Sunday, 5 June 2016

PEMBORONG DAN PENGEDAR MINYAK WANGI AL-HARAMAIN ROLL-ON 10ML DAN MINYAK WANGI HARAMAIN ROLL-ON 15ML

Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak share sikit tentang minyak wangi Haramain. Harap ada manfaat yang anda semua boleh ambil.

MINYAK WANGI HARAMAIN ANTARA MINYAK WANGI YANG MENJADI PILIHAN RAMAI

Tahukah anda perfumes (minyak wangi) berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk.

Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.

HADIS NABI MUHAMMAD BERKAITAN PENJUAL MINYAK WANGI

“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI

Hukum asal memakai wangian termasuklah minyak wangi adalah sunat (digalakkan). Ini berdasarkan beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya yang diriwayatkan dari ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: “Aku memberi (memakaikan) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebaik-baik wangian yang (Baginda) ada sehingga aku melihat wangian itu cerah/jernih (berkilau/berkilat) di kepala dan janggut Baginda.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Hadits di atas menunjukkan bahawa memakai wangian adalah sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun yang dimaksudkan dengan memakai wangian ialah mengenakan wangian seperti minyak wangi pada badan atau pakaian mengikut cara kebiasaannya sama ada dilakukan dengan sendiri ataupun dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang umatnya dari menolak pemberian yang berupa wangian. Sabda Baginda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang ditawarkan wangian, maka janganlah dia menolaknya, kerana sesungguhnya ia adalah beban yang ringan (ringan dibawa) dan enak baunya.” (Hadits riwayat Muslim)

MEMAKAI WANGIAN SEBELUM MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT

Sunat bagi lelaki memakai wangian ketika hendak menunaikan sembahyang Jumaat. Diriwayatkan dari Salman al-Farisi Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah mandi seorang lelaki itu pada hari Jumaat, membersihkan diri semampunya, meminyakkan rambut dari minyaknya, memakai wangian (yang ada di) rumahnya, lalu dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), kemudian dia mendirikan sembahyang yang ditentukan ke atasnya dan sesudah itu duduk diam tatkala imam memberi khutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut sehinggalah Jumaat yang akan datang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Yang dimaksudkan dengan sembahyang yang ditentukan itu ialah sembahyang sunat rawatib qabliyyah Jumaat, atau sembahyang-sembahyang sunat yang lain sekurang-kurangnya dua raka‘at sembahyang tahiyyatul masjid jika imam belum memulakan khutbah, ataupun juga sembahyang qadha’.


Adapun bagi khunsa dan perempuan, makruh ke atas mereka memakai minyak wangi apabila keluar rumah untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi sunat bagi mereka sekadar menghilangkan bau yang tidak enak seperti bau keringat. Ini kerana menghilangkan bau yang tidak enak sama ada dengan air atau selainnya juga merupakan perkara yang disunatkan apabila hendak menunaikan sembahyang Jumaat.

KELEBIHAN WANGIAN DALAM KEHIDUPAN

1) Wangian dan colognes menghasilkan perasaan gembira, meningkatkan keyakinan diri dan rasa kesejahteraan.
2) Wangian juga membentangkan pemakai mereka dengan peluang untuk mencipta trademark untuk diri mereka yang hampir tidak dapat dilupakan.
3) Satu percikan halus wangian, apabila dicampur dengan kuasa deria bau, mempunyai keupayaan untuk mencetuskan kenangan indah dan pelbagai emosi yang boleh menaikkan semangat, memperkayakan cinta, meningkatkan mood orang, dan membawa kepada perasaan bahagia. Haruman membantu menjadikan kehidupan lengkap.
4) Haruman mempunyai keupayaan untuk meneutralkan bau yang tidak menyenangkan yang dikaitkan dengan agen pembersih yang banyak.
5) Aroma menyenangkan boleh meningkatkan deria dan pada masa yang sama meningkatkan proses pembelajaran.
6) Haruman juga bekerja untuk meningkatkan mood atau memberikan perasaan ketenangan di tengah-tengah hari yang sibuk.

Berjalan kaki di luar tidak akan sama tanpa bau wangian. Sebuah dunia tanpa wangian akan menjadi setanding dengan dunia yang tanpa muzik, seperti dunia tanpa warna yang mewarnai planet kita, seperti padang yang tidak pernah hijau dan subur.

TIPS PENGGUNAAN MINYAK WANGI

Untuk menjadikan haruman wangian perfume tahan dengan lebih lama, semburkan atau sapu wangian perfume tersebut pada kulit. Kulit adalah lebih panas pada bahagian denyutan nadi yang membantu keberkesanan bauannya untuk menyerlah. Antara bahagian badan yang sesuai untuk menyemburkan atau menyapukan haruman adalah seperti berikut:
  •      Belakang telinga
  •      Di bawah leher
  •      Bahagian siku
  •      Pelipat lengan
  •      Bahagian pergelangan tangan dan dada


Secara umumnya, perfume yang belum dibuka boleh disimpan sehingga 3 tahun. Tetapi apabila sudah dibuka, ianya boleh disimpan dalam tempoh 6-18 bulan. Perfume juga mempunyai 3 kelemahan iaitu cahaya, suhu yang tinggi dam kelembapan.

