Alhamdulillah kerana diizinkan Allah untuk meneruskan perjalanan hidup dimuka bumi ini. Kadang kita tak sedar bahawa hidup itu adalah satu nikmat daripada Allah Taala. Walaupun setiap hari kita melakukan dosa, kita berbuat maksiat, mengumpat orang, mendustakan nikmat Allah dengan tidak meyakini bahawa setiap yang berlaku adalah atas Rahmat dan kasih sayang Allah, namun Allah tetap beri kita kehidupan. Diberikan kita peluang sekali lagi untuk menghirup udara diatas dunia ini, diberi peluang untuk menyesali perbuatan yang kita lakukan dan diberi peluang untuk bertaubat kepadaNya.
Kata seorang sahabat, "kita hidup hari ini kerana Allah nak beri kesempatan kat kita untuk memohon keampunan daripadaNya."
Bangunan Fakulti Kejuruteraan |
Sedar tak sedar dah 2 tahun aku belajar kat UiTM. Dan tahun ni masuk tahun ketiga kat sini. Rasa sekejap je dah separuh pengajian aku lalui dan aku harap dapat teruskan baki semester yang akan datang dengan lebih jaya lagi.
Sebenarnya artikel ni ditulis untuk untuk satu tujuan iaitu mempromosikan berkaitan kolam renang UiTM. Tah macam mana tah boleh melencong kat tempat lain..haha..
Renang adalah salah satu daripada sukan-sukan sunnah selain memanah dan berkuda. Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jadi dikesempatan ini aku nak ajak semua yang mencari-cari sukan untuk beriadah pada masa lapang, bolehlah menjadikan sukan renang sebagai pilihan anda.
Di UiTM juga tersedia kolam renang. Mungkin aku boleh
ceritakan sedikit sebanyak tentang kolam renang kat sini.
Jenis kolam : Tertutup (Indoor)
Kedalaman Kolam: 1.22m - 2.0m
Keluasan kolam : 50m x 23m (10 lane)
Bilik Mandi : 8 lelaki, 8 perempuan
Tandas : 3 lelaki, 3 perempuan
Locker - Disediakan percuma untuk sesi renang
Info-info lain boleh dapatkan kat blog kolam renang UiTM teruslah. Daripada aku copy yang ada kat blog tu baik lah korang pergi tengok sendiri apa yang ada kat situ.
http://kolamrenanguitm.blogspot.com/
http://kolamrenanguitm.blogspot.com/
Semester lepas selalu juga pergi berenang kat situ. Banyak kelebihannya. Antaranya setiap sesi hanya satu jantina sahaja dibenarkan. Jadi tiada masalah lah kalau perempuan nak mandi atau lelaki nak mandi kat kolam renang ni. Keduanya kolam renang ni free untuk pelajar UiTM. Kalau kat luar selalunya perlu bayaran kadang-kadang sampai RM6 sekali masuk. Membazir. Taknak elak membazir bolehlah datang berenang kat kolam ni.
Aku cerita, promosi benda ni macam aku pandai je berenang kan.. Sebenarnya aku pun bukan pandai berenang pun. Main kat tepi-tepi boleh lah. Aku baru je belajar. Belajar dengan kawan-kawan. Kalau tengok aku berenang pun boleh tahu aku ni tak reti berenang. haha. Aku selalu pergi dengan kawan aku budak law. Tapi sem ni dia dah abis belajar, jadi kena cari kawan lain lah yang suka berenang juga.
Cukup rasanya aku bercerita, insya-Allah jika diizinkan Allah aku akan menulis lagi. Dan aku akan berusaha untuk tulis benda yang lebih bermanfaat untuk kehidupan kita yang sementara ini.
Selamat memulakan sesi kuliah.
Selamat Berenang.
Selamat Beriadah.
"Akal yang sihat hasil dari badan yang cergas"
11 September 2014
Khamis
12.14 tengah hari
No comments:
Post a Comment