Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hari isnin. Hari yang ada sesetengah orang tak suka sebab hari
pertama mula kerja setelah 2 hari duduk bercuti kat rumah. Sama gak dengan aku
dulu. Bila tiba hari Sabtu dan Ahad, rasa macam heaven giler. Seronok sangat. Padahal
bukan buat apa pun, tidur je kejenya. Tapi sekarang dah tak rasa sangat macam
tu. Sebab sekarang sabtu dan ahad pun ada kerja nak buat. Aku tak bekerja, tapi
waktu ini dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.
Macam semalam aku pergi ke kawasan Parlimen Sungai Besar. Kawasan Parlimen
yang akan diadakan pilihanraya kecil tak lama lagi. Agak jauh juga dari Shah
Alam, dalam 2 jam perjalanan pergi dan 2 jam perjalanan balik. Aku bergerak
dekat-dekat jam 7 pagi dan sampai lebih kurang jam 9 pagi.
Aku bukan nak cerita pasal aku pergi Sungai Besar. Aku nak cerita pasal
kolam renang dekat-dekat dengan kawasan Shah Alam. Dah lama juga aku tak bukak
blog aku ni. Pagi tadi tah macam mana terdetik pulak hati nak bukak blog-blog
yang aku ada. Terkejut jugak lah sebab pertambahan yang agak banyak pada bilangan
orang yang membaca dan mengunjungi blog aku ni. (padahal baru 1000+ klik,
haha). Agak teruja atas pertambahan klik melebihi 1k kat blog aku ni.
Then aku cek la kat overview post. Apa yang aku tengok, ramai yang baca berkaitan
kolam renang UiTM. Untuk makluman korang semua buat masa ni, kolam renang UiTM
ditutup buat sementara waktu. Nak buat maintenance. Aku tak pastilah bila
diorang akan bukak balik. Aku pun tertunggu-tunggu jugak, bile lah dorang nak
bukak balik kolam renang ni. Lama jugalah kolam renang ni tutup, dah masuk tiga
sem dah rasanya aku tak berenang kat kolam ni.
suka tengok adik ni senyum
impian..haha...
Aku minat swimming, walau pun tak berapa pandai lagi nak berenang macam
atlet renang tu, tapi aku cuba perbaiki sedikit demi sedikit cara berenang aku.
Alhamdulillah, ada sinar kejayaan yang aku dapat akhir-akhir ni. Kali terakhir
aku berenang, dapatlah aku berkayuh lebih kurang 500 meter. Dulu setiap kali
berenang, aku banyak minum air je, air masuk dalam hidung, tersedak bagai. Hahaha.
Tapi tu semua pengalaman berharga buat aku dan memotivasikan aku untuk belajar
berenang dengan lebih baik. Dan betullah firman Allah dalam surah
Al-Syarh(kelapangan) ayat 5 dan 6 maksudnya:
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (5)
Sekali lagi
ditegaskan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (6)
pusat akuatik shah alam
Dalam memenuhi kehendak nafsu untuk pergi swimming, aku telah berusaha
mencari tempat lain yang aku boleh pergi untuk melampiaskan nafsu aku yang
membuak-buak ini. (ayat geng-geng novel indie, haha) Kalau kat Melaka, aku akan
pergi satu tempat je, tapi kat Shah Alam ni banyak kolam renang yang berada
berdekatan dengan Bandar besar ni. Dalam entry kali ni aku nak cerita pasal
pusat akuatik Shah Alam. Mungkin dalam entry lain aku akan share pool-pool lain
yang dekat dengan Bandar Shah Alam.
Pusat Akuatik Shah Alam
Pusat Akuatik Shah Alam terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Nama pun pusat
akuatik shah alam, tak kan kat batu pahat johor pulakkan. Hahaha. Pusat akuatik
ni dekat je dengan federal highway. Bersebelahan dengan Tesco Extra seksyen 13 Shah
Alam, bersebelahan juga dengan Kelab Darul Ehsan. Dekat-dekat dengan Istana, Aeon Piazzo, tesco seksyen 13 (kat seksyen 13 ade dua
buah tesco), dan bangunan Worldwide Shah Alam. Jika lalu kat highway, korang
akan nampak bangunan worldwide kan?,,, kat belakang tu je pool ni.
Kat pusat akuatik ni ada 4 kolam. 2 kolam renang
terbuka dan 2 kolam renang tertutup. Kolam renang budak-budak, kolam renang
latihan, kolam renang saiz olimpik dan kolam untuk sukan terjun.