Cara terbaik untuk menyimpan perfume adalah di dalam kotak asalnya terutamanya jika ianya jarang digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana terdedah pada cahaya. Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.

TIPS TAMBAHAN MINYAK WANGI

1.Biasanya mereka yang memakai pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian yang tidak sesuai.. Ini hanya merugikan anda, apatah lagi jikalau perfume anda perfume yang original dan harganya mencecah ratusan ringgit! Sebelum menyapu, menyembur atau roll on perfume anda, pastikan mengikut tip-tip di bawah untuk memperolehi kesan pemakaian yang baik supaya aroma wangian anda memberikan 100% haruman yang tidak boleh tidak mampu memikat orang di sekeliling anda!

2. Ok, inilah dia…
  • Pastikan berada di dalam bilik yang bersuhu normal (suhu bilik).
  • Semburkan minyak wangi dari jarak sederhana dari tapak tangan anda
  • Semburkan di titik-titik nadi iaitu di bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku & dibelakang bahagian telinga.
  • Bagi membuatkan  aroma pewangi bertahan lama, gunakan selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.
  • Setiap perfume mempunyai aroma & kelebihan baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan
  • Ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
  • Untuk cara yang lebih ADVANCE, semburkan perfume di udara dan pusingkan badan anda di dalam titisan perfume yang sedang terapung di udara. Dengan cara ini anda akan mendapat titisan wangian yang sekata pada pakaian anda!


3. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, sapukan perfume paling kurang 30 minit sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

4. Perfume berkesan kepada kulit yang hangat dan mempunyai peredaran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat / bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

 5. Elakkan bertukar-tukar jenis perfume dimana jika 2 atau lebih wangian yang bercampur di pakaian anda akan menyebabkan bauan yang kurang menyenang kan.

6. Bagi mereka yang mempunyai alahan pada perfume, anda boleh mencuba dahulu dengan haruman yang lebih ringan dan semburkan pada kadar yang nipis/sedikit.

7. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik.

8. Bagi perfume yang original, kesan nya boleh bertahan sehingga 8 jam jika cara pemakaian nya adalah betul dn mengikut tips – tips di atas.

9. Terbaru dan terkini, sudah ada terciptanya perfume berasaskan feromen ( mempunyai haruman yang mampu menarik perhatian pasangan yang berlainan jenis)memang lain dari yang lain. Kajian telah dibuat dan di akui keberkesanan serta telah terbukti di peringkat antarabangsa.  Haruman ini mampu membuatkan lebih mata memandang anda. 

APA KATA PAKAR

Pakar perunding psikologi dan psikiatri, Unit Perubatan Tingkah laku-Saraf Kedah Medical Centre, di Alor Star, Kedah Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, wangi-wangian mampu meredakan tekanan. “Wangi-wangian yang dihasilkan daripada minyak wangi dan bahan beraroma mampu membuatkan seseorang terkesan dari segi psikologi dalam erti kata melegakan tekanan atau stres ringan. “Namun, jika seseorang itu mengalami tekanan sehingga menyebabkan kemurungan ia tidak akan berkesan lagi dan perlukan rawatan perubatan segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Jelasnya, bau aroma minyak wangi tidak mampu menyembuhkan penyakit secara terus tapi ia membantu seseorang individu dan mereka di sekelilingnya berasa senang dan tenang seperti kita melihat lautan biru yang luas terbentang.
* KOSMO 19 Mac 2011

MENGENALI JENIS PERFUME : APA ITU EDC, EDT, EDP PERFUME

• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.

• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.

• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.

• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.

CORET-CORET TENTANG PERFUME

Asal-usul perkataan minyak wangi "per fumum" perkataan berasal dari bahasa Latin yang bermaksud  penyulingan wap.Sejarah minyak wangi sudah ada dari zaman batu lagi,iaitu apabila manusia membakar kayu dan herba aromatik untuk memuji tuhan-tuhan mereka "melalui asap.".

Orang-orang Mesir adalah tamadun yang pertama  menguasai seni membuat minyak wangi. Bukti amalan mereka ini telah disahkan apabila makam Firaun Tutankhamen telah dibuka oleh ahli arkeologi dan mereka telah menjumpai lebih dari 3000 botol minyak wangi.

Antara wangian yang wujud pada hari ini, yang tertua adalah "Eau de Cologne 4711." Ia dicipta pada 1796 dan ia adalah minyak wangi uniseks pertama di dunia. Ia telah digunakan oleh Napoleon I dan kekasihnya Josephine.

Tahukah anda bahawa wanita dari Sepanyol adalah penduduk Eropah yang paling banyak menggunakan minyak wangi,dan diikuti oleh orang Itali dan Perancis.

Sukar untuk percaya, tetapi terdapat negara-negara di Asia di mana orang ramai tidak menggunakan minyak wangi langsung. Berbeza, bukan?

MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA

Minyak wangi paling mahal di dunia ialah Imperial Majesty, wangian edisi terhad untuk wanita yang dihasilkan oleh pereka British Clive Christian. Dijual hanya sebagai No. 1, dengan harga yang luar biasa iaitu sebanyak $ 249,034.40 USD dan ia hanya dijual di kedai eksklusif di New York. Tetapi jangan risau, jika anda benar-benar mahu mendapatkan minyak wangi ini, terdapat juga versi ekonomi. Pereka ada menyediakan botol kecil 1 auns yang berharga RM 2,043.36. 

Imperial Majesty asalnya diwujudkan pada tahun 1872, atas permintaan Ratu Victoria England, dan telah dianggap permata berharga. Oleh kerana itu, wanita akan memakai bekasnya di sekeliling leher mereka untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Ia mengambil masa satu tahun untuk dihasilkan dan kira-kira 200 bahan termasuk cendana India, Arab melati, Tahitian vanila, dan pelbagai bunga ros dari negara-negara seperti Perancis, Bulgaria dan Mesir.

Botolnya juga berharga paling mahal di dunia. Ianya diperbuat daripada kristal Baccarat, dan dianggap karya seni edisi terhad dan eksklusif. Ia boleh menampung sebanyak 500 ml. minyak wangi berharga, termasuk berlian putih disekitar kolarnya, dan penutupnya adalah replika mahkota Ratu Victoria.

MINYAK WANGI AL HARAMAIN 15 ML ROLL-ON

Agak sukar untuk kita menemui minyak wangi Haramain ini di Malaysia. Tak semua kedai atau kiosk minyak wangi menjual minyak wangi ini. Namun demikian, minyak wangi ini ada penggemar mereka tersendiri. Alhamdulillah, sahabat-sahabat saya juga sangat meminati haruman ini. Antara haruman yang sering ditanya adalah Haramain Makkah dan Haramain Madinah. Kedua haruman ini membangkitkan perbezaan perasaan kepada pemakai dan juga orang di sekeliling mereka. Aroma ketenangan dapat dirasai dan disebarkan kepada semua orang yang berdekatan. 

Bauan dan aroma minyak wangi Haramain Million pula mengingatkan aku kepada kisah nostalgik di sekolah dahulu. Wangian yang menyegarkan akan menjadi santapan hidung kami di kebanyakan hari di asrama. Ustaz yang menjadi warden akan bergerak bilik ke bilik mengejutkan kami. Beliau memakai minyak wangi aroma Haramain Million yang harum, manis dan menyegarkan.


Terdapat 14 jenis haruman minyak wangi Haramain 15ml yang segar dan menyegarkan:

HARAMAIN MADINAH, HARAMAIN MAKKAH, HARAMAIN MILLION, HARAMAIN MUSK, HARAMAIN MUKHALLATH, HARAMAIN BADAR, HARAMAIN HAJAR, HARAMAIN OUDI, HARAMAIN WARDIA, HARAMAIN NAEEM, HARAMAIN FIRDOUS, HARAMAIN SALMA, HARAMAIN AMBER, HARAMAIN FOREVER

HARGA PASARAN RM30.00 sebotol
HARGA BORONG MINYAK WANGI HARAMAIN 15ML : RM240(12 botol) / RM 150(6 botol) termasuk Kos PENGHANTARAN PERCUMA seluruh semenanjung Malaysia.



MINYAK WANGI AL HARAMAIN 10 ML ROLL-ON

Selain itu terdapat juga minyak wangi Haramain 10 ml yang berbeza harumannya dengan minyak wangi Haramain 15 ml:

HARAMAIN GOLD, HARAMAIN SILVER , HARAMAIN SAFA, HARAMAIN ROMANCE, HARAMAIN BLACK, HARAMAIN LATIFAH, HARAMAIN AYSHA, HARAMAIN HUSNA, HARAMAIN KASTURI, HARAMAIN ANGEL, HARAMAIN BLOOM, HARAMAIN 212




Cubalah sebotol dan rasai sendiri haruman MINYAK WANGI HARAMAIN ini. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi blog bisnes aku ni.--->> zefflegacy




HARGA PASARAN RM30.00 sebotol
HARGA BORONG MINYAK WANGI HARAMAIN 10ML :-RM230(12 botol) / RM 130(6 botol) termasuk Kos PENGHANTARAN PERCUMA seluruh semenanjung Malaysia.



BERMINAT MENJADI PENGEDAR MINYAK WANGI HARAMAIN HUBUNGI:- AAKIF 013-2372745


Monday, 16 May 2016

Jom Berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor



Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini hari isnin. Hari yang ada sesetengah orang tak suka sebab hari pertama mula kerja setelah 2 hari duduk bercuti kat rumah. Sama gak dengan aku dulu. Bila tiba hari Sabtu dan Ahad, rasa macam heaven giler. Seronok sangat. Padahal bukan buat apa pun, tidur je kejenya. Tapi sekarang dah tak rasa sangat macam tu. Sebab sekarang sabtu dan ahad pun ada kerja nak buat. Aku tak bekerja, tapi waktu ini dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.

