Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak share sikit tentang minyak wangi Haramain. Harap ada manfaat yang anda semua boleh ambil.
MINYAK WANGI HARAMAIN ANTARA MINYAK WANGI YANG MENJADI PILIHAN RAMAI
Tahukah anda perfumes (minyak wangi) berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk.
Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.
HADIS NABI MUHAMMAD BERKAITAN PENJUAL MINYAK WANGI
“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)
HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI
Hukum asal memakai wangian termasuklah minyak wangi adalah sunat (digalakkan). Ini berdasarkan beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya yang diriwayatkan dari ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: “Aku memberi (memakaikan) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebaik-baik wangian yang (Baginda) ada sehingga aku melihat wangian itu cerah/jernih (berkilau/berkilat) di kepala dan janggut Baginda.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Hadits di atas menunjukkan bahawa memakai wangian adalah sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun yang dimaksudkan dengan memakai wangian ialah mengenakan wangian seperti minyak wangi pada badan atau pakaian mengikut cara kebiasaannya sama ada dilakukan dengan sendiri ataupun dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang umatnya dari menolak pemberian yang berupa wangian. Sabda Baginda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ditawarkan wangian, maka janganlah dia menolaknya, kerana sesungguhnya ia adalah beban yang ringan (ringan dibawa) dan enak baunya.” (Hadits riwayat Muslim)
MEMAKAI WANGIAN SEBELUM MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT
Sunat bagi lelaki memakai wangian ketika hendak menunaikan sembahyang Jumaat. Diriwayatkan dari Salman al-Farisi Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah mandi seorang lelaki itu pada hari Jumaat, membersihkan diri semampunya, meminyakkan rambut dari minyaknya, memakai wangian (yang ada di) rumahnya, lalu dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), kemudian dia mendirikan sembahyang yang ditentukan ke atasnya dan sesudah itu duduk diam tatkala imam memberi khutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut sehinggalah Jumaat yang akan datang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Yang dimaksudkan dengan sembahyang yang ditentukan itu ialah sembahyang sunat rawatib qabliyyah Jumaat, atau sembahyang-sembahyang sunat yang lain sekurang-kurangnya dua raka‘at sembahyang tahiyyatul masjid jika imam belum memulakan khutbah, ataupun juga sembahyang qadha’.
Adapun bagi khunsa dan perempuan, makruh ke atas mereka memakai minyak wangi apabila keluar rumah untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi sunat bagi mereka sekadar menghilangkan bau yang tidak enak seperti bau keringat. Ini kerana menghilangkan bau yang tidak enak sama ada dengan air atau selainnya juga merupakan perkara yang disunatkan apabila hendak menunaikan sembahyang Jumaat.
KELEBIHAN WANGIAN DALAM KEHIDUPAN
1) Wangian dan colognes menghasilkan perasaan gembira, meningkatkan keyakinan diri dan rasa kesejahteraan.
2) Wangian juga membentangkan pemakai mereka dengan peluang untuk mencipta trademark untuk diri mereka yang hampir tidak dapat dilupakan.
3) Satu percikan halus wangian, apabila dicampur dengan kuasa deria bau, mempunyai keupayaan untuk mencetuskan kenangan indah dan pelbagai emosi yang boleh menaikkan semangat, memperkayakan cinta, meningkatkan mood orang, dan membawa kepada perasaan bahagia. Haruman membantu menjadikan kehidupan lengkap.
4) Haruman mempunyai keupayaan untuk meneutralkan bau yang tidak menyenangkan yang dikaitkan dengan agen pembersih yang banyak.
5) Aroma menyenangkan boleh meningkatkan deria dan pada masa yang sama meningkatkan proses pembelajaran.
6) Haruman juga bekerja untuk meningkatkan mood atau memberikan perasaan ketenangan di tengah-tengah hari yang sibuk.
Berjalan kaki di luar tidak akan sama tanpa bau wangian. Sebuah dunia tanpa wangian akan menjadi setanding dengan dunia yang tanpa muzik, seperti dunia tanpa warna yang mewarnai planet kita, seperti padang yang tidak pernah hijau dan subur.
TIPS PENGGUNAAN MINYAK WANGI
Untuk menjadikan haruman wangian perfume tahan dengan lebih lama, semburkan atau sapu wangian perfume tersebut pada kulit. Kulit adalah lebih panas pada bahagian denyutan nadi yang membantu keberkesanan bauannya untuk menyerlah. Antara bahagian badan yang sesuai untuk menyemburkan atau menyapukan haruman adalah seperti berikut:
- Belakang telinga
- Di bawah leher
- Bahagian siku
- Pelipat lengan
- Bahagian pergelangan tangan dan dada
Secara umumnya, perfume yang belum dibuka boleh disimpan sehingga 3 tahun. Tetapi apabila sudah dibuka, ianya boleh disimpan dalam tempoh 6-18 bulan. Perfume juga mempunyai 3 kelemahan iaitu cahaya, suhu yang tinggi dam kelembapan.
