Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur sangat hari ini sebab first azam untuk tahun ni
dah berjaya tercapai. Dan Insya-Allah lagi 16 azam (akan bertambah jika ada
yang perlu ditambah) yang di tulis sehari sebelum berakhirnya tahun 2015 aritu
bakal menyusul di kemudian hari. Azam ni memang ditulis untuk dipenuhi
sepanjang tahun 2016 ni. Bermula dari bulan pertama akan dipenuhi satu persatu
apa yang aku hajatkan ini.
Apa beza impian dan matlamat? Ada orang cakap sama je benda ni, tapi bagi
aku dua perkara ni besar perbezaannya dan besar juga kesannya. Impian dalam
kata lain adalah angan-angan kita untuk mencapai sesuatu perkara. Impian juga
adalah sesuatu yang kita bayangkan kita memilikinya, menikmatinya walaupun kita
tidak pasti samada kita dapat atau tidak menggapai impian tersebut. Penting ke
impian ni. Sangat penting kerana impian adalah salah satu cara kita ingin mem”visual”kan
apa yang kita nak. Dengan mem”visual”kan apa yang kita nak, kita lebih clear
dengan kehidupan kita pada masa akan datang. Keyword dia adalah VISUAL.
Cuba soroti sirah Nabi Muhammad. Ketika Nabi Muhammad berhijrah ke madinah,
baginda di kejar oleh seorang pemuda yang berniat untuk membunuh baginda. Pemuda
yang bernama Suraqah bin Malik itu cuba sedaya upaya untuk mendekati Nabi
Muhammad. Namun ketika hampir sahaja dia dengan Nabi Muhammad, haiwan tunggangannya tersungkur menyembah bumi atas kuasa Allah
Taala. Setelah beberapa kali mencuba, dia tetap tidak berjaya. Akhirnya, Nabi
Muhammad mendekati Suraqah dan menawarkan kepadanya gelang maharaja Parsi.
Pada waktu itu, Islam masih tidak tersebar luas ke serata alam lagi. Belum
mempunyai Negara, tidak mempunyai tentera, tiada sumber ekonomi yang kukuh. Namun
setelah beberapa tahun berlalu, segala yang dikatakan Nabi Muhammad tersebut
menjadi kenyataan. Zaman Khalifah Umar menyaksikan kata-kata Nabi Muhammad
sewaktu awal penghijrahan dahulu benar dan terbukti apabila empayar Parsi
berjaya dimerdekakan. Rentetan itu gelang tersebut telah diberikan kepada
Suraqah.
Buka pulak kisah sahabat sewaktu menggali parit dalam Perang Khandak. Mungkin
kita boleh dapat sedikit inspirasi daripada kisah-kisah tersebut. (aku tak mahu
mengulas, sekadar mengajak kita berfikir seketika).
Pakar motivasi sering menggalakkan manusia melihat dan menyusun apa yang
bakal dilakukan pada hari esok sebelum kita pergi tidur. Membayangkan, dan
menggambarkan apa yang mungkin berlaku. Ini adalah petua yang amat bagus untuk
diamalkan kerana kita akan menjimatkan masa kita. Kat mana dapat jimat tu?
Mari kita lihat hari-hari kita yang telah berlalu. Adakah kita pernah
berada dalam keadaan kekosongfan dan tak tahu apa yang nak buat hari tu. Adakah
pernah kita buat perkara yang kita tak sepatutnya buat untuk hari tu? Adakah
kita pernah blur dan tak tahu apa yang terjadi pada hari tu?
Kebanyakan manusia pernah mengalami bende ni, termasuklah aku. Dan selalunya
ia akan berakhir dengan penyesalan dalam diri kita. Betulkan……
Jadinya proses atau petua yang dicadangkan ini sangat baik untuk kehidupan
kita. Cuba jap lagi sebelum kita tidur, kita buat bende ni dan kita tengok apa
bakal terjadi esok hari.
*ni adalah usaha kita sebagai makhluk, apa-apa pun setiap yang berlaku
adalah atas ketentuan Allah juga.
Itu sedikit sebanyak berkaitan impian, tapi apa pula matlamat? Matlamat adaalah
impian yang ditulis. Beza keduanya adalah bertulis dan tidak bertulis. Impian yang
bertulis menjadi matlamat sementara impian yang tidak ditulis akan kekal
menjadi impian. Matlamat adalah sesuatu benda yang kita berusaha untuk
mencapainya, bukan sekadar menulis sahaja. Kita boleh lihat pencapaian matlamat
kita dengan terrealisasinya sesuatu yang kita hajatkan. Sebagai contoh, kita
nak dapat income RM 20 000 sebulan. Jadinya kita berusaha untuk dapatkan target
kita dan kita boleh mencapainya.
Itulah sedikit sebanyak tentang impian dan matlamat. Matlamat yang aku
dapat capai hari ini adalah aku dapat siapkan FYP1 aku dan aku dapat hantar kat
lecturer. Ada baki 16 lagi matlamat yang akan aku cuba capai sepanjang tahun
ni. Doakan semoga aku berjaya mencapai azam dan matlamat ini.
Satu nasihat buat anda yang membaca, ambil pen atau pensel, sekali dengan
kertas A4. Dah ambil, tulis segala impian yang kau nak capai. Hidup kena ada
matlamat. Barulah kita boleh berjaya. Jangan sempitkan matlamat ini untuk
perkara-perkara keduniaan semata-mata. Boleh cuba implimentasikan dalam
perkara-perkara ibadah juga. Tak salah kalau kita nak syurga Allah Taala, lebih
dari itu, impian kita itu akan mendorong kita untuk bergerak maju kehadapan. Menambahbaik
kehidupan untuk menjadi seorang insan yang disayangi Tuhan.
*taknak letak gambar
4 Januari 2016
11.00 pm
White House
No comments:
Post a Comment