Macam semalam aku pergi ke kawasan Parlimen Sungai Besar. Kawasan Parlimen yang akan diadakan pilihanraya kecil tak lama lagi. Agak jauh juga dari Shah Alam, dalam 2 jam perjalanan pergi dan 2 jam perjalanan balik. Aku bergerak dekat-dekat jam 7 pagi dan sampai lebih kurang jam 9 pagi.

Aku bukan nak cerita pasal aku pergi Sungai Besar. Aku nak cerita pasal kolam renang dekat-dekat dengan kawasan Shah Alam. Dah lama juga aku tak bukak blog aku ni. Pagi tadi tah macam mana terdetik pulak hati nak bukak blog-blog yang aku ada. Terkejut jugak lah sebab pertambahan yang agak banyak pada bilangan orang yang membaca dan mengunjungi blog aku ni. (padahal baru 1000+ klik, haha). Agak teruja atas pertambahan klik melebihi 1k kat blog aku ni.



Then aku cek la kat overview post. Apa yang aku tengok, ramai yang baca berkaitan kolam renang UiTM. Untuk makluman korang semua buat masa ni, kolam renang UiTM ditutup buat sementara waktu. Nak buat maintenance. Aku tak pastilah bila diorang akan bukak balik. Aku pun tertunggu-tunggu jugak, bile lah dorang nak bukak balik kolam renang ni. Lama jugalah kolam renang ni tutup, dah masuk tiga sem dah rasanya aku tak berenang kat kolam ni.



suka tengok adik ni senyum

impian..haha...


Aku minat swimming, walau pun tak berapa pandai lagi nak berenang macam atlet renang tu, tapi aku cuba perbaiki sedikit demi sedikit cara berenang aku. Alhamdulillah, ada sinar kejayaan yang aku dapat akhir-akhir ni. Kali terakhir aku berenang, dapatlah aku berkayuh lebih kurang 500 meter. Dulu setiap kali berenang, aku banyak minum air je, air masuk dalam hidung, tersedak bagai. Hahaha. Tapi tu semua pengalaman berharga buat aku dan memotivasikan aku untuk belajar berenang dengan lebih baik. Dan betullah firman Allah dalam surah Al-Syarh(kelapangan) ayat 5 dan 6 maksudnya:

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (5) 
Sekali lagi ditegaskan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (6)

pusat akuatik shah alam

Dalam memenuhi kehendak nafsu untuk pergi swimming, aku telah berusaha mencari tempat lain yang aku boleh pergi untuk melampiaskan nafsu aku yang membuak-buak ini. (ayat geng-geng novel indie, haha) Kalau kat Melaka, aku akan pergi satu tempat je, tapi kat Shah Alam ni banyak kolam renang yang berada berdekatan dengan Bandar besar ni. Dalam entry kali ni aku nak cerita pasal pusat akuatik Shah Alam. Mungkin dalam entry lain aku akan share pool-pool lain yang dekat dengan Bandar Shah Alam.



Pusat Akuatik Shah Alam

Pusat Akuatik Shah Alam terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Nama pun pusat akuatik shah alam, tak kan kat batu pahat johor pulakkan. Hahaha. Pusat akuatik ni dekat je dengan federal highway. Bersebelahan dengan Tesco Extra seksyen 13 Shah Alam, bersebelahan juga dengan Kelab Darul Ehsan. Dekat-dekat dengan Istana, Aeon Piazzo, tesco seksyen 13 (kat seksyen 13 ade dua buah tesco), dan bangunan Worldwide Shah Alam. Jika lalu kat highway, korang akan nampak bangunan worldwide kan?,,, kat belakang tu je pool ni.


Kat pusat akuatik ni ada 4 kolam. 2 kolam renang terbuka dan 2 kolam renang tertutup. Kolam renang budak-budak, kolam renang latihan, kolam renang saiz olimpik dan kolam untuk sukan terjun.



1. Kolam renang kanak-kanak

Orang kat sini panggil babypool. Ada bunyi orang putih sikit. Tak kesah la korang nak panggil ape pun asalkan kau faham apa yang cuba kau sampaikan tu. Aku tak tahu lah berapa dalam babypool ni, sebab aku tak pernah try pulak nak masuk kat pool ni. Kalau aku masuk ape pulak orang cakap kan. Hahaha. Tapi sepanjang pengamatan aku lah, kolam ni agak dalam juga. Air dia sampai kat pinggang, untuk budak umur 5 tahun lah.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal babypool ni kau bolelah tengok kat blog akak ni. Nama blog dia Izz Family Story . Dia pernah pergi kolam ni, bawak anak-anak dia pergi main air. Aku tak de anak lagi, jadi aku tak boleh lah nak ajak anak aku gi pool ni. Tunggu lagi 3 tahun, kalau ada rezeki dan kalau aku hidup lagi. Heee. Seronok juga tengok dia mandi-mandi dengan anak dan family dia. 

