Tujuh langkah pembaharuan perlu dilaksanakan UMNO dengan segera termasuk mewujudkan modul pengkaderan dan pentarbiyahan tersusun bagi melengkapkan perubahan serta peremajaan UMNO sebagai parti harapan orang muda pada masa depan, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, langkah itu mampu melahirkan lebih ramai pemimpin muda UMNO yang bijak, petah dan tangkas berhujah serta teguh daya rohaninya bagi menjadikan mereka sebagai kumpulan pemikir muda di dalam UMNO.
Sangat menarik apa yang dicadang
dan dicanangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini. Sesungguhnya untuk
melahirkan seorang yang kuat dan mantap dari segi kepimpinan ia perlu bermula
dari kekuatan rohani atau spiritual. Perlu kepada asas yang kukuh. Kita boleh
analogikan seperti kita ingn membina bangunan pencakar langit. Asas dan
tapaknya perlu kukuh dan padu supaya mana apabila bangunan itu dapat mencecah
awan ia mampu teguh berdiri dan tidak tumbang walau ditiup angin yang kuat,
walau digegar bumi dek gempa, walau disimpan beribu manusia di dalamnya. Bangunan
itu akan kekal berdiri sehingga takdirnya mencecah bumi.
Sewaktu di sekolah menengah
dahulu pernah berlaku perbincangan antara aku dan sahabat baik aku. Kami berbincang
bagaimana untuk kita menguatkan parti UMNO yang kami dokong sewaktu itu. Sewaktu
itu kami masih lagi bukan ahli UMNO tapi atas dasar sayangkan bangsa dan agama,
kami berdiri bersebelahan dengan parti keramat orang melayu ini.
Kami bukan pelajar biasa, kerana matlamat kami
bukan sekadar memperoleh sijil semata-mata tapi kami mempunyai hasrat yang satu
pada waktu itu iaitu ingin melihat Islam menang dan sistem Islam
diimplimentasikan di dalam pentadbiran Negara yang tercinta. Dalam masa yang
sama kami ingin memastikan bangsa kami iaitu Melayu terus kekal dengan identiti
Melayunya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dalam Perlembagaan
Persekutuan di dalam perkara 160 telah mendefinasikan orang Melayu
sebagai seseorang yang menganuti agama islam, bertutur dalam bahasa Melayu, menurut
adat istiadat Melayu serta lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di
Singapura atau ibubapa telah lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari
merdeka dan menetap di Persekutuan dan di Singapura atau ia adalah keturunan
seseorang tersebut.
Kami berhasrat agar identiti ini
tidak hilang dari bangsa kami dalam kepesatan dan kerancakan ingin menegakkan
keagungan Negara Malaysia itu dimata dunia. Justeru kami sering bersama dan
membantu guru-guru kami sekiranya ada program pembentukan rohani atau
pembentukan kendiri yang ingin dijalankan. Dari kami dibangku sekolah
sehinggalah kami sudah menjadi alumni. Kami berasa bertanggungjawab untuk
membentuk akhlak dan jatidiri adik-adik kami agar andai ada dari kalangan
mereka yang memegang tampuk kuasa kelak, tidak lupa asalnya, tidak lupa kulitnya,
dan tidak runtuh dek ditiup taufan yang menggila.
Suatu hari di sekolah aku
terjumpa sebuah buku yang diterbitkan oleh lajnah perkaderan PAS(kalo tak
silap). Atas dasar memang aku gila membaca, aku pun bacalah buku tu. Lebih-lebih
lagi buku berkaitan politik semasa. Al maklumlah budak bahas kan. Satu kekaguman
timbul selepas aku membaca buku tersebut dan perasaan sama memang telah lama
diwujud dalam hati kami. Iaitu ketaatan dan taat setia yang diberikan ahli-ahli
PAS pada waktu itu adalah bermula dari dasar mereka yang jelas.
Kami mengakui dan kita semua mengakui ahli-ahli PAS pada
waktu itu sangat komited dan bersungguh dengan parti mereka berbanding dengan
parti UMNO pada waktu itu. Dan kami mengkaji sedikit sebanyak tentang mereka
untuk mencari dimana datangnya kekuatan yang menjadikan mereka bersatu hati dan
mentaati pemimpin mereka. Waktu itu aku mengkagumi PAS kerana dapat membina
kekuatan kesatuan mereka dan ketetapan mereka pada parti mereka walaupun
bilangan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya hanya sedikt.
Al hasil, aku mengetahui bahawa semuanya itu datang dari sistem perkaderan dan pentarbiyahan mereka yang mantap serta bermula dari usia kecil anak-anak mereka lagi. Mereka membentuk keagungan parti mereka(walau kalah pilihanraya) dengan menyusun batu-bata (ahli) untuk dijadikan tapak dengan penuh teratur sebelum disimen dengan sistem tarbiyah yang kemas dan teliti.
Justeru kami membentuk resolusi
yang sama, dalam perbincangan politik semasa yang agak kerap kami lakukan
ketika itu. Masakan tidak, bahang pilihanraya 2008 masih panas dirasakan waktu
itu. Resolusi kami adalah , andai kita berada ditampuk pemerintahan UMNO kelak
pastikan kita wujudkan satu sistem perkaderan yang sistematik dan mampu
membentuk jiwa pemuda yang utuh sebagai pelapis kepimpinan Negara dimasa
hadapan.
Kami ada satu kesatuan kefahaman
iaitu ingin melihat agama dan bangsa kami mantap dari segi spiritualnya kerana
itulah asas wujudnya kesatuan dalam sesuatu organisasi. Kita sering mendengar
orang berkata, “benih yang baik apabila dicampak kelaut akan menjadi pulau”. Itulah
apa yang dihajatkan oleh kami. Membentuk ummah sebelum membentuk Negara. Kembali berpegang pada Al-Quran dan Al-Hadis.
Pada hari ini kita melihat usaha
yang amat baik telah dicadangkan untuk membawa pembaharuan dalam parti UMNO. Untuk
meremajakan semula parti yang sudah menjangkau umur bersara ini. Aku amat
menyokong idea yang ingin dilaksanakan ini. Apabila mengetahui akan perkara
diatas, aku meletakkan satu harapan yang tinggi pada pemimpin veteran ini.
Semoga usaha ini dapat
dilaksanakan agar hati anak muda bermula dengan pendidikan mengenal agama
dahulu sebelum kereka dikenalkan dengan konsert atau perkara lain. Pelaksanaannya
perlukan sistem, kaedah, komitmen yang berterusan dan istiqamah dari semua
pihak. Pendetailannya perlu bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta mengikut
manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fikrah yang ingin ditanamkan perlulah fikrah
Islam yang sebenar tanpa sebarang suntikan dari pandangan liberalisme,
komunisme, kapitalisme, sosialisme, hatta wahabiyyah dan syi’iyah sekalipun.
Perlu diingat tarbiyah yang
sebenar hanya dari Allah. Kita manusia sekadar mencari titk-titik dari tarbiyah
Allah Taala. Sesungguhnya hati manusia itu berada dalam genggaman Allah dan
Allah sahaja yang mampu membolak-balikkan hati kita. Maka berdoalah kepada
Allah semoga Allah membuka hati-hati manusia serta hati kita sendiri untuk
mendekatkan diri dengan agamaNya.
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوب ... ثَبِّتْ قَلْبِى
عَلَى دِيْنِكَ
“Duhai Zat Yang
berkuasa membolak-balik hati, teguhkanlah hatiku pada kelurusan agama-Mu..
No comments:
Post a Comment