 (sehari sebelum pembubaran MPP 2013/2014)
Tersebar gambar
dan berita berkaitan mesyuarat jawatankuasa pelaksana(JK Pelaksana) pilihanraya
kampus(PRK) UiTM yang diambil sekitar kampus induk Shah Alam
Berjuta persoalan
timbul kerana jadual berkaitan PRK UiTM belum dikeluarkan, tarikh pembubaran Majlis
(MPP) sesi 2013/2014 dan tarikh pilihanraya kampus juga masih dirahsiakan. Dalam
masa sama pihak HEP telah menyusun JK Pelaksana PRK.
Di laman sosial
seperti facebook dan whatsapp, tarikh PRK rancak dibincangkan. Pelbagai andaian,
spekulasi dan konspirasi mewarnai perbincangan tersebut.
Tweet dari
Yang Di-Pertua (YDP) menambahkan lagi bahang kontroversi PRK. Katanya “PRK dah
mula disusun carta alirnya. So, kita tunggu”. Tweet tersebut seakan mengajak
mahasiswa untuk bersedia menghadapi PRK yang semakin menghampir.
28 NOVEMBER
2014
PEMBUBARAN
MPP UITM sesi 2013/2014
Pembubaran yang
sangat mengejutkan dan tidak disangka-sangka. Sebelumnya ada yang menjangkakan
pembubaran pasti berlaku dalam masa terdekat berdasarkan tweet YDP,namun sehari
selepas tweet tersebut adalah sesuatu yang sangat mengejutkan semua pihak.
Saudara abang
hafizie (secara rasminya sebagai mantan YDP MPP) bergambar dengan surat
pembubaran MPP yang ditandatangan oleh Naib Canselor UiTM Tan Sri Sahol Hamid
bin Abu Bakar.
Ucapan tahniah,
takziah dan terima kasih kepada mantan MPP bercambah seperti cendawan tumbu
selepas hujan di laman social.
Ucapan balas
oleh beberapa orang mantan MPP menambah kesayuan hari Jumaat yang mulia. Namun
terdapat juga MPP yang sampaikan ke hari ini masih tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan hatta ucapan semudah “terima kasih” sekalipun kepada mahasiswa yang
pernah menyokong dan bekerja dengan mereka. Kami bukan inginkan pujian tetapi
ucapan tersebut sekurang-kurangnya dapat mengikat hati kita biarpun kalian
sudah tidak lagi bergelar MPP.
KHABAR ANGIN
mengatakan bakal calon MPP berada di kem PLKN Kerling (kesahihan tidak dapat
dipastikan).
PELANCARAN
PESTA DEMOKRASI oleh sebahagian mahasiswa di laman sosial yang di gerakkan oleh
Gabungan Mahasiswa Merdeka (GMM).
Tuntutanya agar
PRK UiTM dijalankan secara bersih, telus dan adil tanpa ada campur tangan dari “tangan-tangan
ghaib”.
Kempen
#prkBersih yang dijalankan adalah pertamanya mengajak mahasiswa untuk cakna
keadaan politik dan isu semasa di kampus. Keduanya mereka mengajak mahasiswa
untuk menukar “profile picture” (DP) facebook dan whatsapp mereka kepada DP
#prkBersih. Motifnya adalah atas tanda kesedaran, cakna dan mahukan perubahan
kearah mewujudkan suasana PRK yang lebih baik, meriah, bersih, mengamalkan
lunas-lunas demokrasi dan ketelusan.
Mereka menafikan
tuduhan bahawa kempen yang dijalankan adalah atas dasar tentangan terhadap HEP.
Berita pembubaran
MPP tidak begitu meluas dan tidak juga mendapat tempat dihati mahasiswa. Hanya mereka
yang cakna dengan politik kampus serta isu semasa sahaja yang mengetahui apa
yang sedang berlaku di UiTM. Sebahagian besar mahasiswa lain masih
terkebelakang dalam hal ini. Sama ada mereka tidak merasakan MPP itu adalah
suara mereka ataupun mereka merasakan politik itu kotor atau ada apa-apa alasan
lain tidak dapat dipastikan.
29 NOVEMBER
2014
PELANCARAN
DP #prkBersih untuk alumni. Pelancarannya bagi mengajak alumni turut sama
menyokong tuntutan mereka.
TARIKH
PENTING PRK. Seawal jam 7 pagi tarikh penting PRK UiTM telah dikeluarkan. GMM
yang mula-mula mengeluarkan tarikh ini biarpun waktu pejabat belum bermula.
Masih tiada
berita lagi dari beberapa page dan group facebook yang dikatakan sebelum ini
mendepani isu semasa di UiTM. Antaranya adalah page UiTM dihatiku, UiTM
Insider, Siswa4U, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam, Gabungan Makasiswa
UiTM Se-Malaysia (GAMUS), Papan Kenyataan UiTM (PAKU) dan lain-lain.
30 NOVEMBER
2014
PENDEDAHAN. “Setelah
mengikuti kem keramat BTN yang tidak diketahui umum, calon akan dikuarantin di
dalam sebuah bangunan di Intekma setiap malam. Disini calon akan diberitahu apa
yang perlu dibuat untuk langkah seterusnya dan brainwash juga dilakukan kepada
calon” mantan MPP-sumber GMM. Katanya berlaku pembulian ke atas mental para
calon MPP sebelum mereka bertanding.