Cara terbaik untuk menyimpan perfume adalah di dalam kotak asalnya terutamanya jika ianya jarang digunakan. Apabila disimpan di luar kotak, kualiti perfume akan sedikit terjejas kerana terdedah pada cahaya. Jangan simpan di dalam bilik air. Tempat yang terbaik bagi menyimpan perfume adalah di dalam almari berlaci. Tutup botol perfume dengan ketat supaya baunya kekal.
TIPS TAMBAHAN MINYAK WANGI
1.Biasanya mereka yang memakai pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian yang tidak sesuai.. Ini hanya merugikan anda, apatah lagi jikalau perfume anda perfume yang original dan harganya mencecah ratusan ringgit! Sebelum menyapu, menyembur atau roll on perfume anda, pastikan mengikut tip-tip di bawah untuk memperolehi kesan pemakaian yang baik supaya aroma wangian anda memberikan 100% haruman yang tidak boleh tidak mampu memikat orang di sekeliling anda!
2. Ok, inilah dia…
- Pastikan berada di dalam bilik yang bersuhu normal (suhu bilik).
- Semburkan minyak wangi dari jarak sederhana dari tapak tangan anda
- Semburkan di titik-titik nadi iaitu di bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku & dibelakang bahagian telinga.
- Bagi membuatkan aroma pewangi bertahan lama, gunakan selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.
- Setiap perfume mempunyai aroma & kelebihan baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan
- Ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
- Untuk cara yang lebih ADVANCE, semburkan perfume di udara dan pusingkan badan anda di dalam titisan perfume yang sedang terapung di udara. Dengan cara ini anda akan mendapat titisan wangian yang sekata pada pakaian anda!
3. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, sapukan perfume paling kurang 30 minit sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
4. Perfume berkesan kepada kulit yang hangat dan mempunyai peredaran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat / bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.
5. Elakkan bertukar-tukar jenis perfume dimana jika 2 atau lebih wangian yang bercampur di pakaian anda akan menyebabkan bauan yang kurang menyenang kan.
6. Bagi mereka yang mempunyai alahan pada perfume, anda boleh mencuba dahulu dengan haruman yang lebih ringan dan semburkan pada kadar yang nipis/sedikit.
7. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik.
8. Bagi perfume yang original, kesan nya boleh bertahan sehingga 8 jam jika cara pemakaian nya adalah betul dn mengikut tips – tips di atas.
9. Terbaru dan terkini, sudah ada terciptanya perfume berasaskan feromen ( mempunyai haruman yang mampu menarik perhatian pasangan yang berlainan jenis)memang lain dari yang lain. Kajian telah dibuat dan di akui keberkesanan serta telah terbukti di peringkat antarabangsa. Haruman ini mampu membuatkan lebih mata memandang anda.
APA KATA PAKAR
Pakar perunding psikologi dan psikiatri, Unit Perubatan Tingkah laku-Saraf Kedah Medical Centre, di Alor Star, Kedah Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, wangi-wangian mampu meredakan tekanan. “Wangi-wangian yang dihasilkan daripada minyak wangi dan bahan beraroma mampu membuatkan seseorang terkesan dari segi psikologi dalam erti kata melegakan tekanan atau stres ringan. “Namun, jika seseorang itu mengalami tekanan sehingga menyebabkan kemurungan ia tidak akan berkesan lagi dan perlukan rawatan perubatan segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Jelasnya, bau aroma minyak wangi tidak mampu menyembuhkan penyakit secara terus tapi ia membantu seseorang individu dan mereka di sekelilingnya berasa senang dan tenang seperti kita melihat lautan biru yang luas terbentang.
* KOSMO 19 Mac 2011
MENGENALI JENIS PERFUME : APA ITU EDC, EDT, EDP PERFUME
• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.
• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.
• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.
• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.
CORET-CORET TENTANG PERFUME
Asal-usul perkataan minyak wangi "per fumum" perkataan berasal dari bahasa Latin yang bermaksud penyulingan wap.Sejarah minyak wangi sudah ada dari zaman batu lagi,iaitu apabila manusia membakar kayu dan herba aromatik untuk memuji tuhan-tuhan mereka "melalui asap.".
Orang-orang Mesir adalah tamadun yang pertama menguasai seni membuat minyak wangi. Bukti amalan mereka ini telah disahkan apabila makam Firaun Tutankhamen telah dibuka oleh ahli arkeologi dan mereka telah menjumpai lebih dari 3000 botol minyak wangi.
Antara wangian yang wujud pada hari ini, yang tertua adalah "Eau de Cologne 4711." Ia dicipta pada 1796 dan ia adalah minyak wangi uniseks pertama di dunia. Ia telah digunakan oleh Napoleon I dan kekasihnya Josephine.
