Tuesday, 16 April 2013

POLITIK KAMPUS DAN ANDA

sesegar udara pagi,
seindah sinaran matahari,
secantik kembang kasturi,
senyaman suasana hari.

Pagi yang indah, sekali lagi Allah beri kita nikmat untuk menghayati keindahan alam ini. Bersyukurlah kerana masih hidup dalam keadaan sempurna. Dapat melihat, dapat mendengar, dapat merasai. Andai tak ada rasa kesyukuran dalam diri, bayangkanlah mereka yang telah kehilangan nikmat tersebut. Jom mengingatkan diri bahawa nikmat itu untuk dihargai agar nanti dirahmati diri. :-)

Bahang pilihanraya makin terasa. Aku yang tak boleh mengundi ni pun dapat rasa bahang nya. Bukan ingin menceritakan keadaan kempen dan perang bendera disekitar kawasan tempat aku belajar ni, tapi nak cerita kempen yang dilakukan dalam kampus dan kolej. Jentera-jentera parti telah mula bergerak menyusup masuk ke dalam institusi tempat aku belajar.

Semalam ketika sedang bergegas untuk bersolat Subuh, terleka seketika di hadapan pintu. Sehelai risalah,bersaiz A4 berwarna putih. Kertas fotostat. Modal yang rendah dan murah. Namun mungkin yang ingin disampaikan oleh pengedar risalah tersebut bukanlah jenis atau warna kertas tersebut. Maklumat yang tertera di atasnya yang lebih penting. Risalah tersebut menceritakan tentang isu semasa. Berkaitan "GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA". Katanya dipetik dari blog king of goblok (http://kingofgoblok.blogspot.com/). Tak tau la. Aku pun tak sempat lagi nak pastikan sama ada benar atau tidak. Tapi berdasarkan apa yang aku baca, gereja tersebut terletak di Bukit Jalil.

Hari ini, sekali lagi, di hadapan pintu yang sama, pada waktu yang sama,cuma hari berbeza. Ada lagi risalah yang diedarkan. Kali ini bukan sehelai,tetapi 8 helai. Kesemuanya berwarna, dicetak atas kertas licin. Sudah tentu, modal dan kos mencetak tinggi. Dan risalah ini lebih menarik perhatian kerana cantik. Biasalah, adat manusia, selalu "judge a book by its cover". Di atasnya ada tercetak lambang KPT(kementerian pengajian tinggi). Artikel berkaitan kewajaran PTPTN dalam bentuk kartun. Aku tak tau sangat berkaitan PTPTN ni. Mungkin kalian lebih mengetahui. Sebab aku tak pinjam PTPTN. Jadi, buat korang yang pinjam benda ni, nilailah kesahihan maklumat tersebut. Pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat ketika mengundi 5 Mei nanti.

Keputusan di tangan anda. Yang penting kena balik mengundi bagi yang boleh mengundi. Ini adalah salah satu tanggungjawab anda kepada negara tercinta. :-)


artikel berkaitan PTPTN
(*maaf,artikel semalam tak dapat dijumpai.)

Selasa
16 April 2013
9.55 am

Monday, 8 April 2013

Kisah penjual roti


Tekunnya si penjual roti, bangun pagi2 mencari rezki yang halal, ramai pelanggan syukur, sikit pelanggan sabar, mohon hari-hari yang datang ada rezki lebih untuk cover sewa, anak,isteri & ayah ibu tak dilupakan.

"Susah abang nak bercuti, ayang kena faham, rezki kita pada lelehan peluh & keringat bukan macam depa, based on commission, close deal di hotel-hotel, bil pun ditanggung beres, tahu dah credit dlm akaun, banyaknya sifar.."

Untuk menghargai nikmat, panggil imam baca tahlil, doa selamat minta rezki diberkat...

Sumbernya ??? Imam jangan tanya, nanti kena aniaya, tamat contract gitu saja...

Setiap program baju baru, tempah pada kroni...

Inilah pemimpin akhir zaman, wang rakyat jadi hal peribadi..
Apa nak jadi bangsaku? Dunia kau melarat akhirat tak tahu lagi tempat..