Abang ni pun pernah pergi pusat akuatik ni, banyak jugak maklumat untuk aku tulis entry ni aku rujuk blog dia.



babypool..

2. Kolam renang latihan

Pool ni tak dalam mana pun. 1.2 meter je dalam dia. Kalau aku masuk, paras-paras pinggang je. Kat sini memang ramai lah anak-anak kecil dan adik-adik yang berenang kat kolam ni. Basically kalau kau datang hari Sabtu dan Ahad, korang datang bukan untuk berenang pun. Datang untuk berendam je, sebab pool ni memang penuh setiap minggu. Biasalah hujung minggu je lah parent-parent ni ada masa untuk luangkan bersama anak- anak mereka. Hari lain mereka bertungkus-lumus cari nafkah untuk besarkan anak-anak mereka.

Aku tak pernah jugak masuk kolam renang ni. Cetek sangat, tak standard (bajet-bajet pandai berenang, hahaha). Aku selalu datang hari bekerja, selalunya hari rabu dan jumaat sebelah pagi. Sebab aku tak de kelas hari rabu dan jumaat. Hari lain aku pergi kelas, hari minggu aku berbakti pada masyarakat (ceh,ceh,ceh).  Kolam ni sesuai buat remaja-remaja yang baru nak belajar berenang dan mak ayah remaja yang tak tahu berenang.

bila tak ada orang

bila penuh dengan orang


3. Kolam renang saiz olimpik

This is indoor pool. Its depth around 10 feet or 3 meter. Aku swimming kat sini je. Dalam…… aku sejak pertama kali datang sini, aku tak pernah jejakkan kaki aku kat dasar kolam ni. Hahaha. Memang dalam.kalau korang tak rerti berenang, lebih baik tak payah masuk kolam ni. Buat kau lemas dalam ni, sia-sia je. Malu pun dapat sekali. Pakej.haha.

indoor pooooool

cantik kawasan dia


4. Kolam renang terjun.

Pool ni pun indoor jugak. Lagi dalam. Lebih kurang 5 meter. Aku tak pernah lagi test masuk kolam ni. Ada hajat juga nak try terjun papan anjal 3 atau 5 meter tapi belum berkesempatan untuk direalisasikan. Selalu aku pergi, kolam ni kosong. Tak de orang guna. Mungkin sebab aku pergi waktu bekerja rasenye. Tengok takde orang guna, aku pun tak berani lah nak test-test. Tetibe aku masuk tak timbul-timbul lagi parah.

kolam renang terjun


Okiy, ni lah pool alternative yang terdekat sekali dengan UiTM Shah Alam. Pergi sekali pasti nak pergi lagi sekali. Itulah rutin aku setiap minggu. Sekali setiap minggu aku akan turun pool untuk berenang. Seronok. Dalam masa sama boleh maintain shape badan. Tak delah perut tu nak terkeluar jauh-jauh sangat. Hahaha. Kat sekolah dulukan kita ada belajar, pepatah arab menyebut, “akal yang cerdas datang dari badan yang sihat”. Imam Hassan al-Banna pun telah menggariskan bahawa badan yang sihat termasuk sebahagian daripada 10 muwasafat tarbiah.


Aku sertakan sikit detail berkaitan Pusat Akuatik shah alam ini:
Nama : Pusat Akuatik Shah Alam
Alamat : Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No telefon : +60 3-5519 8133 (pejabat)
Emel : stadium@mbsa.gov.my​​​​​ 
 web: mbsa


sayang sikit..hahaha 


kadar tiket pusat akuatik shah alam (sumber:mbsa)

kemudahan yang disediakan (sumber:mbsa)

waktu operasi (sumber:mbsa)


Baitul Muslim
5.38 pm
16 Mei 2016

Sunday, 10 January 2016

PAKEJ USAHAWAN MINYAK WANGI AL-HABIB

PAKEJ USAHAWAN MINYAK WANGI AL-HABIB(pakej yang saya tawarkan di page saya)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah 2016 datang dengan penuh semangat dan motivasi yang baru. Semoga tahun ini menjadikan kita lebih bertenaga dan dapat menambahbaik kualiti hidup kita dari yang sebelumnya.

Saya ingin mengajak para sahabat dan rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama memulakan bisnes bagi memperbaiki kewangan kita bersama. Hari saya mewakili Team Borong Minyak Wangi ingin membuka peluang kepada anda semua untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

Bagaimana? Saya menyediakan 2 pakej yang saya rasa amat sesuai bagi sahabat-sahabat yang baru dalam dunia peniagaan ini. Pakej yang saya sediakan ini adalah pakej yang pernah saya tawarkan sebelum ini sekitar bulan Oktober tahun lalu. Pakej yang saya tawarkan ini telah saya sendiri jalankannya dan Alhamdulillah dengan mengikuti segala yang saya praktikkan anda juga mampu untuk menjana sekurang-kurangnya RM 500 sebulan.