KEMENANGAN
TANPA BERTANDING. Persoalan yang timbul seterusnya adalah berkaitan kemenangan
tanpa bertanding ketika pemilihan pada sesi 2013/2014 yang lalu. Pada sesi lalu
hampir sebahagian besar fakulti calonnya menang tanpa penentangan dan tanpa
pengundian. Adakah peristiwa ini akan berulang kembali?
Mantan
MPP2013/2014 pertama menukar DP #prkBersih.
Masih ramai
lagi mahasiswa yang masih tidak cakna serta tidak sedar berkaitan proses demokrasi
kampus yang sudah bermula walaupun 3 banner besar telah dipasang ditempat strategic
di sekitar kampus Shah Alam. Apa yang sangat menyedihkan ada yang menyangkakan
PRK adalah Majlis Konvokesyen yang sedang berlangsung.
Kampus
cawangan turut menghadapi masalah yang sama. MAHASISWA TIDAK CAKNA.
1 DISEMBER
2014
HARI
PENGAMBILAN BORANG PENCALONAN. Di Shah alam, borang boleh diambil di kaunter
setempat, di Bangunan Budisiswa.
Mahasiswa yang
layak walaupun tidak pernah menyertai kem yang dianjurkan HEP turut digalakkan
untuk mengambil borang pencalonan agar dapat memberikan sedikit saingan kepada
calon yang dipilih HEP.
KEDAH. Ura-ura
di Kedah mengatakan banyak prosedur dan agak melecehkan. Lebih memeningkan
prosedur tersebut sengaja tidak diwar-warkan agar calon bukan pilihan tidak
terlibat dalam PRK kali ini.-sumber dari member kat Kedah nuuu.
INDUK. Namun
tiada sebarang masalah yang berlaku di kampus induk di Shah Alam. Ramai yang
telah mengambil boring pencalonan. Tiada apa-apa halangan samada dari MPP,
mahasiswa, polis bantuan atau pihak pengurusan sekalipun.
PENDEDAHAN
daripada seorang mahasiswa kampus Shah Alam berkaitan mantan YDP serta
rakan-rakan MPP yang lain menjadi kuli memasang banner PRK pada hari Jumaat
yang lalu. Petikandisertakan dengan gambar dari sang pencerita. Dia menekankan
bahwa tidak sepatutnya MPP diperlakukan sebegitu dan mempertikaikan peranan JK
Pelaksana PRK yang ditubuhkan.
FORUM. Timbul
idea untuk mempertemukan HEP, mantan MPP dan mahasiswa(diwakili GMM) dalam satu
ruang diskusi moden iaitu forum. Sama-sama kita nantikan,adakah akan dijalankan
atau sekadar dibiarkan pergi seperti angina lalu yang menghembus di musim tengkujuh.
UNIVERSITY
NEWS CAPITAL. Page ini buat pertamakalinya menyiarkan maklumat dan artikel
berkenaan PRK UiTM walaupun pengasasnya adalah mahasiswa UiTM. Artikel tersebut
turut dikongsi page Middle Voice dan Siswa4U.
ISU-ISU YANG
DIBANGKITKAN. Masa berkempen yang dikatakan tidak relevan. Masa berkempen
selama 4 hari bermula hari Khamis sehingga ke hari Ahad (11.59 malam). Waktu ini
sangatlah singkat dan pada hari Sabtu dan Ahad sudah tentu tiada pelajar yang
berada di fakulti.
2 NOVEMBER
2014
KENYATAAN
MEDIA MANTAN YDP MPP 2013/2014 UiTM SHAH ALAM. Abang Hafizie mengeluarkan
kenyataan rasminya yang pertama setelah 3 hari menjadi “ silence reader” dan mendiamkan
diri dari menjawab persoalan yang ditagih dari beliau. Beliau juga turut
bersembang dan membalas komen mahasiswa di kenyataan yang dikeluarkanya di
facebook.
Intipati kenyataan
tersebut berkaitan perjalanan proses PRK, bermula dari pembubaran MPP
sehinggalah ke proses pengumuman kemenangan calon yang dijangka akan diadakan
di Pusat Sukan nanti. Beliau juga mengajak calon yang bertanding menimba
engalaman yang terhidang dan menjalani proses demokrasi kampus ini dengan
matang. Semangat UiTM dihatiku ditekankan beliau. Beliau juga berdoa agar
proses pemilihan ini dijalankan dengan lancar tanpa ada perkara yang akan
merosakkan dan menjejaskan nama baik UiTM..
#kenyataan
ini ditulis berdasarkan fakta dan maklumat yang diperolehi sehingga jam 11.59
malam, 2 November 2014. Rujukan penulisan kronologi ini adalah berdasarkan
maklumat yang diterima dari media social dan penceritaan dari rakan-rakan. Sebarang
kesalahan saya mohon diperbetulkan di ruangan komen yang disediakan. Saya ingin
meminta maaf kerana tidak dapat menyelitkan link terus kepada sumber maklumat
yang diperolehi dalam kronologi ini, namun di bawah ini saya sertakan beberapa
link maklumat tersebut. Saya juga ingin meminta maaf sekiranya ada tulisan yang
tidak tepat, seakan berpihak sebelah pihak, menguris mana-mana hati dan
perasaan pembaca sekalian.
#buat
akhirnya, kronologi ini di kumpul atas dasar ingin memperbanyakkan bahan bacaan
dan berkongsi maklumat kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa UiTM. Semoga PRK
kali ini berjalan dengan baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Banyak
yang ingin diulas, tapi memandangkan saya juga mahasiswa, keutamaan masa saya
adalah untuk belajar dan penulisan ini sekadar hobi sahaja. Saya menyokong
#prkBersih. Mahasiwa cakna.