Tahukah anda bahawa wanita dari Sepanyol adalah penduduk Eropah yang paling banyak menggunakan minyak wangi,dan diikuti oleh orang Itali dan Perancis.
Sukar untuk percaya, tetapi terdapat negara-negara di Asia di mana orang ramai tidak menggunakan minyak wangi langsung. Berbeza, bukan?
MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA
Minyak wangi paling mahal di dunia ialah Imperial Majesty, wangian edisi terhad untuk wanita yang dihasilkan oleh pereka British Clive Christian. Dijual hanya sebagai No. 1, dengan harga yang luar biasa iaitu sebanyak $ 249,034.40 USD dan ia hanya dijual di kedai eksklusif di New York. Tetapi jangan risau, jika anda benar-benar mahu mendapatkan minyak wangi ini, terdapat juga versi ekonomi. Pereka ada menyediakan botol kecil 1 auns yang berharga RM 2,043.36.
Imperial Majesty asalnya diwujudkan pada tahun 1872, atas permintaan Ratu Victoria England, dan telah dianggap permata berharga. Oleh kerana itu, wanita akan memakai bekasnya di sekeliling leher mereka untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Ia mengambil masa satu tahun untuk dihasilkan dan kira-kira 200 bahan termasuk cendana India, Arab melati, Tahitian vanila, dan pelbagai bunga ros dari negara-negara seperti Perancis, Bulgaria dan Mesir.
Botolnya juga berharga paling mahal di dunia. Ianya diperbuat daripada kristal Baccarat, dan dianggap karya seni edisi terhad dan eksklusif. Ia boleh menampung sebanyak 500 ml. minyak wangi berharga, termasuk berlian putih disekitar kolarnya, dan penutupnya adalah replika mahkota Ratu Victoria.
MINYAK WANGI AL HARAMAIN 15 ML ROLL-ON
Agak sukar untuk kita menemui minyak wangi Haramain ini di Malaysia. Tak semua kedai atau kiosk minyak wangi menjual minyak wangi ini. Namun demikian, minyak wangi ini ada penggemar mereka tersendiri. Alhamdulillah, sahabat-sahabat saya juga sangat meminati haruman ini. Antara haruman yang sering ditanya adalah Haramain Makkah dan Haramain Madinah. Kedua haruman ini membangkitkan perbezaan perasaan kepada pemakai dan juga orang di sekeliling mereka. Aroma ketenangan dapat dirasai dan disebarkan kepada semua orang yang berdekatan.
Bauan dan aroma minyak wangi Haramain Million pula mengingatkan aku kepada kisah nostalgik di sekolah dahulu. Wangian yang menyegarkan akan menjadi santapan hidung kami di kebanyakan hari di asrama. Ustaz yang menjadi warden akan bergerak bilik ke bilik mengejutkan kami. Beliau memakai minyak wangi aroma Haramain Million yang harum, manis dan menyegarkan.
Terdapat 14 jenis haruman minyak wangi Haramain 15ml yang segar dan menyegarkan:
HARAMAIN MADINAH, HARAMAIN MAKKAH, HARAMAIN MILLION, HARAMAIN MUSK, HARAMAIN MUKHALLATH, HARAMAIN BADAR, HARAMAIN HAJAR, HARAMAIN OUDI, HARAMAIN WARDIA, HARAMAIN NAEEM, HARAMAIN FIRDOUS, HARAMAIN SALMA, HARAMAIN AMBER, HARAMAIN FOREVER
HARGA PASARAN RM30.00 sebotol
HARGA BORONG MINYAK WANGI HARAMAIN 15ML : RM240(12 botol) / RM 150(6 botol) termasuk Kos PENGHANTARAN PERCUMA seluruh semenanjung Malaysia.
MINYAK WANGI AL HARAMAIN 10 ML ROLL-ON
Selain itu terdapat juga minyak wangi Haramain 10 ml yang berbeza harumannya dengan minyak wangi Haramain 15 ml:
HARAMAIN GOLD, HARAMAIN SILVER , HARAMAIN SAFA, HARAMAIN ROMANCE, HARAMAIN BLACK, HARAMAIN LATIFAH, HARAMAIN AYSHA, HARAMAIN HUSNA, HARAMAIN KASTURI, HARAMAIN ANGEL, HARAMAIN BLOOM, HARAMAIN 212
Cubalah sebotol dan rasai sendiri haruman MINYAK WANGI HARAMAIN ini. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi blog bisnes aku ni.--->>
zefflegacy
HARGA PASARAN RM30.00 sebotol
HARGA BORONG MINYAK WANGI HARAMAIN 10ML :-RM230(12 botol) / RM 130(6 botol) termasuk Kos PENGHANTARAN PERCUMA seluruh semenanjung Malaysia.
BERMINAT MENJADI PENGEDAR MINYAK WANGI HARAMAIN HUBUNGI:- AAKIF 013-2372745