Itupun hanya sekadar part-time sahaja. Sesuai untuk student dan orang yang bekerja office hour kerana pakej ini tidak melibatkan penggunaan masa bekerja di siang hari. Saya tidak ingin bercerita panjang lebar, tetapi buat sesiapa yang berminat dengan pakej yang saya perkenalkan ini, anda boleh hubungi saya di talian 013-2372745. Boleh whatsapp, atau sms saya. Jangan malu-malu untuk bertanya bak kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”. Orang yang pandai adalah yang belajar dari kesilapan, orang yang lebih pandai adalah mereka yang belajar daripada kesilapan orang lain.

PAKEJ 1: SAHABAT

Pakej ini saya perkenalkan buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang tiada modal permulaan. Pakej ini adalah percuma, anda cuma perlu menjual minyak wangi sahaja.

Saya akan berikan 1 set minyak wangi dan saya akan berikan tips kepada anda untuk memulakan bisnes minyak wangi ini secara sambilan. Perjanjian dalam pakej ini adalah, anda jual minyak wangi ini, kembalikan modal kepada saya, dan anda ambil kesemua keuntungan hasil jualan anda. Jika telah habis kesemua minyak wangi dijual, anda boleh buat keputusan samada ingin berhenti dari buat bisnes ini atau pun meneruskannya dengan pakej saya yang seterusnya. Anggaran keuntungan adalah RM 100 seminggu.

PAKEJ 2: IKHWAN

Pakej ini saya perkenalkan buat sahabat-sahabat yang mempunyai sedikit modal untuk memulakan perniagaan. Pakej ini berharga RM 100.

Dengan membayar RM 100 anda akan dibekalkan dengan minyak wangi yang sama banyak dengan pakej 1. Anda akan dibekalkan dengan tips-tips bagaimana ingin menjual minyak wangi ini. Anda boleh bertanya apa-apa sahaja yang anda ingin bertanya pada saya. Insya-Allah saya akan cuba menjawab dengan segera. Anggaran keuntungan adalah RM 100 bagi setiap set minyak wangi yang terjual.

Saya masih lagi menjual minyak wangi. Dalam masa 2 hari saya boleh dapatkan sekurang-kurangnya RM 60. Saya tak menjanjikan kekayaan untuk anda, tetapi saya berminat untuk bersama-sama berkongsi cara saya menjana pendapatan sampingan saya dalam masa yang sama saya adalah seorang mahasiswa di sebuah university di Shah Alam.

Selamat menghadapi tahun 2016. Semoga kita diberkati dan dirahmati selalu. Smile always. Think positive, be positive, be positive. J

Jemput like page saya :



White house
9:10am
11 Januari 2016

Monday, 4 January 2016

SHARING IS CARING : MAHASISWA BUKA MINDA UNTUK MULAKAN BISNES

Bismillahirrahmanirrahim.

Alang-alang aku dah sentuh pasal matlamat dan impian kat entry sebelumnya tadi, meh aku share sikit apa yang aku tahu dalam proses nak capai matlamat ni. Ni bukan modul hebat-hebat pun tapi just nak bukak minda kita macam mana nak capai impian kita. Entry ni aku khususkan untuk mencapai impian dari segi kewangan.

Pertama : tulis matlamat

Kedua : kaji matlamat kita(pastikan kita jelas dengan matlamat kita)

Ketiga : design cara nak capai matlamat kita

Keempat : follow jalan yang kita dah design


CONTOH 1

Pertama : Aku nak cecah jualan RM 1 000 000 dalam tahun 2016

Kedua :
Apa kita nak? : jualan RM 1 000 000
Bila kita nak? : 28 Disember 2016
Kat mana kita time tu?
Apa kita nak buat dengan duit tu?
Apa perancangan kit seterusnya?
*timbulkan persoa;an agar kita jelas dan master apa yang kita nak)

Ketiga : design cara nak capai matlamat kita

Hari dalam setahun = 365
Bulan dalam setahun = 12 bulan
12 bulan = RM 1 000 000
1 bulan = RM 83333.33
1 hari = RM 2777.78

Ini bermaksud dalam sehari kena capai jualan sebanyak RM 2777.78
Macam mana nak dapatkan jumlah sebanyak tu?

Cuba lihat konsep jualan kat bawah ni

HARGA                              KUANTITI                            JUMLAH(NAK CAPAI RM 1 JUTA)

RM 1 000 000               x        1                                    =             RM 1 000 000
RM 100 000                  x        10                                  =             RM 1 000 000
RM 10 000                    x        1 00                               =             RM 1 000 000
RM 1 000                      x        1 000                             =             RM 1 000 000
RM 100                         x        10 000                           =             RM 1 000 000
RM 10                           x        1 00 000                        =             RM 1 000 000
RM 1                             x        1 000 000                      =             RM 1 000 000

Kalau kita jual sesuatu yang mahal , kuantiti yang diperlukan tak banyak. Satu pun dan cukup. Apa benda yang mahal tu? Contohnya adalah rumah atau hartanah. Semakin berkurangan harga produk kita semakin banyak kuantiti yang perlu dijual. Sebagai contoh kita perlu jual 1 juta produk kita jika harga produk kita adalah RM 1. Dan dalam masa setahun kita dapat menggapai jualan RM 1 juta. Apa benda produk RM 1 ni? Kacang, coklat, kek dan lain.

