“Carilah sahabatyang dengan
hanya melihatnya kita akan teringat kepada Allah.”
Alhamdulillah dah sampai
Shah Alam. 2 jam lebih perjalanan terasa begitu singkat. Perjalanan yang
biasanya diharungi dengan lautan kebosanan bertukar menjadi satu perjalanan
yang amat menarik dan menyeronokkan, seperti menyusuri sungai yang tenang
airnya sambil menikmati keindahan alam di sekitarnya.
Takdir Allah menentukan pertemuan dua hati
yang tiada langsung perkaitan melainkan Syahadah penyambung ukhwah. Berbeza
Negara, berbeza keturunan, berbeza loghat perkataan, berbeza umur, berbeza
status kehidupan [bila agaknya aku ingin bernikah,(^_^) ], berbeza perjalanan
kehidupan tetapi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu, berbual, bersembang
dan juga berkongs sedikit ilmu diantara kami.
Nama yang menarik, Abdul Muin, seorang ahli
farmasi, dari kota Makasar (tempat yang aku kenali melalui pembacaan sebuah
buku hebat ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Vjik’, karya tokoh hebat, Buya Hamka J ). Seorang yang cukup biasa. Cara bertuturnya biasa-biasa,
berpakaiannya biasa-biasa, namun mempunyai ilmu yang amat baik.
Berbicara dengan beliau umpama berborak
dengan rakan yang sudah bertahun dikenali. Tiada rasa janggal, tiada rasa jarak
diantara kami. Lembut tuturnya, santun budinya, halus bahasanya, mekar ilmunya.
Mulanya perbualan kami hanya berkisar latar
belakang dan tempat kelahirannya. Kemudian memasuki fasa yang lebih menarik,
lontaran ilmu dan pengalamannya ketika bermusafir di bumi Allah. Menceritakan
pengalaman dan ibrah menaiki kapal terbang. Mungkin ramai yang sudah
berkali-kali menaiki ‘belon’( aku belum pernah menaiki kapal terbang) , namun
tidak ramai yang dibukakan hati untuk menghayati perjalanan mereka, tidak ramai
yang dibukakan hatinya untuk menghayati kebesaran Allah. Apabila kita berada di
awan biru, manusia dilihat kecil. Mengaplikasi ilmu semesta yang kita sudah
pelajari sejak dari sekolah rendah , beliau menggambarkan bahawa kita ini
sangat kerdil disisi Tuhan.
Pengajaran yang didapati, pertamanya kita
ini sangat kerdil disisi Allah, kedua jangan kita sombong dan merasa diri
sangat besar( mampu melakukan apa sahaja tanpa izin Allah), ketiganya jangan
mengagungkan manusia (cukuplah sekadar menghargainya kerana kita adalah sama)
dan yang terakhir, jangan kita terlalu merasakan kita ini kecil sehingga
merendahkan diri tanpa alas an yang kukuh dihati.
Diteruskan dengan method mencari ilmu di
Makasar. Nampak menarik dan hati ini rasa tertarik ingin bertalaqi ilmu
disana(insya-Allah). berdepan guru-guru hebat, mengupas kitab-kitab masyhur.
Medan cerita dan perkongsian seterusnya beralih kepada Siapa saya,Tujuan saya,
Pedoman saya, Contoh saya. Siapa saya mengupas bahawa kita adalah hamba Allah
Yang Maha Esa. Tujuan hidup saya adalah untuk beribadat kepada Allah.
Memetik katanya “sesuatu yang digunakan
bukan untuk tujuan yang diciptakan akan menimbulkan kerosakan. Fikiran
mengiyakan. Mengambil contoh andai telefon bimbit dicipta untuk menghubungkan 2
insan (bersaudara bukan bercinta J )yang
berada jauh, namun andainya ia digunakan untuk membaling anjing atau dibuat
penyendal pintu nescaya rosak akhirnya. Begitu juga dengan manusia, andai tidak
menepati tujuan diciptakan maka manusia itu akan rosak. Pedoman saya amat
mudah. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana firman Allah dan sabda
Rasulullah itu tiada tolak banding kehebatannya.
Contoh saya tidak lain tidak bukan hanyalah
Nabi Muhammad S.A.W. seseorang yang memahami tujuan hidup hanyalah untuk Allah,
maka segala perbuatannya hanya mengharapkan Allah bukan balasan di dunia yang
fana.
Banyak lagi yang dikongsikan, tapi tidak
dapat aku muatkan dalam coretan jalanan ini. Perkongsian yang cukup hebat,
daripada seorang musafir yang bermusafir untuk bertemu teman-teman lamanya.
Mengharap naungan Allah di Hari perhitungan dengan mengamal dan
mengimplimentasikan ‘bertemu dan berpisah kerana Allah (semoga Aku digolongkan
dalam golongan ini).
Mengikuti saranan Allah didalam Al-Quran,
beliau melangkah menuju musafir. Benarlah kata pepatah “jauh perjalanan, luas
permandangan, tambah pengetahuan”. Tidak rugi rasanya aku pulang ke Melaka
minggu ini, tidak rugi juga wang yang diguna untuk membeli tiket andai
dibandingkan dengan pengisian dan perkongsian sebegini.
Akhir kata-katanya menyentuh berkaitan 1. Berusaha. 2. Jangan merasa sedih. 3. Berdoa kepada Allah. 4.
Bertawakal kepada Allah. 5. Jangan kata kalau begini, maka begini. 6. Menerima
ketentuan Allah dan redha atasnya.
Syukran, terima kasih, nandre, sheseh,
thank you, arigato gozaimas akhi. Akhir pertemuan kami, aku berdoa semoga Allah
mempertemukan kami lagi, jika tidak di dunia, Insya-Allah di akhirat kelak.
=>
17 Jan
2013
12.52
am
*terdetik untuk post benda ni bilamana aku merasakan kami adalah 1 agama yang bukan dipisahkan dengan bangsa atau warna kulit.