Mari kita ubah ara berfikir, macam umat yg maju, negara menghargai rakyat, jauhi pemimpin korup ..

Hidup macam ketam, jalan senget minta rakyat bersyukur, tapi dia pembazir, suruh orang jangan sebar fitnah, dia serang orang lain dgn semua media, tanpa ada rasa malu, suruh orang sokong melayu, tapi negeri ditadbir melayu dianiaya dinafikan, hak dirampas..

Nasihat saya pd semua manusia, masa utk merubah masa depan anda dari ditadbir oleh manusia berhati serigala, melihat orang lain macam haiwan yg tak dibenarkan berfikir atau mmberikan pandangan..

Agar penganiyaan tak lagi berterusan ..

Jika kepimpinan yg baru yg kalian pilih tak menepati janji..
5 tahun akan datang kita tukar pada yg lama..

Beri peluang , gunakan kuasa dalam keizinan demokrasi yg membenarkan .. Ayuhhhh!!!


dipetik dari 

Sunday, 7 April 2013

Alkisah posmen…



Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.

Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadhan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa.

Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadangkala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. 


rezeki,jodoh,ajal,maut ditangan Allah..bukan pada tangan manusia....^_^


dipetik dari:

Friday, 5 April 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN, PRU13 DAN MANDAT RAKYAT MALAYSIA


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu oleh  semua orang telah tiba. Hari yang telah dinanti-nanti telah sampai. Banyak tekaan yang tersasar jauh namun ada juga tekaan yang ‘head shot’,tepat betul-betul pada hari kejadian. Tarikh yang cukup bermakna. Hari yang cukup bersejarah. Setelah hampir 2 tahun spekulasi, telahan, tekaan, tilikan, dugaan, anggaran daripada rakyat Malaysia. Pada minggu ini, segalanya terjawab sudah. PARLIMEN MALAYSIA TELAH DIBUBARKAN. Hari RABU, tanggal 3 APRIL 2013,genap 4 tahun pemerintahan kabinet DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK. Tarikh yang cukup istimewa buat beliau untuk membubarkan parlimen. Dan tarikh yang cukup menarik bagi semua lapisan masyarakat.

Berakhir sahaja spekulasi tarikh pembubaran parlimen, timbul 1 lagi spekulasi baru. Sudah tentu tumpuan dan mata rakyat Malaysia akan  beralih ke arah SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) pula. Kini telahan baru timbul,tekaan baru menjelma,tilikan baru dibuat. Tajuk yang cukup hangat “BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA MALAYSIA KE 13.?”.  Masyarakat kebanyakan tertanya-tanya bilakah tarikh mereka boleh mengundi.? Bilakah mereka boleh memilih wakil rakyat mereka untuk membentuk kerajaan yang baru.? Sama ada KERAJAAN SEBELUM INI DIKEKALKAN atau KERAJAAN YANG BARU DIBERI PELUANG,itu semua terletak di tangan 13.3 juta rakyat Malaysia yang boleh dan layak mengundi bagi PRU ini. Jika dikekalkan yang lama, sudah tentu transformasi yang dicanangkan akan cuba dilaksanakan dengan sebaiknya. Jika diberi peluang yang baru, sudah pasti harapan perubahan yang diminta oleh rakyat akan ditunaikan.

Sekarang keputusan berada ditangan anda. Sebarang perubahan atau pengekalan akan memberikan impak yang sangat besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia sepanjang 5 tahun tempoh masa pemerintahan kabinet ke 13 kelak. Sudah tentu apa-apa pun yang berlaku, kerajaan yang diberi MANDAT  oleh rakyat WAJIB memberi kesejahteraan,menjaga kebajikan dan keharmonian serta memajukan negara yang ditadbir. Tidak kira siapa yang dipilih, YAKIN dan PERCAYALAH Malaysia akan terus bergerak maju kehadapan selaras dengan aspirasi rakyat. Kerana PASTI,PASTI DAN PASTI kita sebagai rakyat Malaysia akan bersama-sama menyokong kepimpinan akan datang. KAMI SAYANG MALAYSIA..

ANDALAH PENENTU SEGALANYA…….

Sabtu
6 April 2013
9:35  pagi