1. Kolam renang kanak-kanak
Orang kat sini panggil babypool. Ada bunyi orang putih sikit. Tak kesah la
korang nak panggil ape pun asalkan kau faham apa yang cuba kau sampaikan tu. Aku
tak tahu lah berapa dalam babypool ni, sebab aku tak pernah try pulak nak masuk
kat pool ni. Kalau aku masuk ape pulak orang cakap kan. Hahaha. Tapi sepanjang
pengamatan aku lah, kolam ni agak dalam juga. Air dia sampai kat pinggang,
untuk budak umur 5 tahun lah.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal babypool ni kau bolelah tengok kat blog
akak ni. Nama blog dia Izz Family Story
. Dia pernah pergi kolam ni, bawak anak-anak dia pergi main air. Aku tak de
anak lagi, jadi aku tak boleh lah nak ajak anak aku gi pool ni. Tunggu lagi 3
tahun, kalau ada rezeki dan kalau aku hidup lagi. Heee. Seronok juga tengok dia
mandi-mandi dengan anak dan family dia.
Abang ni pun pernah pergi pusat akuatik ni, banyak jugak maklumat untuk aku tulis entry ni aku rujuk blog dia.
babypool..
2. Kolam renang latihan
Pool ni tak dalam mana pun. 1.2 meter je dalam dia. Kalau aku masuk,
paras-paras pinggang je. Kat sini memang ramai lah anak-anak kecil dan
adik-adik yang berenang kat kolam ni. Basically kalau kau datang hari Sabtu dan
Ahad, korang datang bukan untuk berenang pun. Datang untuk berendam je, sebab
pool ni memang penuh setiap minggu. Biasalah hujung minggu je lah parent-parent
ni ada masa untuk luangkan bersama anak- anak mereka. Hari lain mereka
bertungkus-lumus cari nafkah untuk besarkan anak-anak mereka.
Aku tak pernah jugak masuk kolam renang ni. Cetek sangat, tak standard
(bajet-bajet pandai berenang, hahaha). Aku selalu datang hari bekerja,
selalunya hari rabu dan jumaat sebelah pagi. Sebab aku tak de kelas hari rabu
dan jumaat. Hari lain aku pergi kelas, hari minggu aku berbakti pada masyarakat
(ceh,ceh,ceh). Kolam ni sesuai buat
remaja-remaja yang baru nak belajar berenang dan mak ayah remaja yang tak tahu
berenang.
bila tak ada orang
bila penuh dengan orang
3. Kolam renang saiz olimpik
This is indoor pool. Its depth around 10 feet or 3 meter. Aku swimming kat
sini je. Dalam…… aku sejak pertama kali datang sini, aku tak pernah jejakkan
kaki aku kat dasar kolam ni. Hahaha. Memang dalam.kalau korang tak rerti
berenang, lebih baik tak payah masuk kolam ni. Buat kau lemas dalam ni, sia-sia
je. Malu pun dapat sekali. Pakej.haha.
indoor pooooool
cantik kawasan dia
4. Kolam renang terjun.
Pool ni pun indoor jugak. Lagi dalam. Lebih kurang 5 meter. Aku tak pernah
lagi test masuk kolam ni. Ada hajat juga nak try terjun papan anjal 3 atau 5
meter tapi belum berkesempatan untuk direalisasikan. Selalu aku pergi, kolam ni
kosong. Tak de orang guna. Mungkin sebab aku pergi waktu bekerja rasenye. Tengok
takde orang guna, aku pun tak berani lah nak test-test. Tetibe aku masuk tak
timbul-timbul lagi parah.
kolam renang terjun
Okiy, ni lah pool alternative yang terdekat sekali dengan UiTM Shah Alam. Pergi
sekali pasti nak pergi lagi sekali. Itulah rutin aku setiap minggu. Sekali setiap
minggu aku akan turun pool untuk berenang. Seronok. Dalam masa sama boleh
maintain shape badan. Tak delah perut tu nak terkeluar jauh-jauh sangat. Hahaha.
Kat sekolah dulukan kita ada belajar, pepatah arab menyebut, “akal yang cerdas
datang dari badan yang sihat”. Imam Hassan al-Banna pun telah menggariskan bahawa
badan yang sihat termasuk sebahagian daripada 10 muwasafat tarbiah.
Aku sertakan sikit detail berkaitan Pusat Akuatik shah alam
ini:
Nama : Pusat Akuatik Shah Alam
Alamat : Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
No telefon : +60 3-5519 8133 (pejabat)
Emel : stadium@mbsa.gov.my
sayang sikit..hahaha
kadar tiket pusat akuatik shah alam (sumber:mbsa)
kemudahan yang disediakan (sumber:mbsa)
waktu operasi (sumber:mbsa)
Baitul Muslim
5.38 pm
16 Mei 2016