Apa yang aku share ni tak lengkap lagi. Anda perlu design lebih detail, consider macam-macam benda. Nak jual kat mana, marketing macam mana, produk apa, target market siapa dan lain-lain lagi. (nak pendetailan, pergilah kelas-kelas bisnes. Yang murah-murah pun takpe, yang free pun takpe)

Aku share cara pengiraan kat atas sebab aku nak kita sama-sama bukak minda kita bahawa bisnes ni mudah dan cara nak dapatkan jualan pun mudah. Contohlah, kita selalu selak-selak kedai online, macam e-bay, alibaba, mudah, dan banyak lagi kedai online yang aku pun tak tahu kewujudannya. Satu hari kita nampak produk yang harga market RM 1000 tapi dijual pada harga below market price. Tak beli pun produk lagi, tapi kita dah pasarkan secara online. Nak kasi nampak lagi, mesin nak buat button badge. Aku ambil contoh ni sebab aku pernah ada pengalaman beli mesin ni.

Katakanlah, bila kita marketkan secara online ada orang nak beli. Senang-senang kita dapat jualan RM 1000 kan. Seterusnya kita perlu pergiatkan marketing kita dan jual lagi 999 biji untuk dapatkan jualan RM 1 juta setahun.

Keempat adalah tindakan anda. Kalau hebat macam mana sekalipun perancangan yang kau dah design tapi bila nak laksanakan kau tak boleh, memang ke laut lah perancangan tu. Lambai tangan je la tengok impian tu dihanyutkan ombak laut.

Jadi tindakan yang menentukan result seseorang tu samada berjaya atau tidak. Bertindak dengan berhemah ye kawan-kawan.



CONTOH 2: KHUSUS BUAT USAHAWAN MAHASISWA

Okiylah aku nak bagi lagi satu contoh. Aku kan budak university, jadi aku kecilkan sikit jumlah jualan daripada yang kat atas tu. Supaya kita berpijak pada bumi yang nyata. Bukan cakap kita tak mampu capai, tapi untuk memudahkan kita memahami konsep yang cuba aku bawak.

Pertama: aku sebagai student nak income bulanan sebanyak RM 2000 pada bulan januari 2016(nampak macam posibble sikitkan)

Kedua : Fahami dan jiwai matlamat kita.(pandai-pandailah nak jiwai)

Ketiga : Design cara nak capai matlamat kita

Sebulan ada 30 hari
RM 2000 = 30 hari
1 hari = RM 66.67

Jadi kita memerlukan pendapatan harian sebanyak lebih kurang RM 70 sehari
Boleh tak kita dapat income macam tu dalam masa sama kita tengah study????

BOLEH aku cakap…..

Macam ni, aku jual produk X dapat untung RM 7 untuk satu botol.
Aku kena jual 10 botol je sehari, then aku akan dapat untung RM 70.

10 botol je……

Kau rasa susah ke senang???

Ikut orang jugaklah,kalau matlamat jelas mudah dia nak capai.

SEKALI LAGI AKU CAKAP!!!

10 BOTOL JE KAWAN-KAWAN

Contoh ni aku amik dari bisnes yang aku buat tau. Dan aku yakin anda semua boleh buat lagi baik daripada apa yang anda jangkakan.
Jadi start lah sekarang J

Keempat : Tindakan..Buat..lagi lambat anda bertindak, lagi lambatlah nak dapat resultnya.


Ni sahaja perkongsian aku, harap memberi manfaat dan dapat digunakan untuk kebaikan. Buat akhirnya, kepada sesiapa yang nak berniaga, tapi belum baca lagi entry aku sebelum ni, aku hope anda dapat membacanya. Baca tau. Apa yang baik ambil buat pedoman, yang tak baik tinggalkan kat tepi.

Kalau ada apa-apa nak tanya, helo je aku. Insya-Allah aku share apa yang aku tahu. Moga kita mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

5 Januari 2016
12:09am
White House

AZAM 2016 : 1 DAH BERJAYA, TINGGAL LAGI 16 LAGI

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, bersyukur sangat hari ini sebab first azam untuk tahun ni dah berjaya tercapai. Dan Insya-Allah lagi 16 azam (akan bertambah jika ada yang perlu ditambah) yang di tulis sehari sebelum berakhirnya tahun 2015 aritu bakal menyusul di kemudian hari. Azam ni memang ditulis untuk dipenuhi sepanjang tahun 2016 ni. Bermula dari bulan pertama akan dipenuhi satu persatu apa yang aku hajatkan ini.

Apa beza impian dan matlamat? Ada orang cakap sama je benda ni, tapi bagi aku dua perkara ni besar perbezaannya dan besar juga kesannya. Impian dalam kata lain adalah angan-angan kita untuk mencapai sesuatu perkara. Impian juga adalah sesuatu yang kita bayangkan kita memilikinya, menikmatinya walaupun kita tidak pasti samada kita dapat atau tidak menggapai impian tersebut. Penting ke impian ni. Sangat penting kerana impian adalah salah satu cara kita ingin mem”visual”kan apa yang kita nak. Dengan mem”visual”kan apa yang kita nak, kita lebih clear dengan kehidupan kita pada masa akan datang. Keyword dia adalah VISUAL.

Cuba soroti sirah Nabi Muhammad. Ketika Nabi Muhammad berhijrah ke madinah, baginda di kejar oleh seorang pemuda yang berniat untuk membunuh baginda. Pemuda yang bernama Suraqah bin Malik itu cuba sedaya upaya untuk mendekati Nabi Muhammad. Namun ketika hampir sahaja dia dengan Nabi Muhammad, haiwan tunggangannya  tersungkur menyembah bumi atas kuasa Allah Taala. Setelah beberapa kali mencuba, dia tetap tidak berjaya. Akhirnya, Nabi Muhammad mendekati Suraqah dan menawarkan kepadanya gelang maharaja Parsi.

Pada waktu itu, Islam masih tidak tersebar luas ke serata alam lagi. Belum mempunyai Negara, tidak mempunyai tentera, tiada sumber ekonomi yang kukuh. Namun setelah beberapa tahun berlalu, segala yang dikatakan Nabi Muhammad tersebut menjadi kenyataan. Zaman Khalifah Umar menyaksikan kata-kata Nabi Muhammad sewaktu awal penghijrahan dahulu benar dan terbukti apabila empayar Parsi berjaya dimerdekakan. Rentetan itu gelang tersebut telah diberikan kepada Suraqah.

Buka pulak kisah sahabat sewaktu menggali parit dalam Perang Khandak. Mungkin kita boleh dapat sedikit inspirasi daripada kisah-kisah tersebut. (aku tak mahu mengulas, sekadar mengajak kita berfikir seketika).

Pakar motivasi sering menggalakkan manusia melihat dan menyusun apa yang bakal dilakukan pada hari esok sebelum kita pergi tidur. Membayangkan, dan menggambarkan apa yang mungkin berlaku. Ini adalah petua yang amat bagus untuk diamalkan kerana kita akan menjimatkan masa kita. Kat mana dapat jimat tu?

Mari kita lihat hari-hari kita yang telah berlalu. Adakah kita pernah berada dalam keadaan kekosongfan dan tak tahu apa yang nak buat hari tu. Adakah pernah kita buat perkara yang kita tak sepatutnya buat untuk hari tu? Adakah kita pernah blur dan tak tahu apa yang terjadi pada hari tu?

Kebanyakan manusia pernah mengalami bende ni, termasuklah aku. Dan selalunya ia akan berakhir dengan penyesalan dalam diri kita. Betulkan……

Jadinya proses atau petua yang dicadangkan ini sangat baik untuk kehidupan kita. Cuba jap lagi sebelum kita tidur, kita buat bende ni dan kita tengok apa bakal terjadi esok hari.

*ni adalah usaha kita sebagai makhluk, apa-apa pun setiap yang berlaku adalah atas ketentuan Allah juga.

Itu sedikit sebanyak berkaitan impian, tapi apa pula matlamat? Matlamat adaalah impian yang ditulis. Beza keduanya adalah bertulis dan tidak bertulis. Impian yang bertulis menjadi matlamat sementara impian yang tidak ditulis akan kekal menjadi impian. Matlamat adalah sesuatu benda yang kita berusaha untuk mencapainya, bukan sekadar menulis sahaja. Kita boleh lihat pencapaian matlamat kita dengan terrealisasinya sesuatu yang kita hajatkan. Sebagai contoh, kita nak dapat income RM 20 000 sebulan. Jadinya kita berusaha untuk dapatkan target kita dan kita boleh mencapainya.

Itulah sedikit sebanyak tentang impian dan matlamat. Matlamat yang aku dapat capai hari ini adalah aku dapat siapkan FYP1 aku dan aku dapat hantar kat lecturer. Ada baki 16 lagi matlamat yang akan aku cuba capai sepanjang tahun ni. Doakan semoga aku berjaya mencapai azam dan matlamat ini.

Satu nasihat buat anda yang membaca, ambil pen atau pensel, sekali dengan kertas A4. Dah ambil, tulis segala impian yang kau nak capai. Hidup kena ada matlamat. Barulah kita boleh berjaya. Jangan sempitkan matlamat ini untuk perkara-perkara keduniaan semata-mata. Boleh cuba implimentasikan dalam perkara-perkara ibadah juga. Tak salah kalau kita nak syurga Allah Taala, lebih dari itu, impian kita itu akan mendorong kita untuk bergerak maju kehadapan. Menambahbaik kehidupan untuk menjadi seorang insan yang disayangi Tuhan.

*taknak letak gambar

4 Januari 2016
11.00 pm
White House